13 Oktober 2009

KENYATAAN MEDIA : Kalau itulah petunjuknya segerakan pembubaran DUN Perak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN mengekalkan kemenangannya dikerusi Bagan Pinang yang dimenanginya di Piliharaya Umum ke 12 tahun 2008 dangan calonnya mengalahkan PAS dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi.

Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, rekod terburuk BN, parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.

Kemenangan Calon BN mendapat liputan yang sangat meluas dan luarbiasa sejak malam tadi. Sehingga ada akhbar yang mencetak tajuk utama dengan warna merah.

Namun perlu dingatkan kemenangan ini menambahkan satu lagi kemenangan BN dalam gelangang PRK dari 9 tempat. Berarti kedudukan sekarang Pakatan Rakyat 7, BN 2 sahaja.

Berikutan dengan itu kononnya dikatakan rakyat sudah menyokong BN dan slogan 1 Malaysia yang dibawa Najib. MIC pula mendakwa orang India telah kembali menyokong mereka. Sehari dua ini entah apa lagi yang akan dikeluarkan kenyataan ?

Tetapi saya hanya ingin mengeluarkan beberapa kenyataan pada hari ini:-

1. Jika Bagan Pinang sebagai mana yang didakwa oleh BN sebagai petunjuk bahawa rakyat telah menyokong BN, dengan ini saya mecabar kepimpinan BN di Perak untuk segerakan pembubaran DUN Perak dan memberi laluan kepada rakyat untuk memilih siapakah kerajaan yang akan meneruskan teraju kerajaan di Perak.

2. Sebenarnya BN sudah menunggu lama dalam 7 pilihanraya kecil di Semenanjung namun semuanya memihak kepada pakatan Rakyat, malah yang berlaku di Perak iaitu di Parlimen Bukit Gantang tetap menjadi milik kami. Sekali ini BN kononnya melakukan kejutan dengan mejoriti yang berganda di Bagan Piang, oleh itu segerakan Bubarkan DUN Perak.

3. Desakan ini sudah bermula sejak 5 Februsri 2009 dan tidak jemu-jemu kami suarkan kerana melihat kepada kepentingan rakyat Perak sebagaimana slogan BN 'rakyat didahulukan'. Makanya inilah masa untuk mendahulukan rakyat dengan bubarkan DUN Perak.

4. Kami akan sentiasa menerima hakikat kekalahan sebagai mana yang dilalui dalam proses demokrasi sejak merdeka sehinggalah di Bagan Pinang, Piliharaya umum atau Piliharaya Kecil. Namun yang tidak boleh menerina kekalahan adalah BN, sehubungan itu saya membantah dakwaan BN yang kami tidak boleh menerika hakikat kekalahan di Bagan Pinang.

5. Mempertikaikan beberapa perjalanan PRK Bagan Pinang seperti undi pos, kekasaran oleh petugas BN dan banyak lagi insiden yang melampau dari petugas BN bukannya satu alasan kepada BN bahawa Pakatan Rakyat tidak dapat menerima kekalahan, namun ianya adalah tanggung jawab kami untuk mendedahkan kepada rakyat bahawa "padang permainan" adalah berat sebelah dalam setiap kali pilihanraya.

6. Sesungguhnya kami berhadapan dengan jentera kerajaan bukan jentera BN ataupun UMNO yang bertanding termasuklah di Bagan Pinang.

kenyataan media 12 10 2009

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan PR Perak/
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak

23 ulasan:

LaNuNsepet berkata...

bubar2 dun...
hancur2 BN...

pas tak kalah...dalam bagan pinang.. tapi pas telah menang pertahankan islam..dan perjuangkan islam.. undi bukan nilaian dari tuhan..

Tanpa Nama berkata...

Bubar DUN Perak, Bubar Parlimen sebab rasa UMNO dah kuat.

Tanpa Nama berkata...

penipuan SPR nampaknya berkesan, mana gerakan BERSIH takkan masih tidur???

Tanpa Nama berkata...

kekalahan ini pengajaran dari Allah kerana banyak mengumpat, sedangkan mengumpat itu adalah dilarang oleh Allah,kita minta Allah beri kemenangan dalam masa yang sama kita lakukan larangan Allah, bagaiman Allah nak beri permohonan kita itu,dalam ceramah meraih undi kita ceritakan kebaikan parti dan calun kita, jangan cerita keburukan parti dan calun parti lawan keran yg demikian itu ialah mengumpat yang dibenci oleh Allah.

Tanpa Nama berkata...

