05 Mac 2010

ADUN Kuala Kurau nafi tinggalkan PKR

18 Rabiul Awwal 1431H.


Semasa saya makan bersama selepas demonstarasi aman pagi tadi dengan Ahli dewan undangan Perak bagi kerusi Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dia telah dihubungi oleh wartawan Malaysiakini dan dengan dia keras menafikan khabar angin yang mendakwa beliau bakal meninggalkan PKR.Sebelum ini saya juga memaklumkan kepada beliau bahawa khabar angin dan fitnah yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab mengenai perkara tersebut.

Beliau membidas Umno yang didakwanya punca segala tohmahan dan berita palsu berkenaan."Saya menafikan sekeras-kerasnya saya akan keluar parti. Saya ingin beritahu Umno yang kami akan bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi menjahanamkan UMNO,” katanya .

Katanya lagi ini adalah taktik yang sengaja ditaburkan oleh Umno sebagai serangan psikologi untuk menggoncang Pakatan Rakyat, khusus PKR.Dengan penuh keyakin beliau mengatakan usaha itu akan gagal.

Beliau juga mendakwa sejak memenangi kerusi Kuala Kurau sejak dilantik Mac 2008, 'agen-agen Umno' sering kali cuba 'melamarnya' menyertai parti Melayu itu.

Sejak minggu lalu, blog-blog pro Barisan Nasional dan juga akhbar Cina menyiarkan spekulasi kononnya Yunus akan berpaling tadah.

Spekulasi semakin panas apabila MP Bagan Serai Mohsin Samsari mengumumkan tindakannya keluar dari PKR semalam.

Khabar angin ini sebenarnya terjaba salah apabila Yunus pagi ini juga terbabit dalam demonstrasi di pusat khidmat Mohsin yang ditutup hari ini. malah ia memberi ucapan yang bernas kepada semua yang hadir.

“Jika dia benar-benar berjuang untuk rakyat, dia (Mohsin) sepatutnya membuka pusat khidmatnya esok dan dia sendiri perlu mengendalikannya.” Katanya semasa berucap

Hampir 500 pengundi di Bagan Serai termasuk MP Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa ,ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan ADUN Selingsing, Hussain Din menyertai bantahan ini.

11 ulasan:

Syawal Ipoh berkata...

Harap tiada lagi pengkhianat dalam pakatan ni....

Unknown berkata...

Memang memalukan tindakan MP pakatan rakyat yg berpaling tadah ni..
Sepatutnya nrgara digubal utk membenteraskan kes lompat katak ni..
sbb? mereka menghampakan harapan mejoriti pengundi kawasan tersebut.
Sekiranya ada masalah dok kira nak lompat..dari masalah yg timbul..maka sememangnya tak layak menjadi wakil rakyat..
Lebih baik berhenti jadi orang je...

Tanpa Nama berkata...

alahi yb yunus..bila la nak mai tgk jln rosak kat pt abas ni.dah lama x nampak yb ni...

karawilak berkata...

assalamualaikum...yb yunus.saya ni cucu aruah haji jaafar pt.sg.melan bt14.dan ada patalian kekeluargaan dgn andika yb.jgn kita gadaikan prinsip dan maruah,takut kina katulahan jar org tuha.bubuhan kita dari baharikala mamperjuangkn kebenaran dan keadilan,dan jgn malukn keluarga kita takut anak cucu yg menanggung malu akhirnya..nak kemana sambati org pengkhianat.syabas yb tetap teguh bersama PR.

Tanpa Nama berkata...

SALAM,
IKHLAS,PERKATAAN IKHLAS MUDAH DISEBUT, DAN NK MENCAPAI PERINGKAT IKHLAS BUKAN MUDAH.BANYAK UJIAN & GODAAN TERUTAMA KEBENDAAN AKAN BERMAIN DIDEPAN MATA.HANYA ORG2 YG DILINDUNGI ALLAH SAHAJA AKAN SELAMAT.

