28 Disember 2009

UMNO sudah Tua dan nyayok, bersandiwara di Selangor menyerang Pakatan Rakyat.

10 Muharram 1431
Cina Islam

Media arus perdana yang pro-kerajaan hari ini semacam secara terancang mula menyiarkan dan membesar-besarkan berita mengenai sekumpulan yang saya anggap sebagai pelakon upahan baru bagi menjayakan rancangan licik bagi melemahkah Pakatan Rakyat.

Tindakan sekumpulan sekitar 20 orang yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor yang mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran kononnya dari rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Sekali dengar dan menyaksikan pemberitaan mengenai kumpulan ini seolah mengambarkan betapa Pakatan Rakyat sudah dalam keadaan benar-benar tersepit dan dalam keadaan bahaya akibat dari himpunan haram yang dihalalkan oleh UMNO itu.

Namun suka saya ingatkan bahawa inilah sebenarnya tembelang dan satu tindakan bodoh yang semakin meneggelamkan UMNO di negeri Selangor khususnya.

Tindakan UMNO menaja sekelompok yang sangat kecil jumlahnya itu untuk kononnya menunjukkan ada pihak tertentu yang tidak bersetuju dan mendesak dengan turut membawa kain rentang dan sepanduk tertera ‘Kami Tidak Rela PAS Jadi Boneka DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kami Desak PAS Keluar Pakatan Rakyat, Jangan Musnahkan Amanah Yang Diberikan Rakyat dan Jangan Jadi Kuda Tunggangan Anwar sebenarnya memberi isyarat yang jelas itu adalah permainan dan slogan yang dimainkan UMNO untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Sebenarnya kumpulan yang sekecil itu adalah kumpulan yang sama sekali tidak boleh mengambarkan itulah hasrat dan perangai ahli PAS yang kononnya bencikan sangat kepada pakatan Rakyat. Sebaliknya itulah kebimbangan UMNO yang dibawa oleh kumpulan itu. UMNO dan BN lah yang sangat takut dan bencikan Pakatan Rakyat, apalagi periuk mereka nanti akan diisi dengan pasir bila mereka kalah dan tersungkur nanti.

Kejayaan Pakatan Rakyat melangsungkan satu Konvensyen kali pertama yang bersejarah dan ianya berlaku di Selangor menambahkan lagi kebimbangan UMNO dan BN.

Kekuataan Pakatan Rakyat yang menjadi pilihan utama rakyat sehingga sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar ucapan bahawa pada PR ke 13 Pakatan Rakyat akan menduduki Putra Jaya, itulah sebenarnya pokok persoalan dan kebimbangan UMNO dan BN sehingga mereka nampaknya sudah semacam sudah hilang pedoman dan melakukan apa saja langkah untuk menyerang Pakatan Rakyat walaupun dalam banyak hal rakyat sebenarnya menilai dan mentertawakan UMNO dan BN yang sudah "tua" dan "nyayok" itu.

24 ulasan:

Awanama berkata...

nampak sngt wayang cina.aku ada tngok brita td.paling nyampah polis buat xtahu je.siap escot lg.sblm ni klu pembangkang bhimpun siap ngan FRU dtg.tp perarakan td seolah-olah ada 1 perancagan sulit utk jatuhkan PR. xmunasabah lgsung.ada yg pegang kain rentang pun dlm keadaan takut2.mcm buat salah la plak.btul2 samdul mamat tu. slogan yg di bawa pun bunyi mcm slogan UMNO yg dok canang akhir2 ni.kpd barisan kpimpinan PR dan penyokong sbnar PR,jgn pedulikan wayang sandiwara UMNO ini,wluapa cara skalipun mereka akan berusaha utk mrampas negeri slagor biar dgn jahat skalipun.krn kepala besar yg dok arah skrg adalah najib enjin JET.ada ka patut enjin dicurinya.masa jd mentri tentera plak tu.letak jawatan la najib,bukan enjin jet je rasanya.tayar jet pun rasa songlap jgak ni.punah ranah negara klu pemimpin mcm ni.

Aa berkata...

Nampak sangat nyanyoknya:
Lihat sini
http://lebanglibu.blogspot.com

Awanama berkata...

Apa bukti kamu kata ini adalah menaja kumpulan itu. Apa kamu semua dalam Pakatan terutamanya PAS malaikat kah? Jangan nampakkan kebodohan sangat! Pakatan sekarang ini sudah terlalu sombong sehinggakan tak boleh dikritik. Kalau dikritik mesti dikatakan tajaan UMNO. Bodoh sombong kamu!

uzbek65@yahoo.com
Pakatan dopilih oleh pengundi kerana menjanjikan keterbukaan minda tak kira apa yang dibicarakan itu baik atau tidak kepada Pakatan. Itulah sepatutnya yang dibuat oleh Pakatan. Jangan asyik tuduh orang buat itu dan ini. Banyak kelemahan Pakatan yang perlu diperbaiki.

