27 Disember 2009

Hasan Ali, jangan terima memorandum itu

9 Muharram 1431

http://bongkarsauh.blogspot.com

Satu memorandum mendesak PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat akan diserahkan dan bakal diterima oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Difahamkan, perhimpunan itu digerakkan oleh Umno atas nama kepentingan Melayu.

Tidak menghairankan sangat jika perhimpunan itu dianjurkan oleh Umno. Parti itu memang sawan jika PAS mampu bekerjasama erat dengan DAP dan PKR. Cuma, kalau perhimpunan itu dianjurkan oleh orang PAS sendiri, atau mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, ini adalah masalah besar yang wajib dirungkai segera.

Katakan, memang benar Umno yang menganjurkannya, apa sikap PAS Selangor terutama Hassan Ali?

Ini adalah perangkap, mangsa mereka adalah Hassan. Silap haribulan Hasan masuk perangkap ini. Hassan mesti menunjukkan ketegasannya. Persetiaan PR wajib dipertahankan.

Jangan melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan keraguan parti-parti sahabat bahawa agenda yang diriuhrendahkan sebelum ini masih belum mati sepenuhnya. Ini sangat penting.

Kepada Hassan, disarankan supaya jangan sama sekali menerima memorandum daripada penganjur perhimpunan itu. Biar siapa pun penganjur perhimpunan itu. Biarkan mereka melalak dan melalut.

Biarkan apa pun kata mereka. Lebih baik kita mengecewakan hanya beberapa orang yang bakal menyertai perhimpunan itu daripada kita mengecewakan jutaan rakyat yang meletakkan harapan kepada PR untuk mengganti BN.

Biar siapa pun penghantar memorandum itu, Hassan mesti tegas, jangan menerimanya. Kalau Hassan menerimanya, penganjur perhimpunan itu mendapat kemenangan awal.

Menerima memorandum itu dikira melanggar persetiaan PR kerana tujuan memorandum itu adalah jelas, mendesak PAS keluar daripada PR. Menerima memorandum itu boleh dikira mengkhianati persetiaan itu. Mengkhianati persetiaan tidak pernah diajar oleh agama.

Hassan tidak rugi apa-apa jika memorandum itu tidak diterimanya, bahkan itulah tindakan bijak untuk mengecewakan pengajur perhimpunan itu.

Pendirian ini adalah penting, jangan anggap remeh. Ini bukan masanya untuk melayan, menunjuk baik, melahirkan kemesraan, ‘open minded’, atau apa lagi…, terhadap mereka yang berniat jahat.

Menerima memorandum desakan untuk keluar PR sama seperti menerima memorandum desakan supaya dibenarkan orang Islam tidak solat Subuh.

Meninggalkan solat Subuh dan mencabuli persetiaan tidak pernah diajar oleh agama. Menerima memorandum mengenai perkara itu dikira mengiktiraf bahawa desakan meninggalkan solat Subuh dan mencabul perjanjian adalah boleh atau dibenarkan untuk dibuat.

Meninggalkan solat Subuh tidak boleh, mengemukakan memorandum untuk membenarkan tidak solat pun tidak boleh, dan menerima memorandum itu pun tidak boleh.

Hal ini sama sahaja kedudukannya dengan memorandum mendesak PAS keluar daripada PR.

Hassan, jangan terima memorandum itu.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu solat subuh satu lagi memorandum...tak faham....apa kaitan solat subuh dengan memorandum.
Terima memorandum dengan setuju memorandum satu perkara berlainan.

Tanpa Nama berkata...

UMNO adalah musuh utama PAS kerana sentiasa menentang matlamat islam Pas

Tanpa Nama berkata...

UMNO memusuhi Pas dah lama, sebelum hasan ali masuk pas, orang pas tahu siapa kawan dan siapa lawan.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak menang pilihanraya umum PRU13 perlu singkir musuh dalam selimut pas, walaupun presiden Pas

Tanpa Nama berkata...

perjuangan menentang UMNO semakin mara kehadapan seperti pimpinan PAS perak, Jutaan tahniah... jangan undur kebelakang

hafizzuddin berkata...

Jangan gadaikan perjuangan ISLAM hanya kerana sanggup menerima Memorendum Haram puak gerombolan, umno parti yang mengkhianati ISLAM!

JANGAN SESEKALI BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA JIKA SAYANGKAN PERJUANGAN ISLAM!!!

PEMUDA PAS, BANGKITLAH!KITA SEPATUTNYA DI HADAPAN DALAM MENGHALANG PERANCANGAN JAHAT MUSUH-MUSUH ISLAM INI!!!

http://purnamadariselatan.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

musuh utama pas no 1 ialah UMNO.

Kol.Mat berkata...

