29 Oktober 2009

PAS S'gor dihadap ke JK disiplin

Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam ini memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu.

"Isu Selangor kita serah pada jawatankuasa disiplin yang dipengerusinya oleh (naib presiden) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyiasat sejauh mana kebenarannya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu," kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mesyuarat yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri juga memutuskan untuk mengadakan seminar politik bulan depan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seminar yang dirancang itu, dengan melibatkan perwakilan setiap peringkat kepemimpinan parti, bagi menggantikan idea muktamar khas - yang asalnya disarankan oleh menteri besar itu di blognya, Khamis lalu - yang diputuskan tidak perlu diadakan.

"Satu seminar politik akan diadakan pada 7 November ini yang dihadiri perwakilan daripada seluruh negara bagi membincangkan isu yang berkaitan dan isu-isu lain bagi memperkasakan PAS.

"EGM (muktamar khas) tidak ada. Kita bersetuju EGM tidak ada," kata Abdul Hadi lagi.
Dua keputusan penting itu diumumkan dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat berakhir kira-kira jam 1 pagi ini.

Kira-kira 60 wartawan dan jurugambar setia menungggu mesyuarat khas itu sehingga sidang media itu tamat.

Abdul Hadi turut menegaskan kembali kenyataan sebelumnya bahawa PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan menutup pintu kepada rundingan dengan Umno.

"Setelah kita berbincang dengan sepanjang-panjangnya dan menerima pandangan semua pihak, kita bersetuju, PAS akan memainkan peranan lebih aktif bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Isu kerajaan perpaduan ditutup dan kita tetap bersama Pakatan," tegasnya.

Mesyuarat malam ini dipanggil bagi membincangkan isu "beberapa kerat pemimpin bermasalah" yang dibangkitkan oleh Nik Abdul Aziz di Blog Tok Guru minggu lalu.

Mesyuarat itu bermula jam 8.45 malam ini walaupun Nik Abdul Aziz hanya menghadiri mesyuarat tersebut sehingga jam 11 malam. Semua tiga tokoh utama yang dipertikai oleh beliau turut hadir.

Berita asal malaysiakini/dengan edit.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Singkirkan pemimpin yang tak dapat meningkatkan imej dan mencemarkan perjuangan pas, walaupun presiden, ramai lagi dikalangan ahli pas yang berkebolehan!!!

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin boleh datang dan pergi, perjuangan perlu diteruskan..

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak layak memimpin turunkan saja!, jawatan dalam pas bukan untuk direbut, keikhlasan yang penting..

Tanpa Nama berkata...

Jawatan hanyalah amanah, kalau tak mampu tunaikan amanah undur diri saja!!!

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan Pas semakin kehadapan, kalau kebelakang melawan arus, singkirkan saja...

Tanpa Nama berkata...

Apa sumbangan ketara Timbalan presiden pas dan Hasan ali dalam setiap pilihanraya kecil? hanya menjatuhkan pas, merosot undi atau kalah teruk!

Tanpa Nama berkata...

Mesyuarat dikendalikan oleh kumpulan yang ditegur oleh TGNA, keputusannya paham sajalah, takkan nak hukum diri sendiri!!!

Tanpa Nama berkata...

EGM yang dicadangkan TGNA adalah wajar, kerana ahli yang patut menghukum bukannya diri sendiri!!!

Tanpa Nama berkata...

Mana mungkin hakim akan membicarakan diri sendiri dan menjatuhkan hukuman pada diri sendiri!!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum YB,
Bukanlah saya nak kata YB ni gopoh tetapi tindkan YB postingkan berita ini yang diambil dari Malaysiakini adalah dikesali. Sepatutnya YB ambil berita dari Harakah daily. Berita ini hanya bertujuan untuk berlaga sesama sendiri. Kalau YB dari PAS pun tak mau guna berita dari Lidah rasmi parti dan sanggup ambil berita dari sumber yang hanya bertujuan untuk melagakan sesama ahli parti menunjukkan YB tidak pandai berpolitik.
Untuk pengetahuan YB, TGNA balik awal, tetapi bijaknya petugas dan pimpinan sewaktu nik aziz nak beredar petugas PAS sudah menyuruh pemberita lain nak ketingkat 4, Akhirnya TGNA keluar tanpa dijumpai oleh wartawan. Ini adalah kerana Tidak mahu wanimbulkan syak kenapa TGNA balik awal. Tapi YB seolah-olah nak membesar-besarkan lagi perkara ini.
Apa yang YB dapat? Kenapa nak tonjolkan PAS Selangor kan dihadapkan ke JK Disiplin? Sebenarnya bukan begitu tetapi kerana ada tuduhan terhadap PAS Selangor maka Ustaz Hadu Menyerahkan kepada JK Disiplin untuk menyiasat. Itu yang sebenarnya. Jadi saya cadangkan YB keluarkan berita dari Malaysiakini ini dan ambil berita dari Harakah daily jika YB seorang yang ikhlas dalam perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum YB, Saya rasa adalah lebih baik YB ambil berita dari suara parti dari ambil dari ambil Berita dar Malaysiakini untuk dipostingkan di sini. Bila

