06 Januari 2010

Dakwa Suami Pernah Tiduri Lebih 10 Wanita

KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54,yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.

"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.

Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama.

“Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.

“Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.

“Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali,” katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.

Mastura juga memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia merupakan isteri keempat ketika mereka bernikah pada 3 Jun 2006.

Namun, dia hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.

“Ketika bernikah dengannya, saya langsung tidak mengetahui yang saya merupakan isterinya yang keempat. Saya hanya mengetahui yang dia pernah berkahwin dan mempunyai anak-anak.

“Apabila saya nak bersalin anak pertama, baru saya tahu yang saya merupakan isteri keempat," ujarnya.

Beliau berkata, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.

“Dia sendiri mengaku telah berkahwin dengan ketiga-tiga wanita itu kepada saya setelah saya mengemukakan bukti-buktinya.

Selepas dua tahun berkahwin, tambahnya, Muhamad Mustafa mula jarang pulang ke rumah apabila selepas dia mengetahui suaminya mempunyai isteri lain.

“Kadangkala, seminggu dia tidak pulang ke rumah. Sekitar Mei 2008, dia hanya pulang sekejap dan tidak bermalam di rumah. Saya rasa seperti tempat persinggahannya.

Menurut Mastura, dia bukan sahaja tertekan sehingga trauma untuk tinggal bersama malah lelaki itu juga didakwa tidak memberikan nafkah kepadanya dan anak-anak sejak Disember 2008.

“Sejak Disember 2008, semuanya (pakaian, makanan dan rumah sewa) saya tanggung sendiri dan mendapat bantuan keluarga,” ujarnya lagi yang kini menganggur.

Sebelum ini, Mastura menanggung keperluannya dan anak-anak menerusi pendapatannya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai barang kemas My Diamond di The Curve, Damansara termasuk berkerja di pusat rawatan spa Mustika Ratu.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2006 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.

Muhamad Mustafa tidak hadir ke mahkamah dan diwakili oleh peguam syarie Zaidi Ibrahim.

Kes itu ditangguh pada esok, 6, 12, dan 13 Januari di mahkamah yang sama.

Sumber : http://mstar.com.my

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nauzubillahhiminzalik

Tanpa Nama berkata...

Islam membenarkan poligami dan dengannya jugalah ramai suami masuk neraka kerananya, maka jadilah suami yg bercukupan dgn saorang isteri

Tanpa Nama berkata...

Wow! Kalau bab ini loe olang mualaf, manyak cepat2 tulis dalam blog. Pokemon betul punya mualaf, saudara mara Ngek dan ngoh komunis. Loe sebenarnya ugama di utamakan atau Komunis diutamakan? Memang loe jenis melaun kuat cium bontot komunis dan saudara mara. tapi apa nak diherankan memang loe punya saudara.

Tanpa Nama berkata...

Akm. Yang benar itu dari Allah SWT. Mengapalah laporan dalam mahkamah boleh dihebahkan keluar. Bukankah itu mengaibkan maruah orang yang berkenaan. Yang menjadi mangsa itu, memanglah berhak utk menyatakan pengaduannya kepada hakim. Tepi yang tak berkaitan pula yang menghebohkan cerita dalam mahkamah dalam blog ini, mengapa?. Bukahkah itu mengaibkan pihak pertama, kedua , ketiga dan lain-lain. Adakah ini Sunnah Nabi. Adakah ini cara memperjuangkan Islam ? Adakah ini cara dakwah Rasulullah saw ? Adakah kerana politik semua jadi halal? Adakah matlamat boleh menghalalkan cara ? fikir-fikirkanlah ....

Lin berkata...

salam

inikah akhlak seorang yang mengaku pemimpin Islam mengeluarkan cerita mengenai keaiban orang lain yang juga beragama islam...

sahlah kamu ini adalah penganut agama Islam ala-pas

Habib RAK berkata...

Orang yang dizalimi berhak untuk mendapat perhatian. Dengan cerita yang dibawa ini, sedikit sebanyak dapat memberi peringatan kepada kaum wanita dan lelaki bahawa jika tidak dapat kawal nafsu...padah akibatnya. Perkara ini sudah masuk mahkamah..bermakna ia boleh disebarkan pada umum melainkan hakim melarangnya.

Tanpa Nama berkata...

tungaklangit,,,u harus faham,dgn terkeluar cerita ini barulah kita faham pemimpin yg mana harus kita pilih untk memimpin kita,sudikah tungkatlangit memilih pemimpin macam ni,yg di luaran macam baik tapi didlm busuk,hina,fikirlah

Tilam Lama Tukar Baru berkata...

Jangan lupa Isu "angkut" Tilam naik turun Mahkamah satu masa dulu. Masa tu, apa yang berita dan akhbar tempatan tak lapor? Semua, termasuk bulu-bulu, tompok-tompok dan jolok-jolok.

Yang tu Islam ala UMNO la pulak kot. Takpun Islam Tungak Langit.

Tanpa Nama berkata...

macam ni ke pemimpin umno,busuk,hampas.