Pengundi tidak akan menjadikan kamu kerajaan jika modal kamu hanyalah menyalahkan orang lain. Tunjukkan kelebihan Pakatan bukannya kebodohan artikel seperti yang kamu tulis ini.

Jangan ikut cara Zaid Ibrahim, peguam tersohor Pakatan. Dia selalu mendabik dada mengatakan perjuangannya berdasarkan prinsip keterbukaan. Kalau dia kritik orang tak apa, tapi kalau orang kritik dia wah bukan main lagi dia.. sampai nak saman! nak tutup mulut orang! cakap tak serupa bikin~ Meloyakan!

Awanama berkata...

Lain kali kalau nak cari pelakon untuk berdemontrasi bagi pihak PAS, mekap dulu mereka dengan cahaya-cahaya keimanan yang dimiliki oleh ahli PAS. Jangan cari pelakon di kalangan ahli UMNO mahupun budak lepak sebab cahaya di wajah kalian terlalu malap. Ini termasuklah SB-SB, tok sah dok menyamar jadi lebai-lebai dalam PAS untuk merosakkan PAS dari dalam, wajah kamu tiada cahaya, kami kenal sangat wajah-wajah kemunafikan.

Awanama berkata...

Tolong jangan tipu rakyat... betulkah pengunjung blog kamu mencecah lebih 2 juta orang? atau kamu nak tipu dan letak angka permulaan tinggi-tinggi untuk tunjukkan blog kamu popular?

Kalau benda begini pun tipu apalagi dengan tulisan-tulisan kamu! Jangan kata kamu tak boleh buat begitu kerana saya tahu guna counter Histats.com kamu akan ditanya angka permulaan counter kamu!

Ingat sikit kamu tu mewakili parti Islam.

Jangan tak approve posting ini walaupun sakit didengar. Terima kasih.

uzbek65@yahoo.com

Anak Sungai Derhaka berkata...

Salam YB..

Gambar-gambar demo tu ada disini..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/12/gambar-demo-penyokong-pas-selangor.html

YB tengok la.. ada macam rupa penyokong PAS atau tidak?

Awanama berkata...

dah agak dah...tengok muke2 yg nunjuk perasaan pun mcm layu je...ntah ape2.

YaMangoui berkata...

Disamping mareka menyerang,memfitnah,merogol,meliwat dan berbagai lagi, utk jatuhkan PR,tetapi tujuan asal hanya ingin melihat pengaruh dan kekuatan mareka sendiri.Jika hanya dapat menghimpun dalam 20 org saja ala..hai....bermakna juak juak mareka sendiri pun tak dapat dipengaruhi.alamatnya..ada menteri akan melarikan diri dgn jet perjuang tampa injen."kalau boleh bawa sekali pak menteri bn"

Dato' Drs.Khalil Idham Lim (林川興) berkata...

kepada tanpa nama ,uzbek65@yahoo.com :

Bagus lah sdr dah pandai buat hits dalam blog, namun saya tegaskan disini blog ini dimulai dengan angka 0, bukannya seperti yang sdr dakwakan.

Nampanya sudah beria-ia sangat nak bela puak pecacai yang pergi demo tu, kenapa tak pi join sekali ramailah lagi satu orang. Apapun orang yang kentutu tidak mengaku dia kentutu....WM

Perindu Malam... berkata...

'kentutu' tu ggapo YB..?

Dato' Drs.Khalil Idham Lim (林川興) berkata...

kentut umno.....

Awanama berkata...

pencacai UMNO memang bodoh, duit adalah segalanya, tanpa maruah

Awanama berkata...

kumpulan upahan UMNO patut buat demo minta bubar UMNO dan masuk PAS

Awanama berkata...

demo tanpa permit tapi halal

Awanama berkata...