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum YB,
Saya rasa adalah lebih baik YB ambik sumber berita dari lidah rasmi PAS, Untuk pengetahuan YB wartawan harakah daily turut berada ditempat berlangsungnya Mesyurat Khas jk Pusat. Berita mereka adalah lebih tepat berbanding dengan Berita Malaysia kini yang bertujuan untuk melagakan sesama ahli parti. Tajuk yang ada adalah tidak tepat denga apa yang dijelaskan oleh Presiden dalam sidang Medianya selepas mesyuarat. Lagipun intipatinya bukanlah nak apa yang diberi tajuknya tetapi adalah pertukaran dai EGM kepada seminar yang bertujuan untuk mengumpulkan ahli akar umbi. Adalah lebih manis YB dari PAS sendiri menggunakan sumber berita parti. Apa adakah YB juga nak menunjukkan keretakan berlaku dalam PAS. Apa kebaikannya sedangkan penyelesaiannya telah diputuskan oleh Part dengan mengadakan seminar. Janagnlah suasana di Perak cuba YB bawa dalam kancah politik nasioanl. Jika YB ihklas tukarkanlah berita yang YB posting ini kepada sumber dari Lidah rasmi PAS iaitu Harakah daily.

Tanpa Nama berkata...

Jika pulangnya TGNAZ pun tidak diketahui oleh wartawan kerana bijaknya pimpinan dan petugas di Pejabat Agung dengan menyuruh semua pemberita naik ketingkat 4 dan akhirnya TGNAZ keluar tanpa berjumpa wartawan kerana ia akan menimbulkan lagi syak yang bukan-bukan dan mungkin berita yang keluar hari ini jadi lain., Kenapa YB tidak menggunakan pendekatan yang seperti ini.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang saya tulis tadi buka untuk di komen tetapi untuk menasihati YB supaya gunakan sumber dari parti sendiri. Bukankah YB dari PAS apasalahnya YB gunakan sumber dari pari sendiri

WUZARA berkata...

Assalamualaikum wbt...

Apa yang saya faham dari laporan yang diberikan, PAS akan menutup sebarang pintu rundingan dengan UMNO dan akan berusaha menguatkan Pakatan Rakyat.

Adalah amat menyedihkan jika Dr Hassan Ali diambil tindakan gara-gara ketegasannya dalam isu arak di Selangor. Arak adalah hukum qath'ie yang tidak selayaknya sebagai hamba kita mengambil hukum lain selain mengharamkannya. Sepatutnya PAS memainkan peranan dalam pakatan rakyat di Selangor mengharamkan arak, bukan cuba berkompromi dengan DAP mahupun PKR. Adalah sesuatu pencabulan hukum Islam jika PAS membelakangkan perkara ini semata untuk menjaga hati DAP dan PKR.

Sebagai seorang yang beraqidah Islam, saya merasa cukup kecewa tindakan ini. Jika ini berlaku, PAS tak ubah seperti parti sekular kufur lain. Malahan lebih teruk kerana membohongiummat memperjuangkan Islam, tetapi hakikatnya menentang hukum Allah.

Tanpa Nama berkata...

Cuba nyatakan apa kesalahan yang telah dilakukan PAS.. sebab kritik Selcat? kritik ronnie liu pasal isu arak? sebab lantang kritik kerajaan Selangor...
Dulu aku respek PAS sb parti Islam yang mengamalkan dasar Islam tp sejak bergabung dengan DAP & PKR, PAS dah jadi xbetol.. Politik mereka bukan ikut cara Islam dah.. Hilang respek aku kat PAS terutamanya Nik Aziz yg banyak bela Anwar sampai ahli2 PAS sendiri di anak tirikan...

Tanpa Nama berkata...

salam to all..

anon 6:17..kalau lu ada otak cuba lu pikir.dalam islam suruh tak hormat bangsa lain nagama lain.islam x penting kan diri sendiri.kalo ahli pas sendiri yang bangga diri n tamak harta tak kan nak biar macam tu je.kalo ahli pas yang tak boleh ditegur boleh ke dia ada dalam parti.ada otak pikir la .

Tanpa Nama berkata...

Isu di selangor adalah satu peristiwa biasa bagi gabungan parti politik yang berbeza latarbelakang sejarahnya. Peristiwa ini proses biasa yang menguji kematangan gabungan politik ini. Sesetengahnya dilihat begitu drastik melaksanakan dasar partinya. Sesetengahnya mengambil pendekatan sederhana bertolak ansur dikala perjuangan gabungan ini baru berputik.Soal mendidik di dahulukan. Dakwah terhadap yang baru mengenal islam digiatkan.Maka akan datang perlahan lahan dilakasanakan dengan sepenuhnya. Keduanya-dunya dilihat bertembung namun asasnya tetap sama tidak menyimpang. Harus kedua-duanya berlapang dada.mengambil jaln sederhana seperti anjuran junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

DUIT_REBATPETRONAS berkata...

