A. Nuri
Setelah dilantik menjadi Perdana Menteri kalau tak silap saya , Dato Seri Najib telah melakukan kunjungan ke beberapa IPTA. Antaranya UM, UIA dan terkini semalam di UKM.
Setiap pertemuan itu digambarkan berlangsung dengan penuh kemesraan untuk mengetahui sendiri kehidupan dan masalah pelajar di kampus. Media menggambarkan Najib duduk semeja beramah mesra dengan pelajar dalam suasana santai dengan mengenepikan protokol.
Dalam tujuan lain untuk menggambarkan idea 1Malaysia itu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan benar-benar dizahirkan.Sepanjang pertemuan itu adakah Najib benar-benar cuba menyelami kehidupan pelajar atau sekadar untuk propaganda media dan mengaburi masyarakat di luar sana?
Adakah Najib tidak dimaklumkan bahawa terdapat pelajar IPT yang terpaksa mengikat perut menahan lapar kerana kos hidup di IPT yang tidak tertanggung?
Ini sebagaimana didedahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.
Adakah pimpinan pelajar yang pro aspirasi (pro Umno-BN) yang bersama Najib itu hanya pandai membodek dan mengampu Perdana Menteri tentang masalah sebenar yang berlaku di kampus?
Sebenarnya isu pelajar terpaksa mengikat perut bukan isu baru. Bukan sesuatu yang luar biasa apabila ramai pelajar terpaksa buat kerja sambilan di sebelah malam atau ketika tidak
ada kuliah untuk meneruskan survival kehidupan di kampus. Keadaan diburukkan dengan pembayaran pinjaman PTPN atau agensi tertentu yang tak tentu masa dan sering sangkut-
sangkut.
Apabila membuat kerja sambila sudah pasti tumpuan kepada pelajaran terjejas. Tetapi mereka tidak punya pilihan lebih-lebih lagi dalam suasana kos kehidupan dalam negara yang serba serbinya mahal.
Saya mempunyai maklumat dan bukti bahawa ada pelajar IPT yang hanya makan dua kali sehari. Namun siapa yang peduli itu semua. Apa yang lebih dirisaukan oleh kerajaan 1Malaysia ialah apabila pelajar IPT menyokong pembangkang atau menyertai program Pakatan Rakyat.
Maka semua usaha dilakukan untuk memastikan pelajar IPT kembali menyokong kerajaan 1Malaysia. Justeru itu pelbagai cara dilakukan sama ada campur tangan pilihanraya kampus
sehinggalah mengatur pelbagai program dan peraturan dengan berlindung di sebalik AUKU untuk mengikat dan menjerut pelajar.
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi
daripada tulisan berkenaan.
Harakahdaily.net/-

17 ulasan:
Sedih bila mengenangkan bakal-bakal pemimpin dan professional negara di buat macam kanak-kanak ingusan akibat tindakan manusia-manusia yang lupa amanah ALLAH apabila di angkat sebagai pemimpin . Kalau berterusan begini maka tiadalah harapan UBN mendapat tempat di hati bakal-bakal pengundi ini meskipun apa program dibuat di kampus-kampus oleh UBN . Jerat tidak pernah lupa pelanduk !
MARILAH KITA RENUNGI DAN BANDINGKAN KEMUDAHAN PELAJAR YG KITA NIKMATI DGN NEGARA NEGARA LAIN TERMASUK JUGA DI NEGERA MESIR YG YB LAWATI SERTA KADAR KEMISKINAN DI NEGARA BERKENAAN.
