21 Oktober 2009

Sandiwara Satu Malaysia.., Dua Malaysia : SATU KRONI UBN

Oleh : Nash Ar-Rawy

Semua orang tahu bahawa bahawa Malaysia ini di tadbir dan di perintah oleh pemerintahan kediktatoran berparlimen ( ‘Parliamentary Dictatorship’) . Justeru itu , ada dua Malaysia dan ‘double’ standard Malaysia selama ini; yang cuba di selindungi oleh pemerintahan Rosmah Najib. Iaitu, satu Malaysia untuk UBN dan satu lagi Malaysia untuk Pakatan Rakyat; dengan memperkudakan institusi-institusi terpenting negara sebagai talian hayat UBN.

Buktinya, institusi-institusi terpenting negara seperti PDRM(I.G.P.), Peguam Negara, Hakim Negara , SPRM , SPR dan Jabatan Pendaftraran Negara masih lagi di bawah kawalan dan ehsan PM ; sekaligus merupakan ‘subordinate’ PM ; yang pastinya tiada bisa betindak secara telus dan berintegriti tinggi dan bertanggungjawaban kepada Dewan yang mulia ; iaitu, parlimen.

Justeru kerna, institusi-institusi ini tiada bertanggungjawab kepada parlimen tetapi menjadi ‘YES MAN” kepada PM. Tidak hairanlah satu Malaysia tiada berani memparlimenkan institusi tersebut . Yakni, diletakkan di bawah kuasa DYMN Yang Di Pertuan Agong; yakni di bawah kuasa parlimen dan bukan lagi PM. Barulah berlakunya ‘ Separation of powers’ ( Pemisahan Kuasa) dalam satu Malaysia . Namun perkara ini tiada berlaku kerna institusi-institusi tersebut hanya bisa duduk di bawah cengkaman PM ; justeru kerana UBM selesa dan ‘ Comfort Zone” dengan statusnya yang sedemikian ; demi untuk mengekang dan mencengkam kebangkitan rakyat satu malaysia yang menolak sandiwara UBN.

PAS dari dulu lagi sejak dari tahun 1951 sudah pun ketengahkan gagasan satu Malaysia ; justeru itu, namanya adalah PARTAI ISLAM SEMALAYSIA ( SATU MALAYSIA ) . Justeru kerna , konsep Islam yang di bawa oleh PAS lebih luas dariapada satu Malaysia yang terhad , tetapi konsep Islam yang universal dan ‘unlimited’ iaitu : “ Rahmatan lil ‘alameen’ yakni , untuk sekalian alam. Konsep in di perbaharui dengan pendekatan terkini yang mula di fahami , diterima dan dirasai oleh masyarakat majmuk . Ia itu, “PAS For ALL “ selari dengan rakan seperjuangannya DAP dan Keadilan , iaitu: “ Justice For All “ tanpa mengira bangsa, fahaman politik, agama dan kepercayaan. Perjuangan PAS adalah untuk membuat transformasi SMS ( Satu Malaysia Sekular ) kepada Negara berkebajikan yang berteraskan keadilan untuk semua ( Rahmat kepada sekalian alam ).

Sistem pemerintahan ‘DUA MALAYSIA” UBN masih lagi berterusan sejak Dato’ Asri menjadi MB Kelantan lagi sekatan ekonomi dilakukan oleh kerajaan ‘DUA MALAYSIA” yang menafikan hak federalisme( Persekutuan ) sebagai satu unit di dalam Malaysia. Semasa PAS memerintah Terengganu 5% royalti minyak yang merupakan hak rakyat Terengganu bukan hakmilikan mana-mana parti ; baik PAS maupun Umno di nafikan oleh pemerintahan ‘DUA MALAYSIA” . Jika benar, UBN mahukan satu malaysia , buktikan dulu dengan membenarkan wang minyak itu disalurkan sepenuhnya langsung kepada kerajaan Kelantan kerna itu bukannya habuan UBN untuk memfaraidkannya sesama mereka sebagaimana yang pernah kerajaan ‘DUA MALAYSIA” merakusi dan membolotinya di Terengganu.

Bagaimana bisa ada satu Malaysia yang mencengkam warganya sendiri . dengan ISA dan OSA. Ratusan demonstran yang dipukul dikasari dan ditangkap polis sewaktu berlaku demonstrasi aman menentang Bahasa Penjajah digunapakai bagi mata pelajaran sains dan matamatik. Para demonstran terdiri daripada kalangan profesional, cendikiawan dan tokoh –tokoh pejuang bahasa negara . Mana dia satu Malaysia yang diwawarkan itu ? Satu Malaysia adalah lakunan semula Presiden Umno dengan jenama baru untuk memperbodohkan rakyat dengan retorik budak tadika yang di jaja merata negara.