Salam,
apa kata kita ahli-ali PAS Se-Malaysia (bukan 1 Malaysia) pakat-pakat solat hajat kepada Allah , supaya Allah merungkaikan segala masalah, sebagaimana terangnya siang hari di waktu tengah hari..
Apa-apapun yang berlaku, kita mesti bermohon pada Allah sebab Dia tahu segala-galanya apa yang baik untuk kita, dan mintak tunjukkan jalan yang terbaik.

solat hajatlah semua wahai pejuang-pejuang ikhlas... Yang tak ikhlas (masing-masing tahu sama ada dia ikhlas atau tidak)semoga di singkirkan Allah. Amin. tapi ingat, jauhi dari dari fitnah memfitnah.

Tanpa Nama berkata...

SALAM... ramai cyber trooper amno ker kat sini yg bg komen.. bahang semacam jer, kalo ahli pas sejati kene la cool.. bykkan berdoa.. bkn meroyan n berbalah sesame sendri bile kene serang dek org2 x bertamadun.. pada aku xde ape pun..sekadar sdket pergeseran.. n kite xtau pun crita sebenar, jgn tuduh2 or buat spekulasi sendri.. SABAR...Istighfar.. INGAT,JANGAN menangkan syaitan..JANGAN biarkan mereka bergembira..

Tanpa Nama berkata...

yalah, aku pun meluat betol sebab banyak sangat cyber trooper umnongok kat sini, komen tah apa2, kalu ahli pas sebenar tak perangai macam ni.
aku rasa kita kena buat pendekatan sederhana, sedangkan umnongook yang islam pun tak mau islam, inikan bukan islam, kita kenala bagi penerangan dulu, nama pun bukan islam.
yg hassan ali duk kalut sangat pasai apa, takkan tak faham2 kot, kata motivator terkenal, tapi duk ngok jugak.

Abdullah Ngah berkata...

syaitan amat gembira kalau Hasan Ali dipecat dan Haji Hadi disingkir.

UMNO sudah tunggu begitu lama untuk singkir Haji Hadi. Inilah yang ditunggu selama ini.

Mereka buat kenduri besar besar kerana tokoh besar dalam gerakan islam sudah tersingkir.

Ingat jangan asyik kena tipu dengan tipu daya umno yang kelihatan begitu terpesona.

Ramai yang lupa perangsarap UMNO yang barang sudah hampir hampir berjaya untuk jatuhkan PAS melalui bijakpandai yang melakon watak watak baik, sedangkan mereka adalah syaitan manusia.

Tanpa Nama berkata...

nak kata aku cybertroopers umno lantak korangla.

aku ahli PAS di selangor.

korang yg tinggal di luar selangor mana tau masalah kami di selangor.

yg bertungkus lumus untuk pas di ceruk bandar,kampung,taman dll adalah kami dan pemimpin setempat.

skr apa dah jadi di selangor? PJ dan geng dia seronok kat atas keluar kenyataan itu dan ini, yg kami di cawangan terganga nak jawab kat ahli dan masyarakat,ahli yg ada jawatan jkkk,ahli majlid dan ajk masjid dan tidk timbul di markas yg nak hampir pupus.

sudah tukar PJ selangor dan kuncu2 nya.


pimpinan negeri selangor kebanyakan lantikan PJ dan roslan.YDP kebanyakan telah di motivasikan oleh dr hassan.


selamatkan sebelum lebih parah.

kenapa ajk pusat terlalu slow dgn 4 5 org ni di pusat.

fullstop

BISA berkata...

Berbeza pendapat tu biasalah,nape kalu kritik jer cyber trooper amno.Nak bagitau Parti Pas adalah hak masyarakat bkn utk Ahli pas jer,Ahli parti hanya menentukan hala tuju parti serta prinsip yg didokong oleh parti yg wakili.Nanti bila pru 13 atau prk kat mana2 tempat, Hangpa umum hanya ahli pas jer bleh ngundi Calon Pas kan senang gitu.....

aku udah meluat dgn kerenah sesetengah pemimpin Pas yg tak pandai Politik, lepas tu buat kenyataan merosakkan parti.

Ingat perpepsi masyarakat cukup payah diubah.Banyak masa perlu diambil.

Fikir dulu sblum buat kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai mereka yang tidak meghadiri mesyuarat tersebut, yang tak pasti butiran perbincangan dan perdebatan, lebih baik tutup mulut. Pada hari akhirat kelak akan tiba suatu ketika di mana setiap amal perbuatan kita dihisab. dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Peliharalah lidah kita dari menuturkan perkara-perkara yang sebenarnya kita kurang pasti. Jika tidak ia akan menjerumuskan kita ke dalam api neraka yang tiada satu jiwapun yang mampu menahan seksanya. Insaflah selagi masih ada masa. Insaflah...Biarlah barisan kepimpinan yang telah bermesyuarat tersebut menjalankan amanah masing-masing.. Mereka pula akan diadili dihadapan ALLAH kelak atas pertanggungjawaban yang dipikulkan dibahu mereka.

silvermoon berkata...

setuju ngan tanpa nama (12.34 AM).. bisa berkata (11.50 p.m)awat hang hangin semacam je tuh.. meluat2 kang sayang..haha. cool la sket..