03 April 2010

Setakat ini sudah 3 orang mengaku ditawar jawatan MB, UMNO Perak sudah habis modal .

18 Rabiulawal 1431H.

Nampaknya BN Perak tidak punya isu lagi sehingga menimbulkan isu yang bukan-bukan dan semacam rekaan dan "nampak macam kartun" bila seorang demi seorang dikalangan ADUN BN dan seorang bebas mengaku telah ditawarkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak diawal kekalahnya dan tersungkur kalah BN di Perak pada tahun 2008.

Pesoalan awal ialah kenapakah setelah bertahun-tahun baru cerita ini di keluarkan, Inilah bukti BN benar-benar sudah tidak ada modal lagi untuk menarik simpati rakyat maka akhirnya apa saja cakap-cakap dikedai kopi dijadikan perkara serius.

Kalau begitu saya pun boleh cakap. Sebagai mana kata seorang Pak Cik yang saya jumpa kelmarin disebuah kediai kopi, katanya" saya pernah ditawarkan jadi Presiden Amerika".

Tidak semena-mena Zambry Abd. Kadir pada sidang DUN beberapa hari lepas bercerita beliau adalah antara tiga wakil rakyat UMNO yang ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pilihan raya umum 2008 lalu.

Semacam itulah yang lebih penting dari agenda membahas kepentingan rakyat yang ditutut oleh pakatan Rakyat. Lalu selepas itu masing-masing mangaku ditawar sebagai MB termasuklah Jamaluddin Behrang dan Tajol Rosli Pengkalan Hulu.

Sejak kemenangan Pakatan Rakyat sehingga kejatuhannya bila dirampas oleh BN dalam satu kudeta terancang , dan malah sesudah itu sehinggalah sidang pada 31 Mac lepas, DS. Nizar Jamaluddin teus menerus dengan pemimpin pakatan Rakyat mendedahkan bahawa BNlah yang seawalnya menawarkan Jawatan MB kepada PAS supaya bergabung dengan BN yang sudah kurang majoriti.

Atas alasan agenda melayu dan islam , BN cuba memujuk semua ADUN PAS bergabung dengan mereka dengan menggunakan Mufti UMNO Harussani seperti yang didedahkan oleh Mantan PJ PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. Semua sudah jelas lagi bersulu. malah dalam tempoh itu BN tidak berani menjawab kerana yang sebenarnya sudah difahami hasrat UMNO bukannya menyelamatkan Melayu dan Islam , yang ingin diselamatkan ialah UMNO yang telah lemas dan tenggelam ditolak rakyat.

Insiden kekecohan dalam Dewan Perak pada 31 Mac adalah kemuncak kepada ujian ketahanan dan kecekalan ADUN Pakatan Rakyat yang tidak mudah di tipu oleh Ganesan dan Zambry yang menganjurkan sidang yang tidak semacam sidang apabila hampir 400 orang Polis berkawal di dalam dan diluar sidang.

Selain itu peraturan tetap dibangkul sampahkan oleh BN. Hasrat BN cuma menjadikan sidang sebagai menghalalkan tempoh-tempoh pemerintahan untuk 6 bulan sebelum ini dan 6 bulan akan datang. Kerana itu sidang disingkatkan sesingkatnya.

InsyaAllah kami akan menjawab segala tomahan dan fitnah BN yang kononnya memulai kekecohan dalam sidang yang lepas.

4 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Orang penakut memang suka mengungkit. Bila goyah mula mengungkit sepertimana orang UMNO yang ungkit macam2 yang dia dah buat segalanya...rakyat kena bersyukur banyak2...betapa rendahnya mutu pemimpin UMNO.

Ibu bapa yang hebat takkan mengungkit walau sebesar zarah pun kebaikan yang dah buat pada anak2nya. Terpulang pada anak2 memikirkan sejauh mana pengorbanan mereka. Sebab tu mak bapa dulu hebat2...

Berbanding dengan mak bapa hasil didikan UMNO lahirlah bangsa yang mengungkit dan menadah tangan.Macamana acuan macam tu lah hasilnya.

Bila keluarga punah,mula salahkan anak2 dan guru2...bila negara musnah UMNO salahkan Pembangkang dan rakyat jelata.

Cermin2lah diri wahai puak2 UMNO yang ketinggalan moral didikan dalaman...rakyat susah kami tak kesah...yang kami kesahkan negara semakin parah...kenalah tukar pada pemerintah yang takutkan Allah.

' Segala sesuatu yang tidak mengingatkan kepada Allah adalah sia2 dan main2 kecuali 4 perkara dan salah satunya seseorang yang bergurau dengan isterinya'

Sementara ada hayat marilah sama2 bermuhasabah.

Al Fatihah pada Allahyarham Meor (Din Beramboi)

Awanama berkata...

orang bodoh dgn budak tadika kemas je yang pecaya PR offer zambry kadiaq jadi MB lps PR menang.. klu nak bagi YB umno jadi MB, buat apa PR susah2 berusaha untuk menang pilihanraya..

baik biar je tajol rosli dulu memerintah.. bukan dia yb umno ke?

susah2 kita terangkan kebodohan dan penyelewengan umno kat rakyat, smpai rakyat tolak umno dalam pilihanraya lepas, takkan le kita nak offer yb umno jadi MB.. tu bodoh nama dia.. tak logik.. tak logik..

mmg katak puru je percaya crita kartun pak pandir ni..

sibersensasi berkata...

buat la apa cerita pun org dah meluat dengan penipu

Awanama berkata...

boleh caya ka? kalau nak tipu biarlah logik, zambry oi! kalau aku habaq kat hang, ayah aku muda dari aku (ayah betoi) 3 tahun hang caya tak?