30 Januari 2010

Khalid digantung jawatan, Hassan Ali diberi amaran

14 Safar 1431H.


KUALA LUMPUR, 29 Jan: Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

"Jawatankuasa disiplin telah membuat keputusan penghakiman pada petang ini setelah mengikuti prosedur siasatan.

"Kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS Pusat," katanya.

Ekoran hukuman itu, kedua-duanya dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun kedua-duanya boleh membuat rayuan kepada ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari bermula hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu dua lagi ahli jawatankuasa Datuk Abdul Muttalib Embong dan Mohd Baqi Osman.

Muttalib pula berkata, hukuman bagi kesalahan di bawah fasal 75 perlembagaan terbahagi kepada empat iaitu memberi amaran, melucutkan mana-mana hak dalam parti, menggantung keahlian dan dipecat daripada menjadi ahli parti.

"Kedua-duanya didapti bersalah jadi kalau lepas ini mereka buat juga,jawatankuasa disiplin boleh panggil balik dan kita boleh hukum mereka di bawah mana-mana hukuman yang ada pada kita,"katanya.

Khalid bagaimanapun hanya menghantar wakilnya pada pertemuan petang tadi kerana beliau berada di luar negara.

Tuan Ibrahim dalam pada itu berharap agar keputusan yang dibuat itu menjadi satu panduan dan iktibar kepada pimpinan parti yang lain.

"Kita harap keputusan hari ini dapat menjadi panduan dan iktibar kepada pendokong parti bukan sahaja dalam konteks PAS tapi juag dalam konteks Pakatan Rakyat,"katanya.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media yang berlainan, Hasan berkata beliau menerima keptusan itu dengan hati yang terbuka dan menganggap ianya sebagai satu proses pendidikan kepada dirinya.

"Dalam pertemuan selama setengah jam tadi, saya sudah menerima hukuman daripada lembaga disiplin parti dan saya diberi amaran.

"Saya terima dengan hati yang terbuka dan anggap apa yang berlaku ini sebagai proses pendidikan bagi diri saya,"katanya. Harakahdaily/-

47 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..sesungguhnya hukuman itu adalah suatu tarbiah yang mendidik setiap pejuang2 agama..moga kita terus mendapat petunjukNya..

Unknown berkata...

satu perkataan utk isu terbaru nih.


F.U.C.K!

ak smakin benci pas pusat. semakin lama semakin terpesong. bln 6 ni genap umur 21. ak malas daftar sbg pengundi. InsyaAllah ak akn boikot PRU13 kalau pemimpin2 pas pusat masih org yg sama selepas muktamar yg baru. undi umno berdosa, undi pas pun sama. belum memerintah pun dh tunjuk sikap sebenar. yg salah terlepas, yg tak salah kena gntung!


FAKAP!

Tanpa Nama berkata...

Kalau YB baca komen2 dlm blog2 lain maka jelas ramai tidak gembira dgn keputusan JK Disiplin yg tidak bertindak secara bijak dan adil. Kemungkinan PAS kehilangan sokongan adalah tinggi. YB mungkin mempunyai saluran2 maklumat yg lebih baik. Jika sayangkan PAS ubahlah cara tindakan. Keputusan yg tidak berpihak dan secara telus.

Tanpa Nama berkata...

Tarbiyah pun sudah, adakah ini gambaran politik atau gimik politik?

Tanpa Nama berkata...

barua UMNO ada dikalangan pimpinan ulamak Pas

Tanpa Nama berkata...

ulamak pas dah jadi macam ulamak UMNO berat sebelah .

Tanpa Nama berkata...

pengaruh puak UG dalam Pas kuat kerana mendapat sokongan presiden

Tanpa Nama berkata...

ketegasan dan sikap terbuka khalid sangat dihargai

Tanpa Nama berkata...

hasan ali bukan pemimpin yang boleh memajukan pas kehadapan, kecuali mundur kebelakang seperti presiden pas

Tanpa Nama berkata...

untuk maju tokoh seperti pimpinan pas perak dan TGNA patut menjadi ikutan kerana ketegasan

Tanpa Nama berkata...

singkir saja puak UG yang pro UMNO dalam Pas

Tanpa Nama berkata...

