22 November 2009

Kes Kota Siputeh diketahui Isnin

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) akan membuat keputusan Isnin ini berhubung permohonan penangguhan yang difailkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusannya pada 16 Nov yang mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh sebagai kosong.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan panjang lebar daripada Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili SPR, dan Sulaiman Abdullah, peguam bagi Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

SPR memfailkan permohonan itu pada 17 Nov selepas Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sharif bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan selepas gagal menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.

Pada 1 Sept, Dr Abdul Isa memfailkan semakan kehakiman selepas SPR menerima sijil cuti sakit Abu Hassan berikutan ketidakhadirannya dalam persidangan DUN serta mengisytiharkan bahawa tidak berlaku kekosongan bagi kerusi itu dan wakil rakyat BN itu masih merupakan ADUN kawasan berkenaan.

Di samping permohonan penangguhan, SPR dan Abu Hassan turut memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dalam keputusan bersejarah itu, Alizatul Khair turut mengarahkan SPR supaya mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi berkenaan.

Dalam penghujahannya, Kamaluddin memberitahu mahkamah bahawa jika permohonan penangguhan itu ditolak, ia akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil yang membabitkan banyak wang dan SPR telah pun membelanjakan RM200,365 pada pilihan raya umum lepas di DUN Kota Siputeh sahaja.

"Ia merupakan pembaziran wang pembayar cukai selain akan mengakibatkan ketidakadilan yang sangat besar kepada suruhanjaya berkenaan," tegas Kamaluddin.

Beliau menggesa mahkamah supaya menggunakan kebijaksanaannya dalam membenarkan penangguhan itu atas dasar terdapat keadaan khas dalam permohonan itu di mana terdapat kemungkinan dua wakil rakyat bagi kerusi berkenaan sekiranya mahkamah membenarkan rayuan SPR selepas pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata selain SPR, agensi kerajaan lain akan turut terbabit dalam pilihan raya kecil itu dan mereka terpaksa menanggung perbelanjaan sendiri. Malaysiakini/-

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kepada Penyokong Tegar PAS.
Kepada Para PenTAKSUB PAS.
Kepada Para Pembuli UMNO.

Sedar...lah
SEDAR...LAH

Jika kamu memusuhi UMNO ...
seperti kamu musuhi ISLAM.

Walaupun mereka penyokong UMNO..
Tapi mereka tetap menganuti agama ISLAM.
Mereka faham rukun iman dan rukun Islam.
Mereka juga mengamalkan semua amalan Sunnah Nabi.

Jadi kita semua ....

"SAUDARA SESAMA ISLAM"
Perbezaan ideologi bukan matlamat sesebuah parti siasah.

TAPI,
PERSAUDARAAN SESAMA ISLAM IALAH MATLAMAT KITA UNTUK MENYERU AGAR MANUSIA MENGENAL ALLAH s.w.t

Lebai Pondok
Ayer Hitam
Kedah

Tanpa Nama berkata...

Yang mati dibunuh di memali juga orang islam wahai lebai pondok! Adakah komunis yang bunuh?

Tanpa Nama berkata...

Kenapa UMNO takut pilihanraya? Sebelum PRU12 tak jadi macam ni?

Tanpa Nama berkata...

Kalau PAS perintah Malaysia pun orang islam juga berbanggalah....

Tanpa Nama berkata...

Betul saudara sesama islam, tapi di perak kenapa Nizar di tindas dan ditekan, kan dia islam juga?

Tanpa Nama berkata...

Kalau UMNO betul perjuangkan islam, bubar dan masuk PAS baru ada perpaduan!!!

Tanpa Nama berkata...

Masa nak kalah dan terdesak ingat persaudaraan dan perpaduan tapi masa kuat tahan saudara islam dalam ISA macam anak TGNA!

Tanpa Nama berkata...

Kalau UMNO bercakap mengenai islam kenapa kerajaan Kelantan TGNA disekat bantuan dari pusat sedangkan majoriti rakyat beragama islam?

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kerajaan UMNO BN membuat persempadanan semula pilihanraya tetapi tak tambah kawasan parlimen di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dikawasan majoriti islam dengan sewajarnya.

Tanpa Nama berkata...

Lebai Malang
Lebai Umno

Tanpa Nama berkata...

Mengapa setiap bantuan dari UMNO memerlukan keahlian UMNO sedangkan mereka orang islam? Nak persaudaraan jangan kira ahli?

paka OILAND. berkata...

jika kami memusuhi UMNO,
kami tetap memusuhi UMNO.

walaupun mereka penyokong UMNO,
tapi bagi kami mereka hanya Islam pada Nama.

mereka fahan rukun Iman dan rukun Islam,
mereka juga butakan hati dan pekakkan telinga.

mereka mengamalkan semua amalan nabi dan sunnah nabi,
arak dan judi tetap berluasa tanpa kawalan yang bersungguh dari pemimpin UMNO,
menjadi amalan wajid menutup aurat nabi dan anak bini nabi,
membuka aurat dikalangan anak bini pemimpin UMNO
adalah menjadi kebiasaan.


lebai karaoke
ayer putih
Dah ke!!! beriman kepada Allah S.W.T?

fixfactor berkata...

mana dia pak lebai pondok tadi? tadi berani sangat dok kata, bila kena batang idung terus diam ka? mcm ni la perangai UMNgok! baling batu sembunyi tangan? akai kat pala lutut kot puak ni?