TERINGAT 1 CERITA TTG IKHLAS, ADA SEORG AHLI IBADAH YG MANA DI KAMPONGNYA ADA SEPOHON POKOK BESAR YG DISEMBAH OLEH ORG2 KAMPONG, MAKA AHLI IBADAH INI MERASA MARAH DAN CUBA UNTUK MENEBANG POKOK TERSEBUT, TETAPI DI PERTENGAHAN JALAN TELAH DI HALANG OLEH SYAITAN YG MENGHUNI POKOK TERSEBUT...MEREKA BERGADUH, AHLI IBADAH MENANG, TAPI SYAITAN ITU MENJANJIKAN PD AHLI IBADAH ITU WANG EMAS (RASUAH) TIAP2 PAGI AKAN ADA DIBWH BANTALNYA-JIKA DIA TIDAK MENERUSKAN NIATNYA MENEBANG POKOK TERSEBUT...AHLI IBADAH BERFIKIR & MENERIMA TAWARAN SYAITAN ITU...TIAP2 PAGI ADA EMAS DIBWH BANTALNYA. SEHINGGALAH 1 PAGI DIA DAPATI TIDAK ADA LAGI EMAS & MENYEBABKAN DIA BERTINDAK INGIN MENEBANG POKOK TERSEBUT..& DIHALANG OLEH SYAITAN YG SAMA LALU BERLAKU PERGADUHAN...& AHLI IBADAH KALI INI TEWAS DI TANGAN SYAITAN...LALU DIA MERASA HAIRAN.
SYAITAN MENYATAKAN DULU AHLI IBADAH MENANG KERANA NIATNYA ADALAH IKHLAS KERANA ALLAH UTK MENENTANG PERBUATAN SYIRIK TETAPI SEKARANG KALAH KERANA MARAH TIDAK MENDAPAT EMAS (RASUAH)SELAIN SUDAH TERMAKAN HARTA YG HARAM (HATINYA SUDAH MENJADI GELAP)...DAN BUKAN IKHLAS KERANA ALLAH...

RASULULLAH SAW, DI PERTENGAHAN PERJUANGAN BAGINDA JUGA PERNAH INGIN DI RASUAH OLEH PARA PEJUANG BANGSA QURAISY (UTK KEKALKAN STATUS QUO) DENGAN TAWARAN2 BERUPA -KUASA POLITIK (MENJADI RAJA MAKKAH), HARTA YG BANYAK, PEREMPUAN2 QURAISY TAK KIRA SIAPA DAN BERAPA RAMAI...TETAPI RASULULLAH SAW MENOLAK KERANA PERJUANGAN BAGINDA ADALAH IKHLAS SEMATA2 KERANA ALLAH SWT UNTUK MENYEBARKAN ISLAM DAN KEADILAN CAHAYA ALLAH SWT DI MUKA BUMI...

DENGAN SIFAT ULUL AZMI, DITAMBAH SIDDIQ, AMANAH, TABLIGH, FATONAH BAGINDA TELAH MEMBAWA BAGINDA MENOLAK TAWARAN2 LUMAYAN OLEH KAUM QURAISY YG SUDAH HABIS IKHTIAR UTK MENGHALANG DAKWAH RASULULLAH SAW.

KECEKALAN DAN KEIKHLASAN BAGINDA INILAH YG TELAH MEMBAWA ISLAM KE SELURUH DUNIA TERMASUK DI ALAM MELAYU, SESUAI DENGAN GELARAN KEPADA RASULULLAH SAW SEBAGAI RAHMATAN LIL ALAMEEN (RAHMAT BAGI SEKALIAN ALAM).

PERISTIWA MELOMPAT OLEH ADUN PAKATAN RAKYAT SEUSAI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ADALAH SATU PENGHINAAN KEPADA PERJUANGAN BAGINDA DALAM PERJUANGAN MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN ISLAM...

Tanpa Nama berkata...

klu dah 24 jam nak menjahanamkan UMNO, bila nak buat kerja sebagai ADUN...? Pengundi mengundi yb untuk bekerja sebagai wakil rakyat.untuk membantu penduduk.klu camni mkn gaji buta je la..dah kira x amanah la jugak.jgn hanya pandai bercakap...buktikan kepada rakyat yg yb mampu bekerja utk rakyat kuala kurau dan tg piandang.

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dgn pendapat tanpa nama di atas,Puncak segala AMAL IBADAT ADALAH 'IKHLAS'KERANA Allah SWT.

Anak Kerian berkata...

teruskan perjuangan........... Kami kukuh menyokong Anda di belakang.......

Kulaan..... berkata...

Perjuangan perlu diteruskan...........

yob selaso berkata...

ngape cepat sangat kome melatah cho oii. bukan ke pak aji nua anak wak berahim yang memperkenalkan istilah lompat melompat ni. kalau bukan sekutu masuk kelompok kome, kome meloncat seghonok. kalau sekutu keluo kome meloncat teteghap. die keluo kerana ade perinsip. kome idak. tak guna akai. lu pikio le sendiri.

karawilak berkata...

meng betul lompat idea DSAI,tapi bukan luar gelangang,mcmni la xtau RULE OF LOW,aku ni org bendang,sedikit sebanyak tau juga demokrasi.jgn byk mkn tempoyak,tu yg bengap tu.