Pas selangor kurang mendapat sokongan pemuda seperti juga pas terengganu

baei berkata...

Kepada dua tokoh itu saya nasihatkan agar mereka muhasabah diri agar hukuman itu benar-benar mendidik hati mereka. Pada masa yang sama semua ahli pas dan pr kena ambil iktibar, kalau ada yang tidak disukai dalam parti, baiki di dalam secara 4 mata. Dedah kepada umum untungnya musuh, ruginya pr.

Sheikh Sambal berkata...

Setakat gantung...no hal... Khalid Al Walid kena lucut jawatan Jeneral Tentera Islam...tapi tetap istiqamah dalam perjuangan!

Kisana Azhary Group berkata...

Tawaran Hebat!! Kepada sesiapa yang ingin memiliki kitab-kitab berjilid sebagai bahan rujukan pembelajaran anda dengan kadar harga yang paling murah dan anda mampu memiliki perpustakaan anda sendiri..khususnya kepada pelajar-pelajar pengajian islam di ipta dan ipts di malaysia, tidak kira dari kuliah Bahasa Arab , Usuluddin dan Syariah.. seperti fathul bari,soheh bukhori, soheh muslim ,bahrul mazi dan lain-lain lagi..Hubungi Kami segera...

Email / YM : kisana_azhary@yahoo.com

http://kisanaazhary.blogspot.com/2010/01/tempahan-kitab-kitab-berjilid.html

dILA berkata...

keputusan majlis disiplin pas ini SAMALAH dengan keputusan hakim heks agustin paul yg menjatuhkan hukuman salah kepada anwar bila SELURUH DUNIA tahu anwar dianinyaya, cuma kali ni Khalid samad pulak yang jadi mangsa!!!

tujuan mersyuarat khas yg nik aziz anjurkan adalah untuk menghukum Hasan ali, mustafa & nasarudin - the 3 stooges of UG movement in PAS. tup…tup.. khalid samad pulak yang kena hukum!!! GILA APA????!!!!

tahap bangang gila babi!!!!!

macammana pas nak menegakkan keadilan di malaysia ini bila diapun tidak boleh berlaku adil kpd ahlinya sendiri????

Ayuh, kita mesti LANGGAR PUAK UG DARI PAS SEGERA!!!

CALL FOR EGM NOW!!!!!

Nick berkata...

Nampaknya PAS sudah tidak lagi menghargai sokongan rakyat ataupun pandangan rakyat. Politik adalah persepsi dan persepsi rakyat bahawa Pimpinan tertinggi PAS dipenuhi agen2 UMNO semakin tebal. Berkemungkin P/raya Perak (kalau betul bakal dibubar)pihak PR akan tewas.

Tanpa Nama berkata...

keputusan yang berat sebelah kerana hasan ali yang membocorkan maklumat terlebih dahulu semasa perjumpaan denngan bloggers

Tanpa Nama berkata...

kepimpinan ulamak yang sedang menuju kearah ular dalam semak

Tanpa Nama berkata...

penangguhan keputusan macam ada tangan ghaib nak campurtangan, ulamak pun dah gila jawatan dan pangkat, tak macam TGNA

Tanpa Nama berkata...

nampaknya hadi dah tak layak jadi presiden pas

Tanpa Nama berkata...

untuk Pas maju jangan jadi pak pandir macam JK Disiplin Pas

Tanpa Nama berkata...

makin teruk nampaknya kumpulan yang melantik diri jadi ulamak

Tanpa Nama berkata...

hadi tak boleh menerima teguran macam hasan ali juga

Tanpa Nama berkata...

