24 Oktober 2009

Nik Aziz : berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti

KOTA BAHARU, 23 Okt :-Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya PAS mengadakan Muktamar Agung Luar Biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.

Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.

"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan.

"Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk Presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat sini, Jumaat.

Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya semalam, kerana kecewa dengan sikap beberapa pemiMpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik.

Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam Muktamar Aung parti itu tahun lepas.

Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan: �"Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur Presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk Presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.

Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.

�Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu.-- BERNAMA

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS parti Islam bukan parti sekular. Jangan tiru parti sekular . Pas adalah majlis syura dan dewan ulamak. Muzakarah dan muhasabah untuk kepentingan ummah dan Islam. Kita mesti bersatu menghadapi BN & Umno. Pasti Kerajaan yang korup tumbang dalam pilihanraya ke 13. Bersatu dan berukhwah..berpeganglah kita dengan tali Allah jangan kita berpecah belah. Pas for All.Allahuakhbar.

penawarrindu berkata...

Soalan Saya : Soal UG sudah senyap selepas semua Pimpinan pR bersidang dan berikrar untuk memperkuatkan PR, siapa lagi yang menimbulnya kembali? siapa? saya sangat keliru dengan Kenyataan ini.

Tanpa Nama berkata...

Sokong TGNA.

Tanpa Nama berkata...

Sokong TGNA. Geng Gganung kite tu belajar merintah Gganung dulu. Baru kita boleh bincang macamana nak perintah Negara. Kalau negeri pun tak terkawal, jangan cakap banyak.

Anak Bugis berkata...

Alhamdulilah..Tuan Guru telah nampak dan bertindak demi kebaikan parti dan PR, sesunguhnya sebagai penyokong di peringkat grassroot saya dapati Tuan Guru Nik Aziz lebih memahami kehendak pendokong di peringkat bawahan berbanding pemimpin PAS yang lain, semoga teguran dan gesaan tuan guru mendapat perhatian sewajarnya.

paka OILAND. berkata...

kenyataan yg boleh diangap keras oleh TGNA,utk adakan muktamar luarbiasa bg mengantikan pemimpin bermasalah dlm PAS amat menghairankan stlh isu perpaduan yg dicanangkan TGHH tlhpn reda,berita sebegini boleh dimanipulasikan oleh media Pro kerajaan utk keuntungan UMNO dlm memecah belahkan keutuhan PAS.
kalaulah berita ini benar2 dtg dr TGNA,ianya amat malang sekali,setlh perjuangan PAS yg dikemudi TGHH semaking diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia.Sebagai manusia biasa yg bukan maksum TGNA tlh menpamerkan sikap angkuh,Riak dan Takbur tlh menguasai mindanya,setlh drnya dipuja dan disanjung oleh segenap lapisan masyarakat Amnya dan hendak menunjukkan yg kata2nya didengari oleh pucuk pimpinan lain dlm PAS dan akar umbi.
Isu terbaru ini menampakkan TGNA mengambil keputusan secara Selektif,tanpa perbincangan dgn TGHH dan para pimpinan PAS yg terlibat dlm isu perpadun,juga memikirkan Natijah pd Parti.Percayalah isu ini akan dipergunakan sepuas2nya oleh UMNO utk menjatuhkan PAS.
Ingatlah orang yg dikuasai perasaan marah amat senang untuk Syaitan dan Iblis menguasai akal fikiran,seterusnya menghasut secara halus untuk menjerumuskan sebuah parti yg menperjuangkan ISLAM secara Syumul dan lagi tinggi ketakwaan seseorang lagi hebat para Syaitan dan Iblis memporak perandakan akal seseorang itu.Saya amat bimbang tentang hal ini
kerana TGNA bukan MAKSUM,akhir kata saya minta maaf kpdTGNA Saya terlalu sayang kpd semua Saf kepimpinan PAS di Malaysia.

AbuAfaf berkata...

Buatlah kalau untuk selamatkan parti bukan untuk selamatkan pengampu jamaah

Tanpa Nama berkata...

singkirkan puak UG dalam pas

Tanpa Nama berkata...

golongan kerajaan perpaduan dalam pas menjadi musuh dalam selimut

Tanpa Nama berkata...

sokong TGNA menyingkirkan puak kerajaan perpaduan.

Tanpa Nama berkata...

untuk menang PRU13 pas perlu menyingkirkan ulat-ulat UMNO dalam pas

Tanpa Nama berkata...

gerakan UG menjatuhkan pas dari dalam???