JAUG PERBEZAAN NYA JIKA DIBANDINGKAN DI MALAYSIA. SETAKAT INI SAYA TELAH PERGI BANYAK NEGARA DAN MALAYSIA ADALAH YG TERBAIK DLM PELBAGAI SEGI
USAHLAH KITA MEMBIAT FITNAH KPD NEGARA SENDIRI DEMI MENGADU DOMBA SESAMA UMAT ISLAM. YG PENTINGNYA KITA BERSATU HATI DAN MEMBANTU UMAT ISLAM YG JAUH LEBIH MISKIN TERMASUK UMAT ISLAM YG RAMAI DINEGARA CHINA
Sedih lagi siswa siswi yg menuntut di sekitar lembah klang, rata2 kos sara hidup mahal, nak harap ptptn tampung semua, lupekan harapan tu, yang ada ibubapa kerja gov mereka agak bertuah, tapi xsemua bernasib sebaik itu, maka trpaksalah buat part time yg membebankan serta mengongkong masa untuk mentelaah subjek, tiada pilihan lain, UBN!!, bila kau nak tertiarap hah?!! kau punca siswa siswi ipta (lembah klang) ikat perut!!
kalau kat oversea kena bekerja sambilan dan ikat perut, kita boleh paham lagi.. tapi bila berlaku di negara sendiri, rakyat sendiri yang tanggung, mmg tak patut.. kalau dulu pelajar kerja sambilan ni waktu cuti semester..tapi sekarang tak kira masa dah.. sbb nak survive..saya dulu pun terpaksa kerja sambilan di cybercafe semata nak tampung perbelanjaan pengajian..
1 Malaysia hanya ungkapan untuk menipu rakyat dan tidak membawa apa-apa makna. Sepanjang Najib menerintah yang rakyat tahu hadiah yang diterima adalah(a) kenaikan harga barangan harian (b)insuran kenderaan yang mahal (c) yuran kad kredit (d) memotong peruntukan untuk pendidikan. Rakyat juga akan diberi hadiah tidak lama lagi dengan kenaikan harga petrol, membatalkan elaun sara hidup.
Jika Tun Abdullah dikatakan tidak pandai mengurus negara, sekurang kurangnya ada fokus iaitu memajukan pertanian. Najib apa fokusnya. Hari-hari dengan 1 Malaysia yang entah apa. Sebagai PM bukankah memang menjaga kebajikan dan meningkatkan kemajuan untuk satu Malaysia tanpa mengira parti apa yang memerintah negeri?
Wahai rakyat Malaysia, kita harus segera menurunkan Najib dari tahta PM.
btul 2..sya sbg pljar IPTA sgt brmslah..
dgn pnjman PT yg dpt blum tntu lg dpt mnampung khdupan..d tmbah plk ngn dpksa dk luar iaitu umh sewa..ps2 duit pngangkutan ulang alik ke kuliah..
duit mkn lg..nk abskn duit PT tkut plk nnt bla kuar IPT xda duit lngsung utk byr blik ngn faedah yg tnggi dknakan..dh bla kuar IPT blum lg tntu dpt kje..so skrg memg kmi wt part time..ps2 msa cuti smster kmi mnfaatkn ngn cri kje..
kkdg 2 rsa cm nk stop dh bljar cz xmmpu nk tnggung prblnjaan...
Benar sekali! Ada pelajar IPTA yang hanya mampu bajet RM8 sehari untuk makan. Ada yang terpaksa meminjam sana sini. Belum habis belajar sudah berhutang. Bila berkerja, kerjanya untuk melangsaikan hutang!
mereka lupa semakin mereka buat cm 2 kt mahasiswa semakin mereka dibenci olh mahsiswa dan rakyat keseluruhannya, itu lah petandanya kerajaan 1malaysia hampir be End
Pelajar ramai yang puasa sunat nak tahan lapar. Cafe kantin IPTA mahal. Dah tu kotor lagi. Tender cafe bertahun2 orang sama. Dah jadi kebal sapa berani complain.
Segala jenis rasuah dah menular dalam IPTA,
Sebab tu kena tukar barisan kepimpinan negara kalau nak betulkan segala gerabak yang ada.
Sedih bila singgah melawat anak2..bilik air pecah sana sini tak siapa yang peduli...bilik2 pelajar masih guna barang2 lapuk.