Setiausaha Agong PAS, Mustaffa Ali dikasari dan ditangkap polis selaku tetamu ahli parlimen satu Malaysia yang akhirnya terbukti tindakan polis itu satu kesilapan , ‘unparliamentary’ dan ‘undemocratic” apabila beliau menang kes saman beliau di mahkamah dan dibayar ganti rugi ; semata- mata kerna beliau bukan anggota UBN . Ternyata pemerintahan UBN mengamalkan ‘DUA MALAYSIA” ; yang cuba merabunkan massa dengan slogan dan retorik satu Malaysia; sudah dikenali dan difahami rakyat lawak politiknya yang tiada menjadi.

RTM adalah hakmilik rakyat satu Malaysia . Namun , AGM Umno; tiada pernah tiada siaran langsung dipancarkan. Akan tetapi , AGM parti-parti dalam Pakatan Rakyat langsung tiada siaran langsung. Sedangkan cukai dibayar rakyat satu Malaysia tanpa kira parti politik . Hanya pembayar cukai dari kalangan penyokong UBN yang dapat ni’mat siarannya sedangkan penyokong parti Pakatan tidak bisa . Ternyata ada dua jenis rakyat yang diperbezakan UBN dalam ‘ DUA MALAYSIA” . Beranikah PM berikan ‘Air Time” yang sama kepada parti-parti selain UBN khususnya di dalam PRK dan PRU 13 itu nanti ? Lihat sahajalah sandiwara realiti ‘ Dua Malaysia” itu nanti .

Pengundi siber dewasa ini , bukannya anak-anak tadika retorik satu Malaysia. ‘Tracked Record” UBN semua orang tahu ; SMS ( Satu Malaysia Sekular ) yakni, UBN sebagai gabungan parti-parti perkauman nasionalis , tidak seperti Pakatan yang terdiri daripada parti yang bernaunsa ‘multi-racial” atas tiket Islam yang universal dan keadilan sejagat .

Pemerintahan DUA MALAYSIA” mana bisa ada keadilan satu Malaysia ; kerna sesuka hati sahaja bisa tangkap warga sendiri tanpa bicara dihukun di bawah ISA ; semata-mata kerna menjadi anggota Pakatan Rakyat . Bukankah ISA ini tiada bisa menyatukan Malaysia ; bahkan membuatkan massa meluat dengan kerakusan UBN . Satu Malaysia dan ‘One Israel “ adalah sama sahaja; SMS ( SATU MALAYSIA SEKULER )

Akhir kalam , satu Malaysia adalah sinonim dengan konsep federalisme, demokrasi dan keadilan. Bayarlah royalti kepada warga Kelantan dan hapuskanlah ISA, OSA , Akta Universiti, Akta Cetak dan terimalah realiti kekalahan UBN di negeri –negeri yang diperintah Pakatan secara ‘gentle’ dan lupakanlah perancangan kudeta di negeri-negeri tersebut kerna insiden di Perak menjadikan Pakatan mendapat iktibar dan memperkukuhkan lagi Pakatan untuk menawan kerajaan federal pada PRU 13 nanti , insyaAllahu .

Selamatkanlah rakyat Malaysia yang menanggung kos biaya “ Formula One of One Malaysia “ kena bayar ONE MILLION DOLLARS FOR ONE MALAYSIA ; bayar SEJUTA SEHARI SATU MALAYSIA. Mengapa tiada di tolongi warga satu Malaysia yang susah, tiada rumah dan biayai pelajaran anak bangsa ke universiti PERCUMA ! Inilah projeksi satu Malaysia yang sebenarnya untuk SATU KRONI UBN. Justeru itu, perasuah pun bisa jadi wakil rakyat dan ketua Menteri satu Malaysia.

Tags: nash ar-rawy ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

8 ulasan:

hafizzuddin berkata...

Memang begitu sifatnya 2 malaysia sebagaimanana yg digambarkan penulis, saya menyokong pandangan beliau, 1 Malaysia hanya slogan kosong seperti kosongnya jiwa mereka yg sudah jauh dari mendapat hidayah ALLAH.

Bagi kita yg berada di medan perjuangan ini, perlulah terus bekerja keras melakukan perubahan kpd kebaikan sebagaimana yg dituntut dan ini merupakan amanah yg mesti ditunaikan oleh semua muslimin dan muslimat.wwalam

Tanpa Nama berkata...

Tahniah. semua pembayar cukai yang waras setuju 1Malaysia 1Pembohongan.
marilah kita sama2 bijakberpolitik spt org jepun.
KUBURKAN UBN DLM PRU 13!!!

masuksuku berkata...

