21 Oktober 2009

Sambutan Raya Kampong Teluk kepayang meriah

Drs. Khalil bersalam dengan pemilik gerai dalam lawatan ke setiap gerai untuk memberikan markah.


BOTA , 17 Okt :- Tindakan Ganesan berbohong dan menyebabkan dia tidak layak untuk menjadi peguam apa lagi untuk menjadi seorang Speaker yang sah di Perak, demikian antara ucapan Ketua penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim semasa menyampaikan ucapan dalam Majlis jamuan Hari Raya Pakatan Rakyat Kampung Teluk Kepayang di dalam DUN Bota disini Sabtu lepas.

Jels ADUN Titi Serong itu, Ganesan adalah boneka yang dipergunakan oleh BN untuk mencapai hasrat hajat bagi terus berkuasa dengan kuasa haram yang dirampas dari Pakatan Rakyat pada wawal Februari lepas.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Penyelia DUN Pakatan Rakyat Bota, Kapten(B) Hj. Husaili dan Pengarah Penerangan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Ust. Zulkifli Ibrahim.

Sambutan yang sangat berjaya itu dihadiri oleh sekitar 1000 orang pengunjung dan menyediakan gerai makanan yang cukup cerai serta dipertandingkan. Johan dimenangi oleh Gerai laksa.

Selain itu Drs. Khalil diberikan penghormatan untuk menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang dibawa khas dari ipoh berupa hamper dan pendahuluan wang dalam akaun Tabung haji.

Acara lain ialah pemotongan kek oleh 4 orang anak yatim yang dilahirkan pada bulan September dan Oktober.

Majlis juga diserikan oleh kumpulan nasyid yang dibawakan khas dari Ibu Negara.


Drs. Khalil bersama 4 anak yatim memetong keke hari lahir.

ADUN Titi Serong sedang menyampaikan ucapan.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang meriah..org teluk kepayang dah jemu dgn jamuan raya org umno. asyik2 bihun goreng dgn biskut raya tajaan roti segar. Udahle tu kome. Tinggalkan parti umno man sanggo dan ali jaya. Deme SRP pun tak pas. Camana nak jadi tok sidang.

Tanpa Nama berkata...

tahniah org kg. telok kepayang , Bota.....pastikan PR menang DUN BOTa PRU13..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Pakatan Rakyat Teluk Kepayang berjaya menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri. Memang cukup hebat pengisian yang dianjurkan. Idea PR bukannya koman sbb itu kita perlu berubah, kalau tak,jamuan raye asyik makan biskut kering jer ler..yang enak2 bajet tu mungkin dah di kebas..pening juga UMNO Teluk Kepayang

Lebai Din berkata...

Orang Bote bukan saja dahmarah kat UMNO, tapi kat Nasa ADUN Bote pun deme dah getik, penipu dan pembohong besar. Semalam deme gunakan Sekolah Bota kida buat majlis sambut hari raya. Kalau tempat lain dah tentu lenggang, ini fasal budak sekolah ada, nampak le ramai.

Tanpa Nama berkata...

Diucapkan syabas kepada pengerak PR Adun Bota Perlemen Parit dan terutama sekali kepada Warga Teluk Kepayang kaum Ibu, kaum Bapa keluarga Pak Yunus,Keluarga Ketua Kampong Teluk Kepayang (PR) En. Nasir,keluarga Ayub Imam Ghafar,Keluarga Hamba Sehot,Keluarga A ngek,Pak Laain Sator, Zul Mamak (Menantu Md Daud)dll.Semoga ditahun hadapan majlis serupa ini lebih meriah lagi hendaknya..amin.

Tanpa Nama berkata...

UMNO terbaik kt Bota..apatah lagi di Kg. Telok Kepayang..Telok Kepayang lebih maju dan insyaallah akan terus lebih maju di masa akan datang.