Sepatutnya pelajar IPTA sudah dibekalkan dengan suasana belajar yang selesa dan sempurna. Apalah salahnya mereka diberikan kemudahan hawa dingin dibilik masing2 tanda penghargaan pemimpin pada anak2 yang berjaya yang terdiri dari pelbagai bangsa dan dari ceruk kampung, bandar dan desa.
Bukankah pada mereka bakal diberikan tanggungjawab membela bangsa.
Memang diakui ramai yang ikat perut dengan kezaliman yang nyata pada pelajar2 kita.
Tak rasa berdosa ke pemimpin bila bermegah dengan kemudahan duit rakyat sedang anak2 rakyat jelata kepanasan sambil mengikat perut.
Sampai masa terimalah balasan dari Allah.
Bismilah Hir Rahman Nir Rahman
Perkara pelajar ikat perut bukan sahaja berlaku di IPTA atau IPTS .Pelajar yang memasukki Institut perguruan pun lagi teruk.
Cuba bayangkan setiap bulan pelajar baru akan menerima RM 430.00 sebagai elaun .Dengan RM 430.00 itulah pelajar Institut Perguruan akan guna pakai penghidupan harian mereka . Lebih parah lagi , jika kerajaan Negeri buat perhimpunan atau majlis grand para pelajar diwajibkan membeli pakaian ( baju batik harga sehelai RM 60.00)sebagai pakaian simbolik Institut. Kadang kadang dalam sebulan kena beli dua pasang pakaian (baju batik berlain corak)untuk menghadiran program kerajaan Negeri. Cuba bayangkan dengan elaun tetap RM 430.00 - Rm120.00 (duit baju batik)= Baki tinggal RM 310.00 untuk mengharungi perjalan penghidupan selama sebulan di Institut Perguruan . dah lah para pelajar di Institut Perguruan tidak boleh buat pinjaman PLKN . So para pelajar terpaksa puasa sunat seminggu tiga hari . kalau tidak kantoi .hj jamaludin
Kadang-kadang pelajar yang ikt perut ni bila dah kerja tak ingat dah apa yang depa buat kat dia. Melayu mudah lupa
SEDIH
terpaksa ikat perut, bukan semua dapat bantuan UMNO, hanya untuk kroni saja
percaya atau tidak..trdpt rakan taulan saya yng hnya bajet mknnya RM5 satu hari..pikir sdiri la apa dia makan...
SEDEY...
Salam. Banyak pro & kontra dalam isu ini. Bagi saya, & mengikut pengalaman saya yang hina ini, perkara ini banyak mengajar erti kehidupan. Saya pernah ponteng kelas semata-mata kerana tiada bajet untuk menaiki bas bagi menghadiri kelas. Juga pernah meneguk air paip di tandas bagi mengalas perut dek kekurangan bajet juga. Pinjam meminjam buku rujukan adalah perkara biasa, nak fotostat perlukan wang yang tidak memihak pada kewangan peribadi pada masa itu. Alhamdulillah, saya mampu menamatkan pengajian dengan jaya. TAPI!!!... rezeki sekarang belum setaraf dengan pendidikan yang saya laburkan sebelum ini! Bukan ini yang menjadi isu saya, rezeki adalah hak Allah, saya tak nafikan. Cuma PINJAMAN yang perlu dilunaskan. Pinjam 20K, bayar bulanan $100 / $200 sekadar termampu dengan kerjaya sekarang yang hanya menggunakan kelulusan SPM - kerani,hanya seolah-olah membayar 'BUNGA' (caj pentadbiran). penyata yang diterima bulan lepas menyatakan jumlah pinjaman = $23K. Apa nak dikata?.... Terpaksa 'layan' je la.... Wallahua'lam.
kena tumbangkan UMNO untuk kesejateraan rakyat
kalau tak tumbangkan BN, rakyat akan hidup makin susah dan melarat, pemimpin UMNO hidup makin senang-lenang
Catat Ulasan