Kelemahan pucuk pimpinan Pas Pusat Patut di bantu oleh Naib3nya dan Ulamak Pemudanya dan Muslimahnya. Harap nya semua sedarleh dalam semua peringkat.

Kol Mat berkata...

Sejak Tahun 1969 saya berperang dengan Umno Munafiq ini. Jangan lah kerana pangkat kita sanggup bersama nya

Tanpa Nama berkata...

BILA PULAK HASAN ALI JADI BARUA NAJIB

saadlebaiseman berkata...

salam,
waktu raya haji yang yg lepas saya ada bersembang dgn kawan yang bekerja dgn team yb hassan ali di selangor. Apa yang mendukacitakan, beliau memberitahu saya, PAS Selangor lebih rela bekerjsama dengan UMNO daripada bekerjasama dgn Pakatan Rakyat yang pro Cina di Selangor.
saya begitu dukacita dgn kenyataan beliau kerana kaum Melayu masih lemah mentaliti dan jati diri untuk bersaing. Kita dalam PAS sepatutnya memperjuangkan hak semua kaum dan mendaulatkan Islam, menyebar dan menyampaikan dakwah Islam kepada semua kaum. Sayangnya, kita lebih ghairah untuk menjaga survival kaum masing-masing....
Mereka rela bekerja dengan puak UMNO munafik....
pergi jahanam UMNO.....

Tanpa Nama berkata...

bila menang sket mula gila kuasa.pk orang yang bawah nie,setengah mati nak menangkan pas,satu sen tak mintak bayaran.jangan jadi tolol nak join ngan umno.pas kena cuci group pepaduan.

Tanpa Nama berkata...

insyaalah..setiap keputusan akan dibuat selepas memohon doa kepada NYA....

Tanpa Nama berkata...

Hasan Ali bersiap sedia tunggu rombongan nak bagi memo tu sebelom suboh lagi. semangat betol hasan ali kita ni maklum la nak tolong sama melayu

cikgu hussain berkata...

bukan saja hasan ali x patut terima yg tu, tapi seluruh PAS n PKR pun patut tolak rancangan p/raya kerajaan tempatan yang sgt diperjuangkan DAP..

jika pilihanraya kerajaan tempatan diadakan, semua majlis perbandaran dan bandaraya akan memiliki majoriti AJKnya, exco, pengerusi malahan YDP/Datuk Bndar dikalangan org2 Cina.. inilah yang sebenarnya diingini oleh DAP..

tidak perkauman, tetapi sekadar mengingatkan.. nnt ada pulak kata aku asobiyah.. kalo hgpa rela, x tau la plak aku

BUJANG SUSAH berkata...

Hasan ali menjadi pemimpin pas selangor tanpa perlu mengantung bendera dan bertumbuk disetiap kali pilihanraya. tanpa perlu berembun dan bersila diatas rumput basah untuk menghadiri dan memenuhkan ceramah2 PAS. tanpa perlu dibelasah dan dibaling dgn gas pemedih mata oleh FRU. tanpa perlu dipinggirkan oleh org2 kampung yang mejoritinya org2 umno. Tanpa perlu rasa hina dan bersusah payah seperti yang kami rasa. Dan kerana sebab itulah Hassan Ali selalu membuat keputusan mengikut hati serta kepala putihnya itu. Begitulah jua dgn rakan seUGnya Nasa.. Mereka berdua hanya gilakan jawatan dan kuasa disaat PR mula diberi kepercayaan rakyat. Merekalah duri dalam daging yang sepatutnya dihapuskan dulu. Kudis inilah yang bakal membawa tokak, kurap serta kayap kepada parti PAS.

Tanpa Nama berkata...

gentleman laa. kenapa lak tak nak terima... politik islam politik hujjah. Dengar dan jelaskan kenapa PAS bersama PR dan tidak bersama BN.

maun berkata...

Banyak orang tak faham cara Hasan Ali nak mensuasanakan Islam di Selangor terutama di kawasan luar bandar....

Tanpa Nama berkata...

Jgn samakan solat dgn hal politik.Ibadah ni hak Allah Taala.Xboleh pinda2 lbih2 lagi solat.Kalau akn dtng kebersamaan PAS dgn PR tak untungkan Islam,buat apa lagi bersama dorg.

Abdullah Ngah berkata...

Awas Kerajaan Selangor sedang disabotaj


Waktu berada di Klang saya dibawa oleh Norkman Taha bekas yang YDP PAS Kawasan Kuala Selangor dan bertemu dengan Dr Zulkefly Ahmad Ahli Parlimen yang kelihatan cergas dan mesra rakyat di Puncak Alam.

Hari Sabtu puncak Alam mengadakan carnival jualan yang kelihatan tidak ramai pengunjungnya berbanding Karnival yang pernah diadakan di Terengganu.

