28 Mei 2010

Judi bola: Pengarah Jais diminta nyata pendirian

13 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

SHAH ALAM, 26 Mei: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi diminta menyatakan pendirian peribadi dalam isu kerajaan Pusat meluluskan lesen judi bola sempena Piala Dunia 2010.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar), Khusrin sepatutnya tidak mengambil sikap berdiam diri kerana hukum berjudi jelas haram di sisi Islam.

Sehubungan itu, Khalid mencabar Khusrin mengambil sikap lantang dengan mengkritik pemimpin Umno dalam isu itu sebagaimana yang pernah dilakukan dalam isu penggunaan kalimah ‘Allah’ di kalangan masyarakat bukan Islam suatu ketika dahulu.

“Dalam isu judi, hukumnya haram mutlak, kenapa Khusrin tidak naikkan sepanduk sebagaimana beliau menentang pendirian PAS, Pakatan Rakyat dulu,” jelas beliau di pejabatnya, petang ini.

Disebabkan Khusrin masih tidak menyatakan penderian sejak isu judi tersebut meletus, Khalid turut mempersoal kredibilitinya sebagai penjawat awam di Jais sendiri.

“Adakah diam Khusrin ini disebabkan kesetiaannya pada Umno serta masih terkenang jawatannya setiausaha politik bagi Muhammad Muhd Taib (bekas Menteri Besar) suatu ketika dulu,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa Khusrin sebagai dalang Umno dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Ini kerana, dakwaannya, Khusrin bertanggungjawab menghalang para pendakwah berkhutbah di masjid.

Namun, selepas beliau sendiri mendedahkan gambar kain rentang Majlis Bacaan Yaasin Memenangkan Calon BN, Khusrin dilihat mengambil sikap berpeluk tubuh, seakan tidak mahu mempertikai Umno BN yang cuba membawa politik kepartian ke masjid.

Selain mempertikai Khusrin, Khalid turut mendesak Jais, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) serta Mufti Selangor, Datuk Haji Mohd Tamyes Abdul Wahid supaya menyuarakan protes terhadap pemimpin Umno negeri dan Pusat.

Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata, pihaknya turut mengutus surat memohon sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor supaya Tuanku Sultan perkenan untuk mempengaruhi Majlis Raja-Raja Malaysia mendesak kerajaan membatalkan lesen judi bola secepat mungkin.

Harakahdaily/-

6 ulasan:

Awanama berkata...

Berkata benarlah walaupun pahit,atau jadilah penjilat sehingga akhir hayat.

Awanama berkata...

takutilah Allah, pendirian anda akan ditanya Allah di Mahsyar nanti....jgn jadi syaitan bisu

Unknown berkata...

terus teranglah..judi itu haram jgn takut pada manusia, takutilah Allah. Didepan Allah di Mahsyar nanti menggeletar..

Anak Banjar berkata...

Celaka besarlah mereka yang telah dan akan menghalalkan / memberikan lesen JUDI di negara yang tercinta ini......

Ihfozillah yahfozka... (JIKA KAMU MEMELIHARA ALLAH, ALLAH AKAN MEMELIHARA KAMU)renungi hadis ni. Sebaliknya kalau tidak berpegang kepada dalil naqli di atas, tunggulah kehancuran negara/masyarakat kita. Sejarah membuktikan masyarakat hari ini semakin teruk gejala sosialnya kerana keceluparan pemimpin terdahulu yang telah meluluskan lesen perjudian terbesar. Hasilnya hari ini pelagai kebejatan moral terjadi : buang anak, merempit, bunuh, rogol, zina, sumbang mahram dll. FIKIR-FIKIRKANLAH!!!!!

kasutgetah berkata...

umat lubang biawak la tu. ikut yahudi

Awanama berkata...

Ayat 90; Surah Al-Maidah

Cuba datuk kaji balik surah di atas.
datuk akan dapat jawapannya.

Jais tu Jabatan Agama Islam Selangor, datuk.
Bukan Jabatan Judi Negeri Selangor.

Sekadar ingatan yang amat ikhlas, datuk.