Salam. Keputusan telah pun dibuat. Sama-samalah kita tunggu dan lihat kesan daripada keputusan ini. Bukan menyokong apatah lagi menentang keputusan JK Dispiplin. Semoga keputusan yang dibuat berlandaskan Al Quran. Sama-samalah kita berikan kepercayaan kepada Parti. InsyaAllah, Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar dan sesunggunya doa orang-orang yang dizalimi itu tiada hijab diantaranya dengan Allah swt. Kebenaran dan kesabaran akan menang dihadapan Allah diakhirat nanti. Apalah sangat ganjaran dan kemenangan didunia ini jika dibandingkan dengan kemenangan dan keredhaan Allah di akhirat nanti. Baik PM, YB, Ulama,Prof, Dr mahupun Ustaz semuanya akan dihakimi di hadapan Allah seadil-adilnya diakhirat kelak dengan bukti-bukti yang tidak dapat dipertahankan oleh peguambela terhandal didunia ini. Sama-samalah kita teruskan perjuangan menegakkan ISLAM dan menentang kezaliman. Ganjarannya, biarlah Allah yang tentukan, bukan manusia tetapi Allah swt, sama ada kita Presiden, Pesuruhjaya, Ketua Bahagian mahupun ahli biasa. Ikhlaskan perjuangan kita untuk mencari keredhaan Allah. "Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan Berpesan-pesanlah dengan kasabaran". Takbir..Takbir..Takbir.

P101/26 berkata...

kami pas di cawangan mengambil keputusan untuk tawakuf buat seketika sehingga PJ kami di tukar.keputusan mesyuarat tergempar semalam di cawagan di hadiri oleh 34 org.27 berstuju dan 7 tidak setuju.

jebat berkata...

puak2 erdogan seperti cacing kepanasan selepas ketua kena tindakan.

akulajuki berkata...

Aku ni lama dah menjadi penyokong PAS yang tegas biarpun bukan ahli yang berdaftar. Antara sebabnya aku memilih PAS kerana aku yakin dan percaya PAS adalah suatu wadah yang jauh lebih baik seperti langit dan longkang daripada UMNO dalam memperjuangkan Islam. Aku menyokong PAS kerana aku di satu waktu percaya PAS berjuang di atas landasan kebenaran sepertimana Rasulullah SAW yang dikatakan menjadi ikutan PAS.

Aku bukan seorang yang benar-benar mahir dengan politik ni tetapi yang aku tahu dan faham ialah yang benar itu benar biarpun ianya pahit.

Dengan perkembangan ini nampaknya aku terpaksa fikir banyak kali sama ada nak terus menjadi penyokong tegar PAS atau tidak? Nampak sangat keputusan JK Disiplin PAS ni dah macam JK Disiplin UMNO. Dah tak nampak atau sengaja membutakan mata kepada kebenaran.

Kalau ada orang kata satu undi kepunyaan aku tak akan menjejaskan PAS maka PAS pada PRU akan datang akan kehilangan undi aku yang satu itu.

Kalau UMNO karut kerana mereka jahil, maka PAS lagi ganda karutnya kerana mereka mengaku mereka bukan orang JAHIL!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Ramai sangat yang melenting ye,kenapa??? mudah sungguh anda melabel orang itu dan ini sebagai agen² UMNO,siapa anda sebenarnya??? adakah anda tidak takut akan janji Allah untuk orang yg menyebarkan fitnah?
Jawatankuasa disiplin dah memanggil dan menilai keterangan kedua-dua belah pihak,itulah keputusannya,adakah anda yg tidak berpuashati ini telah mendengar dari kedua2 nya??? atau hanya mahu mendengar khabar yg tidak pasti?
Semoga Allah menunjukkan jalan yg lurus buat kita semua...

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang tidak menerima keputusan Jawatankuasa Disiplin PARTI, saya yakin dan percaya BAHAWA mereka bukan ahli PAS dan kalau benar ada yang jadi ahli PAS, ANDA SEPATUTNYA PATUT DIHUKUM!