Undi pos saja dah 3500 lebih, SPR yakin BN menang sebab tu buat PRK hari cuti (Ahad), kalau tak yakin SPR buat PRK hari bekerja, ikut suka aku la (ISA), apa lagi nak dikata negara 1-Malaysia ni

Tanpa Nama berkata...

Ahli PAS sahaja mengundi PAS, hasrat Hasan Ali tercapai, isu selcat membawa padah!!!

SABAHKITA berkata...

Bersabarlah..Allah subhanwataallah selalu bersama-sama mereka yang benar dan sabar. Jangan sampai kita kelihatan seperti bersikap riak dan takbur.

Tanpa Nama berkata...

ada berani??ada maruah...ada harga diri...ada jantan??ada semangat pejuang melayu lebih dari pejuang islam??sila lah bubar dun kalau berani dan ada jati melayu melebihi dari jati islam,,amacam setuju ke??he he he

Tanpa Nama berkata...

memang bn menang.menang samseng, menang tipu, menang rasuah dan macam2 lagi. tapi kalu jantan kita lawan kat chkt jong DAN PERAK SEMUA. AKU GERENTI KOJOL PUNYA UMNO BN......

Tanpa Nama berkata...

BN TIPU YEOP. WAKIL POS LATUU....3500 DAH TENTU KAT DIA. TAHNIAH ISA. AKU PUN BEKAS ORANG UMNO.TAK RASUAH TAK MENANG PUNYA....TAPI INGAT KAT AKHIRAT NGKO NAK RASUAH SAPE...TAUBATLAH. AKU DAH TOBAT....TOBATLAH ISA...BUBAR DUN PERAK. KITA LAWAN KAT SINI PULAK....NGKO KE AKU YANG MENANG....

Tanpa Nama berkata...

sabar apa kebendanya sabankita, Allah bersama parti yang baik dan ikhlas.

Tanpa Nama berkata...

TOLONG!!!!!!
kami ahli pas tidak berjawatan apa apa mahu dr hassan ali di tukar,lantik PJ baru.

cawangan2 tidak aktif,kawasan malap.


cuma aktif di gombak setia saja.


hampir semua pimpinan kawasan di selangor telah di brain wash oleh dr hassan dan ust nasa.

TOLONG kat mana kami nak mengadu..

Tanpa Nama berkata...

bubar DUN perak, jangan hadir persidangan DUN.(Malaysiakini)

Ahmad Syafiq berkata...

As sabru minal iman. (Sabar adalah sebahagian daripada iman) Biarlah kita menerima kekalahan ini dengan terbuka dan menerima segala kelemahan yang berlaku semasa pilihanraya kecil tersebut. Oleh itu, biarlah kita mengambil iktibar daripada kekalahan ini dan beristiqamah dalam menolong rakyat, sama ada kalah ataupun menang. Dan dengan itu, marilah kita terus mendesak pemimpin-pemimpin BN supaya diadakan snap election di Perak setelah menunggu sekian lama. Biarlah penderitaan rakyat Perak sekalian diakhirkan secepat mungkin. Jika BN menang di Perak, kami terima dengan hati yang terbuka kerana ia adalah pandangan rakyat Perak sekalian. Suara rakyat perlu dihormati.

Tanpa Nama berkata...

isa tebus maruah bn?..no! isa tebus rasuah bn!!..dalam semua prk sebelum ini mereka tabur wang tapi kalah.prk bagan pinang barulah mereka dapat tebus semua rasuah yang mereka beri dengan memperolehi kemenangan besar.tahniah kepada umno/bn/isa dan semua ustaz umno.kepada pas jangan asyik cari kesalahan umno/spr/polis sahaja.memang terlalu banyak dan memang budaya mereka.muhasabah diri,cari kelemahan dan kesilapan.insyaalah hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

Tanpa Nama berkata...

Pada hemat saya,kemenangan Isa akan membawa kepada perpecahan BN,Ia nya seperti Di Terengganu,pasti nya akan wujud Kem Isa dan Kem MB sekarang.

Bangsa Cina Malaysia berkata...

a blessing in disguise for Pakatan Rakyat..now they will have to work more harder as a team/coalition
in confronting an awaken BN…

to all the 10 DAP adun of NS….
this is a wake up call…
without the Malay vote DAP is nothing….next general election
NS DAP / West Malaysia will be totally wipe out unless they start approaching/engaging/respecting the Malays who are the majority in NS/Malaysia

فاطمة بنت محمد نور berkata...