Namun saya pantas mengingat akan peristewa yang pernah berlaku di negeri Terengganu semasa PAS memerintah tahun 1999-2004 yang mana hampir semua carnival disabojatkan tanpa disedari oleh para pemimpin PAS.

Untuk makluman semua bukan setakat carnival yang dianjurkan malah dalam soal kain rentang pun ada juga sabotajnya, termasuk tidak adanya tulisan jawi dengan alasan orang muda sekarang sudah tidak tahu lagi membaca jawi.

Sehubungan dengan itu, saya berkata pada Dr Zulkefly Ahmad awas sekarang pakatan rakyat Selangor kini sedang berada dalam suasana yang kurang baik, malah UMNO sudah cari jalan untuk membunuh kerajaan pakatan rakyat.

Saya juga diberitahu Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah buat “dana Islam” dan kosnya ratusan juta untuk menjalankan jarum untuk membunuh kerajaan Selangor dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Kerajaan Terengganu dibunuh melalui gelombang biru yang menggunakan dana wang ehsan yang dirampas dari 5 peratus royalty minyak yang ditarik balik bayaranya dari kerajaan negeri.

UMNO Berjaya merampas semula kerajaan Terengganu dari tangan PAS. Jadi tidak mustahil dana islam yang ditubuhkan itu berfungsi besar dan berkesan untuk membunuh kerajaan Selangor yang kaya dengan hasil mahsulnya.

Pakatan rakyat kena ingat rakyat boleh berubah sokongan apabila sabotaj dilakukan tanpa dapat dikawal dengan baik. Lebih lebih lagi jangan percaya dengan orang UMNO hatta mereka telah membuat pengakuan bahawa saya komitmen dengan PAS dan keadilan.

Para pemimpin juga jangan mudah percaya dengan pegawai kanan kerajaan yang masih jadi ahli UMNO, kerana mereka tidak mudah berubah hati terhadap kerajaan Barisan Nasional. Malahan mereka masih menjadi mata dan telinga yang cukup berkesan.

Demikian apa yang pernah berlaku di Terengganu dahulu. Para pemimpin PAS beri kepercayaan yang lebih kepada pegawai kanan kerajaan. Malah mereka yakin 80 peratus pegawai kerajaan menyokong PAS tanpa menyedari merekalah yang jadi tali barut.

Tidak dinafikan ada beberapa orang yang komitmen dengan kerajaan PAS. Itu pun bagi mereka yang terlali kanan agar dapat sandang jawatan tertinggi kerajaan termasuk jadi SUK dan sebagainya.

Namun awaslah dengan segala perancangan yang dilaksanakan agar usia kerajaan Pakatan rakyat boleh kekal dan bertahan lama, termasuk Berjaya memerintah Negara dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.Jangan lupa jajalah bahawa umno adalah pengkhianat bangsa yang tidak boleh dimaafkan.

cicitHJHASSANu berkata...

salam YB...

ini semua umpan....peduli terima atau x terima!

apa yang pakatan rakyat dan rakyat selangor lakukan untuk menghalang rampasan kuasa(sekira berlaku)...bala sedang meluncur

Sulaiman berkata...

tak sudah-sudah lagi ke kamu dengan isu yg nak pecah-belahkan PAS, ustaz? di Perak kamu kehilangan kerajaan kerana pelbagai tipudaya umNo, takkan kamu tak sedar lagi macamana liciknya tipudaya umNo tu? Jangan pulak kamu sengaja membantu umNo nak ambik Selangor pulak... Saya harap kamu tidak lagi mewakili PAS sbg pimpinan kelak, kerana kamu skrg dah selalu sgt membantu si fasik menyebarkan khabar angin dalam blog ni...

yes berkata...

Sulaiman, kamu marahkan ustaz mana ni? Kalau yang kamu kata tu ustaz Idham, kamu jangan bacalah blog dia.

Kepada ustaz Idham, teruskan memberi berita kepada rakyat, kami semua tak reda mendengar berita dari TV sahaja. Memang bodoh jika kita tahu taktik musuh tapi pejamkan mata dan pekak kan telinga dan buat buat tak tahu. Dengan mengetahui, kita akan jadi lebih bersedia.
Dr Hassan Ali dah senang hati, kumpulan dajal tu tak jadi datang jumpa dia. Satu jalan keluar yang mudah he! he!

Tanpa Nama berkata...

umno buat kacau di selangor, ganggu perjalanan pentadbiran negeri selangor, knp sultan selangor x brani marahkan umno?

from: anak perak

nasihat yang di engkari berkata...

Salam,

semoga pakat perbaik akhlak dalam menulis dan membuat teguran, lihat sunnah rasullullah menulis surat,
www.nuruliman.com.my