Tanpa Nama berkata...

syabas Jakuasa Displin, keputusan adalah menasabahdan adil.

kepada pengulas yang mengenali AK juga diberi terima kasih kerana sebenarnya beliau bukan ahli PAS hanya sibuk buat ulasan. tak nak undipun lagi bagus, kalau dia mengundi dia tentu undi UMNO hilang satu dua undi UMNO. Cara di ulaspun bukan ISLAMIK atau BERBUDAYA, MENCARUT TAK KENA GAYA.

Kalau siapa kenal ak harap terus cekup dia dia adalah musang berbulu ayam dan ayam berkokok melelong-lelong punggung bersembah bajis. Jadi kalau siapa mencalon beliau jadi pemimpin harap pencadang juga dicekup di juga musang, cuba nak memporak peranda PAS.

Anuar berkata...

Tak nak undi lagi bagus????? jika itulah ucapan yang mengaku ahli PAS....anda tunggu.....INGAT Kesombongan akan menghancurkan.Rakyat akan menilai tindak tanduk PAS. Rakyat tidak sebodoh yang disangkakan dan akhirnya rakyat yang akan menentukan kemana akan dihunbankan kesombongan itu.

Tanpa Nama berkata...

bagi yg tidak setuju ngn keputusan y telah dibuat ngn m'dengar penjelasan kedua belah pihak, myb mrk yng buat ulasan 2 adalh org luar pas, saje nk buat provok murahan... jadi kita y berjuang u Islam..kita kn wala' sebab hukuman yang dibuat telah mengikut jalan yang betul.. jADI TEGUHKAN JAMAAH KITA... TAKBIR3!!!!! ALLAH BERSAMA ORG YANG BERTAQWA.

Tanpa Nama berkata...

ORANG YANG TIDAK SETUJU 2 ADALH ORG LUAR PAS, SAJE MAU BUAT KELIRU KEPALA KITA JE..BUAT XENDAH JE SEBAB APA YANG DIBUAT BETUL SEBAB TELAH DEGAR DARI DUA2 BELAH PHAK, BUKAN MAI HENTAM JE.. XMACAM UMNO, BLA ADA YANG SALAH TUTUP KESALAHAN, BUKA NK BUAT PENGADILAN.. 2 YANG JADI UMNO XCERDIK MANE...ALLAH BERSAMA ORG YANG BRTAQWA...PAS AKAN MENANG!!!!!

Tanpa Nama berkata...

KITA KENA WALA' KEPADA PEMIMPIN YANG BUAT KEPUTUSAN YANG BETUL.. BUKAN MAI HENTAM KEROMO JE..JADI BG MANUSIA XSETUJU 2, BUKAN AHLI PAS, TAPI MENYAMAR ORG PAS... JGN JUAL BENDA MURAH N XELOK LA ZAMAN MODEN NI.. KALU JUAL KAT ORG ASLI MYB TERJUAL..TP BUKAN U ORG YANG SUDAH CELIK ZAMAN MDEN K.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa JK Disiplin tidak mengambil kira di segi Sirah Nabi SAW,iaitu apabila seorang sahabat membocorkan rahsia nabi nak menyerang Mekah,tiba2 Khatib Abi Baltaah membocor rahsia kpd musyrikin mekah melalui seorang wanita,tapi dgn wahyu dari Allah nabi dapat menyekat wanita itu dari membawa surat k mekah,lalu di hadapkan krmuka pengadilan,Khatib abi Baltaah lalu nabi memaafkanya kerana di ambil kira dia adalah ahli badar....Dato Pengerusi JK Desiplin tolong renung skit..jgn kerana takut projek hilang,gadai prinsip keadilan..wallahualam....kawan lama

Tanpa Nama berkata...

takbir!!..ALLAHUAKBAR!!..semoga pengintip pengintip UMNO insaf...