Kalah tidak bererti kita lemah....Dalam perjuangan Islam tiada erti kalah atau lemah...kerana kita tahu matlamat kita bukanlah untuk kemenangan semata-mata tetapi matlamat kita hanyalah untuk keredhaan Allah dan natijah itu semua milik Allah..yang penting kita sudah berusaha sebaik mungkin untk mendapat natijah yang baik...jgn la kita risau dgn kekalahan itu kerana masih bnyk peluang lagi di hadapan untuk kita terus maju memperbaiki kelemahan agar proses Islamisasi terus berjalan hingga ke puncaknya suatu hari nnti..itu adalah janji Allah, Islam pasti akan menang!!!!TAKBIR..

Sulaiman berkata...

Saya kurang bersetuju dgn kenyataan YB Salahuddin Ayub (jika benar begitu kenyataan beliau) di dalam Malaysiakini bahawa undi Cina yg byk memihak kepada umNo di Bgn Pinang menunjukkan bahawa PR tidak cukup melakukan perubahan utk mereka. Perubahan macammana baru nak dikatakan cukup kalau segala media dan jentera kerajaan dikawal oleh silaknat umNo itu. Segala perubahan yg dibuat PR serba tak kena, ke kiri pun salah ke kanan pun salah kerana ulasan yg diberikan oleh media dan dgn bantuan jentera kerajaan umNo seperti SPR dan SPRM tu... Itulah sebabnya Dr Aziz Bari pernah sebutkan dulu bahawa peluang PR untuk ambil alih kerajaan persekutuan hanya datang sekali, lepas nie umNo akan gunakan apa sahaja cara utk dapatkan semula kemenangan besar mereka sebelum ini...

MIBU BULAN. berkata...

saya menganalisis...Kemenangan besar ISA SAMAD bukanlah kemenangan UMNO/BN sabenarnya.... Ia kemenagan "Peribadi" kerana beliau bekas MB N9 yang memang dikenali.... Pegundi N9 memilih berdasarkan calun yang pernah berjasa kepada mereka.... PAS perlu melihat saperti kemenangan Datok Sri Anwar di Permatang Pauh.....

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa peratus pengundi 50:50 diantara dua parti diMalaysia.Tetapi tak semestinya seluruh Malaysia mempunyai peratus 50:50.Ini dapat dilihat melalui keputusan pengundi yang telah diadakan.Saya pun berharap ini akan memberikan mereka keyakinan untuk mengadakan pembubaran DUN Perak.Mungkin ada lagi PRK seperti Kota Siputeh.Manalah tahu mereka menang lagi.Tetapi saya rasa kalau tak sanggup untuk mengadakan pilihanraya DUN perak mereka tidak mempunyai pilihan lagi.Tekanan yang dicipta mereka sendiri akan kembali kepada penciptanya.Pendapat saya kita belum lagi dapat mengambil hati pengundi seluruh Malaysia.Begitu juga bn juga tidak mungkin lagi untuk menguasai seperti dahulu.Sama-sama berada di zon genting.Cuma kelebihannya mereka masih menguasai kerajaan pusat.Segala sumber dan hasil negara mereka yang kendalikan.Kita cuma dapat mendidik pengundi agar dapat melihat perkara yang benar.Bagi kita memang kita berkata kita dipihak yang benar.Tetapi bagi penyokong bn mereka juga berkata mereka adalah dipihak yang benar.Sesuatu perjuangan belum tentu akan dapat dicapai dengan mudah selagi kita berada dibawah kuasa yang lebih besar.Namun hanya satu jalan sahaja yang dapat kita usahakan iaitu mendidik anak-anak kita supaya tahu bagaimana memilih pemimpin yang baik.Ini kerena kemungkinan waktu kita berjuang belum sampai matlamatnya.Jadi hanya pewaris kita sahaja yang dapat meneruskan perjuangan kita.Kita dapat lihat dah 50 tahun berjuang baru sekarang kita nampak sedikit perubahan.Jadi kita mestilah besikap biasa sahaja walaupun nampak ada perubahan.Pengundi Malaysia bukanlah seperti pengundi dilain-lain negara.Mereka susah untuk menerima perubahan.Mereka belum yakin dengan perubahan yang dijanjikan.Telah lama minda mereka dimasukkan dengan cerita karut dan dongeng.

Raziq Najab berkata...

...latakhaf walatahzan innALLAHa maana..

Pergi Jahanam Kebangsaan.

BUBAR DUN PERAK!!!

Tanpa Nama berkata...

saya