Tanpa Nama berkata...

kita sokong TGNA 100%

Tanpa Nama berkata...

Salam. Semoga kita semua berpegang teguh dengan tali ALLAH. Sebaik nya kita tidak meninggalkan apa yang diperintahkan. "kembali lah kamu kepada Al Quran dan sunnah, jika sesama kamu saling berselisih"Apa jua hendaklah kembali kepada Al Quran dan sunnah, walaupun dalam memberi pandangan di dalam zaman yg serba moden ini, senantiasa lah berdoa tawakkal kepada ALLAH supaya sentiasa diperlihara dan diberi hidayah dari pekara yg tidak diingini. Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Maafkan saya. Semua insan boleh buat silap samada TGHH, Ust Nasa atau kita sendiri. Mengapa kita mesti terjebak dlm perasaan marah, ujub dan segala sifat2 mazmumah dgn memandang besarnya dosa saudara kita. Jika kita berhujah mengatakan pemimpin boleh ditegur begitu juga yg menegur. Mengapa tidak kita tasamuh. Bukankah masalah Ibrahim Ali juga kesilapan pihak tertentu dimana kita berlapang dada dgn tidak mengungkit2 kesilapan itu.Atau kita telah mula menjadi lebih umno dari umno yg sebahagian ahlinya untouchable.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum....
Apasalahnya nak buat egm...mca pun buat...orang islam pulak takut sangat....malu kat orang bukan islam je....yang salah takut la....

Apad reform berkata...

ade puak2 pas yg termakan dgn UG sebab katanya atas dsr islam..

puak2 pas ni nak name PAS for ALL tp xpamerkan pun wlau secebis benda tu

puak pas ni pun yang menyusahkan dgn plbagai birokrasi ttp dlm ayat yg indah dan tersusun dlm media sndiri berkenaan KPP jd sayap parti..

btau saja kamu rasa yang bukan islam ni semua kafir harbi..kan sng..yg geng2 dlm PR lain punye berhempas gak snggup berdepan segala kekejaman n kekerasan tnp berganjak ni jnis xberguna sbb xde tarbiyah n tamrin drp pas..

sbb hal2 cmnila msyrkt pndg serong pd PAS..sbb lbh percaya umno yg tamakkan kuasa n seleweng sini sana drp nak pcy kpd si kafir n islam yang tak alim tetapi bencikan kezaliman..terpulang..kita hanya mahu UMNO/BN tumbang sbb kita nak tadbir dgn lg licin..

semak la laporan audit negara..selangor sgt dipuji drp urus tadbir yg baik..walhal dlm media umno???

Tanpa Nama berkata...

Kpd paka oiland semua org tahu TGNA bkn 'maksum' atau hendak semua org mengikut kehendaknya.. keputusan dan persetujuan untuk tidak membincangkan lagi kerajaan perpaduan telah ditetapkan dlm Muktamar Agung yg lepas.. itu adlh satu bentuk musyawarah..yg menjadi masalah apabila kumpulan kecil@individu yg bersifat ke arah sifat munafik untuk melanggarnya.. menyulitkan sesuau perkara yg disepakati boleh membawa kpd perpecahan..sila rujuk kpd hadis Nabi S.A.W yg merujuk kpd "LUBANG BIAWAK"...

Raziq Najab berkata...

Semoga ALLAH swt memelihara kesihatan dan memanjangkan usia TGNA demi menyelamatkan Parti Islam dan rakyat seluruhnya.
InsyaALLAH beliau lebih arif tentang asam garam perjuangan Islam dimana ianya tanpa melalui jalan mudah... menurut kehendak hati.
ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!!!

Tanpa Nama berkata...

sejak bila isu UG dibangkitkan semula saya kurang pasti. Mungkin saya ketinggalan. tapi adakah disebabkan kekalahan di bagan pinang segala kesalahan kita letakkan pada isu di selangor dan beberapa pemimpin tertentu. Hasil post mortem pun belum lagi diketahui (belum atau dah yang pasti saya belum tahu). dengar cerita banyak faktor yang menyebabkan kita kalah lebih besar di sana. Rasanya adalah lebih baik jika ada cadangan atau pendapat yang rasa-rasanya boleh dimanipulasi tidak disuarakan secara terbuka. berbincanglah dulu dalam mana-mana pertemuan atau mesyuarat tertutup, mungkin itu adalah terlebih baik dari membuat kenyataan terbuka yang boleh meresahkan ahli yang bawahan macam saya. wallahua'lam