Tanpa Nama berkata...

salam..
kepada yang nak mengomen atau mengkondem keputusan ini,jangan ikut hawa nafsu syaitan sangat..yang jelas mereka ini bukanlah daripada orang pas,kalau mereka ini orang pas pun patut reject je lalang macam ni.lebih baik hilang undi satu daripada menyusahkan di kemudian hari..
pertama sekali cuba la banding diri kamu dulu dengan ahli lembaga disiplin,setakat kalau baca satu dua buku sirah dan lain2,jangan la mengeluarkan kenyataan yang bangang2.lebih baik diam drp berkata2.orang lain tidak tahu kebangangan kite jika kita senyap.
Al imam AL Ghazali berkata: larilah kamu daripada orang yang baru mendalami ilmu agama lebih laju drp lari dikejar harimau,kerana orang macam ini akan mengeluarkan kenyataan2 yang bangang2/mengarut2.
waallahua'lam..semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua..

Tanpa Nama berkata...

yang hampa dok berbalah2 ne wtpa? umno lg dok suka.. yang penting, hapuskan umno.. dan,, EGM untuk PAS!!! bersihkan PAS dari anasir2 UG!!!

p101/26 berkata...

kepada yg kata yg x setuju bukan ahli PAS,kamu mungkin org terengganu atau yg kurang bermaklumat.kalau nak buat kajian sila tanya ahli akar umbi di cawangan di selangor.jangan syok sendiri.kalau kamu ahli sebuah politik dan bermaklumat kamu tentu tahu saya dr dun dan parlimen mana

Unknown berkata...

jebat berkata...

puak2 erdogan seperti cacing kepanasan selepas ketua kena tindakan.
1/29/2010 11:02 PM

NI MANGKUK MANA YG MENYAMAR JADI AKU NIH?

PUAK2 YG MENGGELAR DIRI MEREKA SEBAGAI GOLONGAN ULAMA MANAKALA MENGCOP KUMPULAN SEBLAH SBAGAI PUAK ERDOGAN ADALH GOLONGAN YG BODOH SEBENARNYA. BIASANYA, RAKYAT JELATA YG BERIKAN TITLE ULAMA TUH KEPADA SESEORANG BERPANDUKAN ILMUNYA, BUKAN MENGAKU DIRI SNDIRI SEBAGAI ULAMA. KAH...KAH...KAH...

MALU LA AKU DENGAN JUAK2 YG MENGAKU ULAMA NIH. TAK SILAP SAYA, SAYA PERNAH MENDENGAR KATA2 YG MENYEBUT, "ORANG YG PALING BODOH ADALAH ORANG YANG MENGAKU DIRINYA SUDAH BIJAK PANDAI a.k.a BERILMU (ULAMA LA TUH).

WADEFUK!

Unknown berkata...

Tanpa Nama berkata...

ORANG YANG TIDAK SETUJU 2 ADALH ORG LUAR PAS, SAJE MAU BUAT KELIRU KEPALA KITA JE..BUAT XENDAH JE SEBAB APA YANG DIBUAT BETUL SEBAB TELAH DEGAR DARI DUA2 BELAH PHAK, BUKAN MAI HENTAM JE.. XMACAM UMNO, BLA ADA YANG SALAH TUTUP KESALAHAN, BUKA NK BUAT PENGADILAN.. 2 YANG JADI UMNO XCERDIK MANE...ALLAH BERSAMA ORG YANG BRTAQWA...PAS AKAN MENANG!!!!!
1/30/2010 8:58 AM


