19 April 2010

Nama 1Malaysia: TPM ditempelak

3 Jamadil Awal 1431H.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini berkata wabak 'penyakit mulut' Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menular apabila dia mendakwa nama calon Barisan Nasional, untuk kerusi pilihan raya kecil Hulu Selangor, P Kamalanathan mencerminkan konsep 1Malaysia.

Muhyiddin semalam dilaporkan berkata nama ketua penerangan MIC itu merangkumi nama “Kamal” mewakili Melayu, “Alan” - nama Cina dan “Nathan” pula nama India.
“Muhyiddin menghina kebijaksanaan 65,000 pengundi Hulu Selangor dengan 'sampah' sedemikian.

“Adakah Kamalanathan akan menjawab di kalangan orang ramai jika seseorang memanggilnya “Kamal” atau “Alan”? Tentunya, tidak” katanya dalam ketika berkempen di beberapa kampung di Kuala Kubu Baru hari ini.

Menurut Lim, jika nama Kamalanathan mewakili nama “Kamal”, “Alan” dan “Nathan”, dia sepatutnya mempunyai nama yang lebih panjang dan dipanggil “Kamalalannathan”!

“Calon BN bagi kerusi Hulu Selangor itu akan menjeling ke arah anda jika dipanggil dengann nama itu,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga mempertikaikan sama ada nama Muhyiddin Yassin layak disifatkan sebagai mencerminkan nama “1Malaysia”.

“Di mana komponen Cina dan India. Bagaimana pula dengan komponen Kadazan dan Iban?” soalnya.

Katanya, semua nama rakyat berbangsa Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban melambangkan 1Malaysia kerana ia adalah bukti Malaysia mempunyai kepelbagaian bangsa, agama dan bahasa.

“Muhyi ddin tidak sepatutnya memperkecil-kecilkan nama rakyat, sama ada berbangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau mana-mana rakyat Malaysia.

“Amat mendukacitakan kenyatan itu datang daripada seseorang yang mendakwa dirinya adalah Melayu terlebih dahulu dan rakyat Malaysia kemudiannya dan cuba memperkecilkan kononnya calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim tidak mempunyai nama 1Malaysia berbanding Kamalanathan,” katanya lagi.

Lim berkata Muhyiddin harus sedar bahawa dia telah menjadikan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan jenaka dan gurauan yang besar.

14 ulasan:

pembela_rakyat berkata...

lagi berita terkini PrK klik http://bohiem.blogspot.com/2010/04/spr-kotor-dalangi-punca-20-peratus.html

Tanpa Nama berkata...

this type of rotten mentality among malaysian's mentri pun ada ka???... umnomen dah tak dak isu nak bagi tau rakyat..
sewajarnya pengundi P094 Hulu Selangor TOLAK BN..

Tanpa Nama berkata...

lagi banyak cakap lagi nampak kartun; jelas Muhyiddin tiada kewibawaan sebagai orang no 2 dan bila-bila masa memangku Perdana Menteri Jika ada halangan pada Najib. Kempen macam budak-budah main cinta monyet; padan-padankan nama kalau serasi. Dahla cakap sebelum penamaan calonpun dah laluk kejab orang tu kejab orang ni... apa ni bukan jaul cucor kodaklah..ini survival rakyat daaaa....!
Rakyat khususnya pengundi kena nilai semula
kewibaan pemimpin BN kalau TPM bermetaliti cinta monyet apatahlagi pemimpin bawahannya. Apa lagi tolak la BN jangan bagi kemenangan calonnya..

Tanpa Nama berkata...

Buktikan la pulak konsep malaysian malaysia dalam nama Lim Kit Siang, buleh?

adie berkata...

ape punye bingai la muhyidin niy,ini ke tahap tpm..die ingat malaysia ni ade 3 bangsa jea,1malaaysia k0non..ceitt..ptuiihhh!!~~

Tanpa Nama berkata...

kalau dah menteri jaji kurang cerdik nescaya pengikutnya jadi bangang habis..

Tanpa Nama berkata...

Alangkah bodohnya seorg pemimpin negara mengeluarkan kenyataan seperti itu...dah takde benda lain ke nak cakap.?

Tanpa Nama berkata...

utulah tahap mentaliti pemimpin umngok.....

Tanpa Nama berkata...

sebabkan nama? terpilih jadi calon? waaaa.... kah..kah...kah.. lawak bodoh...
buat la.. alasan lain...
buat alasan mcm ni. aku bodoh dlm bab cari calon..
aku pandai dalam dlm bab beli calon...
mcm tu la baru logik...

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni Kamalanathan ada peluang jadi MOSKOT 1 MALAYSIA... macam moskot binatang-binatang untuk sukan tu.

Tanpa Nama berkata...

Para pengundi ulu selangor kena tolak habis-habisan umno sebab umno tu apco dan upco tu yahudi....yahudi-yahudi yang membunuh dan menindas secara zalim penduduk-penduduk palestine.

anakjati kualakurau berkata...

Salam dan salam dua malaysia ...
Aku nak gelak tgk paparan video malaysiakini pd siri ceramah BN.. cukup ramai yg menghadirinya .. begitu hebat sambutan terhadap BN .. naya pakatan .. kena terima .. kekalahan ... ngkorang tak caya .. pi la tgk sendiri .. rakyat dah mula sedaq dan bersama BN ..

Tanpa Nama berkata...

ini la perangai bn.. dah x dak modal..merapu..x tau apa nak cakap lg dah...

Tanpa Nama berkata...

dakah selepas daripada ini, kita akan dikehendaki mendaftarkan anak2 kita dengan nama 1 Malaysia seperti itu? Menuju negara Pancasila, satu nama, satu bahasa, satu negara?