~PakKaramu~ berkata...

Saya setuju dengan habib rak, ini semua pengajaran dan tauladan, berhati-hatilah apabila kita membuat tuduhan

kelisa_samudera berkata...

baru sekarang ke cerita pasal nak mengaibkan? kes bawak tilam anwar dulu tak kira pulak mengaibkan dia. hahaha


kuali kata belanga hitam...

sama je dua-dua.

waksab berkata...

Begitulah jika nafsu beraja di hati..iman yg nipis dan syaitan menunggang diri tanpa disedari...Pilihlah pemimpin yang berakhlak dan budipekerti mulia..

darimindaku:- www.waksab@blogspot.com

saadlebaiseman berkata...

kepada insan-insan yang masih lagi lembap tak dapat membezakan pemimpin mana yang bersih, pemimpin mana yang kotor, inilah keaiban yang Allah akan tunjukkan....pemimpin yang melakukan maksiat seperti AJK tersebut perlulah ditolak kerana beliau berada dalam sarang yang berakar dgn sejuta penipuan dan kemunafikan.....
Tahniah YB kerana cuba menyampaikan kebenaran walaupun ianya pahit.....

Tanpa Nama berkata...

Biasalah puak UMNO ni semua mereka maksum dan terpelihara .Cerita pasal ketidakelokan mereka jangan disebarkan.Bukan kah mereka semua pejuang bangsa,Agama,Tanahair,Perempuan,Harta,tahta,
Kedudukan,apa lagi korang tambahlah sendiri,Korang semua baca je cerita siMastura ni,Korang kesian kat dia ke atau kesian kat lakinya.Korang rasake apa yang dia rasa.Luorang sendiri pikirla.

Tanpa Nama berkata...

gua suka lu komen tungaklangit , MENGINSAFKAN.....

Tanpa Nama berkata...

kepada yang beremosi mengeluarkan komen kat sini, lebih baik kukuhkan lagi pegangan islam tuan-tuan, penuhi masjid, pergi sembahyang berjemaah...jgn biarkan tok imam ngan pak bilal jer berdua sembahyang berjemaah, dekati majlis2 ilmu, jgn baca kat internet jer, bela islam ini jgn bila bangsa, jgn sekadar bela pada nama tuhan mu, sedangkan islam itu sendiri di pinggirkan...

Tanpa Nama berkata...

Waspada dengan sifat orang munafik!

Tanpa Nama berkata...

YB tulis lagi. Ini bukan fitnah ini cerita benar. Apa salahnya, cerita dongeng 'pakai pintu belakang' karangan tok selampit jelapang padi pun ada orang tulis!

Ahmad Syafiq berkata...

Alamak, cerita ini pun sebagai pengajaran kepada wanita supaya tidak mudah tertipu dengan tipu daya si lelaki. Takkan ini pun nak kata politik? Lagipun, ini pun disiarkan dalam MAINSTREAM MEDIA. Tak kisah la suami dia AJK UMNO ke, AJK PAS ke, atau orang penting mana-mana ke, yang penting kita mesti tahu kerenah manusia ni macam2.

Jadi, kita kena ambik iktibar bahawa perkara seperti ini boleh berlaku, bahkan yang lebih teruk pun mungkin ada, na'uzubillah. Semoga Allah memberi kita petunjuk ke arah jalan yang benar kepada kita semua.

cicitHJHASSANu berkata...

salam Yb...

pemimpin begini yang diharapkan mahu memartabatkan kalimah Allah,hukum Allah pun sering dipermainkan...wallahua'lam

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama,1/05/2010 6;56am saya rasa u suruh datuk muhamad mustafa idrus yg prgi sembayang tobat nasuha dulu,umur dah 54 tahun kubur dah kata mari,tak sedar diri lagi ke.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah YB kerana menyiarkan cerita benar, bukan macam media pro karat biru tu. aku heran UMNO pon liwat..... tu la jangan dok kata kat orang dan jangan dok wat fitnah... didunia bayar cash tau.

Tanpa Nama berkata...

islam ala umno lagi teruk....

umnokurap berkata...

biasale Datuk UMNO 1Malaysia rakyat didahulukan, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Tanpa Nama berkata...

to tungak langit..

kirim salam sama big mama.relax la.yang paper lain komen pasal ex pemuda pas kelantan tu lu x bising lak.dasar sial la lu tunggak langit.dulu kini selamanya..hidup tungak langit..

CodeNameSomaliPirate berkata...

"Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya"

Orang UMNO mmg suka paksa isteri tidur dengannya. Orang PAS barangkali amik bau je... macam Cina Bute le tu,,,

Tanpa Nama berkata...

Suami dulu kasar ye....Meh sini abang romantik ader...Kalu aku buleh tara tu...tak turun tanah dahhh

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, ada hamba Allah yang berani menyuarakan isu ini. Ini amat penting kerana terlau ramai manusia menjadi amat munafik dan musang berbulu ayam.Jika dibiarkan ramai anak gadis menjadi mangsa. Kau terkena anak kamu baru tau...