Salam,
Banyak sebab yg kita rasa mereka semua ahli UmnoNgok/PEKEMBARasuah dan yg sewaktu dengannya :
1. Perhimpunan ni sy rasa tak der permit tapi polis tak buat apa2 pon.
2. Mendapat liputan besar-besaran media massa Umno (banyak saham Umno) seperti Utusan Melayu, Berita Harian dan ada analisis pulak mewakili kumpulan ini dalam berita RTM 7.30 pagi tadi. Filem P.Ramlee cakap 'baik ada makna tu'
3. Kenapa mereka semua sembunyikan muka2 mereka?
Nampak sangat tak ingin dikenalpasti sebagai ahli UmnoNgok...ahli PAS kalau nak berdemonstrasi berani kerana benar dan ada saluran.
4. Biasanya kebanyakan ahli2 PAS memakai kopiah dan wajah mereka bercahaya (nur hidayah sebab memperjuangkan Islam dengan ikhlas dan wajib menunaikan solat). Wajah2 mereka yg berdemonstrasi nampak kusam, gelap, tak ada cahaya langsung.. Baik mereka cermin dulu, atau kalau tak pon pakai bedak banyak2 supaya nampak cerah, ada juga 'nur bedak'.
5. Sepanduk dan kertas pemidang demonstrasi yg berbentuk sama dengan demonstrasi mengutuk PAS sebelum ini yg dilakukan oleh pemuda2 mereka.
6. Taktik lapok yg sama digunakan oleh musuh2 Islam di zaman Nabi lagi iaitu, mengutuk-mencerca lepas tu menyerang, tak jalan jugak memujuk, tak jalan jugak, pecah perintah dan adu domba...fitnah...musang berbulu ayam...
Ahmad Nisfu dalam cerita Musang Berjanggut cakap "TAK JALAN JUGAK JARUM AKU..'...Umno, Umno...
7.Kesian Umno di Selangor, mungkin org ramai di Selangor yg rata2nya TERPELAJAR, EDUCATED DAN SENTIASA TAHU PERKEMBANGAN SEMASA DAN MAMPU MENGANALISIS SESUATU PERISTIWA sudah tidak mempedulikan Umno lagi kot...
Jadi UmnoNgok terpaksa buat2 perangai supaya diketahui yg mereka masih wujud di negeri tersebut.
8. OK, LEPAS NI APA PULAK RANCANGAN MEREKA?...

Awanama berkata...

kentut umno...eii busuk..

Awanama berkata...

Saya tengok dalam berita TV3 semalam dan nampak ada seorang dua penyokong memakai seluar pendek.. Sah-sah bukan orang pas la...

Awanama berkata...

Saya tengok dalam berita TV3 semalam dan nampak ada seorang dua penyokong memakai seluar pendek.. Sah-sah bukan orang pas la...

Unknown berkata...

hanya manusia2 cerdik ala2 lembu je percaya mamat2 lalok yg dok angkat poster tu penyokong pas. tengok gaya pun tau budak2 muda tu puak mana hehehehe

Awanama berkata...

Halatuju PAS dalam Pakatan perlu dijelaskan sebaik-baiknya kepada penyokong-penyokong. Ada penyokong-penyokong PAS yang pasif kurang yakin peranan PAS dalam Pakatan. Jangan salahkan pendemo-pendemo ini, jika benar mereka adalah penyokong-penyokong PAS, PAS dan Pakatan pasti akan menghadapi masalah dalam PRU akan datang. Penyokong PAS tak semestinya berlebai, berjanggut dan berjubah krn ramai darinya adalah dari golongan profesional. Janganlah terlalu riak dan sombong sehingga tidak mahu mengaku kelemahan..

Awanama berkata...

YB..
jgn dilayan uzbek65@yahoo.com tu...
buang masa je..biarkan dia duk menyalak sesorg.heh...
tp heran jgk, mana unit amal pas kalu betul la demo tu org pas yg anjur..ye la, biasa kan unit amal di perlukan utk melindungi pendemo2 ni dr fru..ni tak de langsung..
dia org silap..kalu nk npk ramai sepatutnya dia org g stadium kajang..kat sana ramai org pas sempena sambutan jubli perak kat situ..
lg npk gempak...ha..ha..sapa lah yang jadi pengarah drama kali ni ye...

Awanama berkata...

kerja setan upahan

Awanama berkata...

semua tu pelakon,nmpk sgt bila bg komen mata duk pandang bwh..tergagap2..x yakin dgn kenyataan yg dibuat..pastu baca teks bantahn pun tergagap2..YB buang masa jer duk layan mamaty yg pertikai hits blog ni..dia buat blog xde org nk baca, org baca blog YB dia dengki.

YaMangoui berkata...

Mempertikai hits blog org lain adalah org yg keciwa,jika blog anda tidak ada org nak layarai.masuk saja atau tulis dlm jeritan minda rakyat.atau yg lebih baik makan pisang,mudahan segala penyakit yg anda hadapi akan hilang.Meroyan la.. tu....