SALAM YB
masalah utama kita dalam menghadapi keadaan sekarang adalah;
1.sikap kita sebagai pengundi..majoriti orang melayu tidak pernah terfikir pasal keutamaan mengundi..ada bapa dan ibu yang masih leka dan tidak mengambil berat pasal ini..hanya semata mata berfikir akan menang..saya ada bertanya ramai orang tentang kes ini..majoriti tak ambil peduli..ada anak lebih 21 tahun umur yang langsung tidak mengundi..yang tiada hak semasa PRU..
2. majoriti tidak peka dengan keadaan sekeliling..tak ambil tahu tentang perkembangan semasa..setempat..
3. peranan media yang terlalu menyebelahi pemerintah..memutarbelitkan berita dan cerita..
4. majoriti tidak pernah membuka cerita berkaitan politik di dalam internet..remaja di sogokan dgn internet hanya untuk game dan benda yang tak berfaedah..cc yang bertambah macam cendawan tak dipantau hanya untuk seronok..
5. sebagai warisan daripada ibu bapa..bapa umno anak mesti umno contohnya..
6. sikap segelintir ibu bapa yang langsung tidak pernah memberi "ceramah" terhadap anak anak tentang politik semasa..
saya bertanya pada pgi ini kepada beberapa remaja..parti mana yang kamu sokong..jawaban yang amat mendukacitakan..saya tak tau nak sokong mana..sebab tak ambil tau pun..
jenis jenis ini lah yang di perkuda..perbiawak..perbodoh..atau perkhinzirkan..oleh orang orang yang berkepentingan seperti orang umno tentu..dengan sepuluh ringgit kena buat"kerja" untuk 6 atau 7 jam..daripada menunggu bas betul betul waktu azan margrib berkumandang..bersesak sesak dalam bas..berhimpit lelaki perempuan distadium..itu yang depa suka sangat..

Tanpa Nama berkata...

saya faham slogan 1 MALAYSIA, adalah untuk mengajak rakyat Malaysia bersatu padu untuk memajukan negara. Wallahualam.

Tapi slogan yang dilaungkan oleh njib altantuya ini adalah kosong dan pelaksanaan nya lebih kepada kepentingan politik sempit U/Beer End & kroni nya semata-mata, apa tidaknya cuba anda fikir, SETELAH KAMU RAMPAS (ROMPAK ) KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI PERAK, KAMU KACAU DI KEDAH DAN SELANGOR, KAMU "ROGOL" DEMOKRASI, KAMU LAKUKAN KEZALIMAN TERHADAP RAKYAT YANG TIDAK SEBULU DENGAN KAMU DAN BERMACAM-MACAM LAGI TINDAKAN ZALlM KAMU , DENGAN MUDAH KAMU AJAK RAKYAT BERSATU, POODAAAAAAH. KEZALIMAN KAMU KAMI MASIH TIDAK LUPA LAGI.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, maaf saya menegur. tak ubah2 lagi saya lihat perangai saudara2 yang sentiasa memburuk2 kan org lain. berubahlah, agama melarang berperangai begitu.

paka OILAND. berkata...

salam pada 11.30pm.kita org bukan buruk2kan org,tp dah mmng memburukpun.bagi tahu keburukkan org demi kebaikkan org ramai,diharuskan.keburukkan Abu Jahalpun masih lagi disebut,utk panduan umat Islam skrng.

masuksuku berkata...

Salam yb dan tanpa nama 11.30
saya terima pandangan anda..betul cakap anda..
cuma anda kena fikirkan jika kita salah anggap hal ini..rasanya anda lihat saja dalam berita..lebih separuh semua keburukan orang..kesalahan orang..yang dilapurkan..ada mahkamah yang diceritakan secara detail hal hal yang berkaitan..kerana apa..macam kata paka oiland..hanya untuk memberitahu keadaan sebenarnya..pada orang ramai..pada sipelaku untuk menyedarkan mereka yang perbuatan mereka disedari oleh orang lain..mana tahu dia boleh berubah..bertaubat..kita semua pun bukan sempurna..itu sebab dalam islam disarankan bertemu dan berbincang jika ada masalah..nasihat menasihati..antara satu sama lain..
sebab dalam kes politik ini contohnya..kita bersemuka pun sebenarnya tak jalan..silap silap kena ISA..anda tak fikir ke..dan sebenarnya anda juga dapat "saham" dalam hal ini..sebab anda juga membaca dan menghayati tulisan kami..
yang elok adalah anda kaji semula fikiran anda dan ambil yang positif..maaf andai terkasar bahasa.

Tanpa Nama berkata...

Sudah sampai masanya pakatan rakyat mengadu kepada badan antabangsa sebab dalam negara tiada tempat hendak mengadu semua badan kerajaan yang berkuasa menyebelahi bn.Pilihanraya pun tak adil asyik kena tipu kami sebagai rakyat pun malas nak mengundi.Jangan sampai rakyat hilang sabar takut nanti ada gerakan berani mati.