SALAM KEPADA PAKCIK TAKDER NAMA. SAYA TIDAK BERNIAT NAK BIADAP DENGAN PAKCIK. SAYA AMAT SEDIH. RUPANYA SELAMA NIH SAYA TELAH BAGI SOKONGAN KEPADA PARTI YG SALAH A.K.A PAS. RUPANYA2 SELAMA NIH SOKONGAN SAYA SEBAGAI PENYOKONG TEGAR PAS (WALAUPUN BUKAN AHLI) TIDAK DIHARGAI LANGSUNG DI MATA AHLI2 PAS. PAKCIK! KALAU NK CERITA PASAL SOKONGAN, SAYA NIH SEJAK DRPD TADIKA IAITU ZAMAN 90an LAGI SAYA MENGIKUT IBU AYAH SAYA PERGI KE SETIAP CERAMAH YG DIADAKAN. SEMASA PILIHAN RAYA 1999 PULAK, WALAUPUN SAYA MASIH MENTAH DALAM POLITIK DAN BUKAN AHLI PAS (KELUARGA PUN BUKAN AHLI PAS), SAYA ADALAH ANTARA BARISAN HADAPAN YG MEMBAWA PANJI2 PAS SEMASA PERARAKAN PENAMAAN CALON PARLIMEN PENGKALAN CHEPA! BEGITU JUGA PADA TAHUN 2004 DAN 2008 KERANA SAYA ADALAH PENYOKONG TEGAR. TIGA PILIHANRAYA INI, SAYA TURUT MEMBANTU KEMPEN PAS DENGAN MENAIKKAN POSTER2 DAN BENDERA2 PAS DI KAWASAN SAYA. NAMPAKNYA PAS TIDAK MENGHARGAI LANGSUNG SOKONGAN BUKAN AHLI.

BLN 6 GENAP UMUR 21 TAHUN. MALAS LAH NK PERGI DAFTAR MENGUNDI. JADI, UNTUK PILIHANRAYA 13, TAK USAHLAH PAS BERLELAH BERJUMPA RAKYAT2 UTK MERAIH UNDI KERANA KAMI BUKAN AHLI PAS. CUKUP KIRANYA PAS SEKADAR KEMPEN KPD AHLI2 MEREKA.

SAYA INSAF. SAYA TAKKAN LAGI BERI SOKONGAN KEPADA PAS DAN MENOLONG PAS DI KAWASAN SAYA KERANA "SAYA BUKAN AHLI PAS".

" YG BERTAQWA AHLI2 PAS,YG KEJI2 KAMI"

WALLAHUALAM.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama dan 'blog touch n go' macam aku adalah pencacai umno,hehe lantaklah orang nak kata janji puas hati hauhau....asalkan umno pupus,aman malaysia.

awas dari agen yahudi umno!

Tanpa Nama berkata...

sababt2ku yg semuda dgn ku , baca quran , baca hadis , renung sejrah nabi2 dan para sahabat ..ambik paham dri bacaan ... JGN cepat kecewa dn putus asa .. setiap takdir adlh ujian , berusalah mnjdi hmba yg sntiasa mencri hikmah pada setiap kejadian . usah di tanya ` mengapa ` krn jawpnnya telah ada . cuma masanya belom tiba , pohonlah pada ALLAH diberi kekuatan bg mnangani ujian dan dugaan kerana ALLAH tidak membebankan kpd hmbanya dgn ujian yg tak mmpu di tanggungnya .. krn APA ? kran sayang dan kasihnya ALLAH tiada batasannya .. KUATKAN SEMANGAT UTK BANTU PERJUANGN ISLAM .. fahamkan sirah yg telah disejarahkan kpd kita dri dri NABI SAW .. kata sayyid QUTB : kita skrg nih sbgi MATA RANTAI dlm perjuangn sbgi utk pengukuhan yg kuat dlm rantaian itu ..

Intai-intai berkata...

Khalid ibn Walid dipecat daripada jawatan panglima angkatan perang.Dia tak sedih sebab dia berjuang kerana Islam bukan kerana jawatan...Harap terus istiqamah dalam perjuangan islam..

PakNgahYob@AcikLee berkata...

gat yang bersaloh udah ngaku dan redho, ape melantoknye kome pulok bagi memacam komen ngalohkan hakim. ade yang idok nak ngaku lagi pas le, ug le, itu sume ngarut. kalu nak berjuang ngan pas terus aje bejuang, kalu nak istiqomoh buat aje. apekebende nak nabur racun lagi kat sini. kepimpinan memang udoh wujud dalam organisasi. takat nak merepek kalui kat sini nambah celaru oghang lain rentikan. bukan ada sape di atas sana nak nengo labun kome....

Tanpa Nama berkata...

cadangan saya disini mana peminpin pas yang jahat bertading kita jangan undi dia. Kita pilih peminpin Pas yang baik dan adil.