08 Mei 2010

KERAJAAN PERSEKUTUAN GADAI 1.9 JUTA EKAR KAWASAN BLOK L DAN M KEPADA BRUNEI

22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Haris Akhlaken

Penyerahan 2 Blok carigali minyak secara sukarela oleh kerajaan Malaysia kepada kerajaan Brunei melalui Surat Pertukaran (Letter of Exchanges) bertarikh 16 Mac 2009 adalah sesuatu yang cukup mengejutkan kerana kerajaan persekutuan tidak pernah membuat sebarang pendedahan ataupun kenyataan rasmi berkenaan penyerahan wilayah negara kepada Brunei Darussalam.

Tindakan kerajaan tersebut hanya diketahui umum selepas Murphy Oil Corporation , sebuah syarikat yang berpengkalan di El Dorado, Arkansas, Amerika Syarikat mengeluarkan laporan dalam laman web syarikat berkenaan bahawa kontrak perkongsian pengeluaran ( production sharing contracts ) bersama Petronas Carigali Sdn Bhd yang melibatkan Blok L dan M yang dianugerahkan oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) pada tahun 2003 telah dibatalkan. Menurut surat pembatalan bertarikh 7 April 2010, kontrak tersebut dibatalkan oleh Petronas atas sebab Blok L dan M bukan lagi terletak di bawah wilayah Malaysia,

Kenyataan tersebut juga telah disahkan oleh kerajaan Brunei melalui Timbalan Menteri Luar dan Perdagangan Brunei, Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng yang menyatakan bahawa penyerahakkan tersebut bukanlah sesuatu yang baru dan Brunei boleh memulakan kerja carigali pada bila-bila masa di Blok L dan M yang juga dikenali sebagai Blok-blok J dan K oleh Brunei.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng (DPPKG) mengecam keras tindakan kerajaan Malaysia yang dengan mudah menyerahkan kawasan negara kepada kerajaan asing seolah-olah tindakan tersebut tidak membawa sebarang kesan kepada negara. Penyerahan hak kedaulatan Blok-blok L dan M yang terletak di perairan Sabah-Sarawak merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia dan seharusnya dipandang serius oleh semua pihak. Tindakan ini juga sesungguhnya mencerminkan kegagalan pentadbiran Negara yang ditadbir oleh Barisan Nasional dalam soal mempertahankan kedaulatan Negara. Peristiwa ini sesungguhnya telah mengulangi episod sedih kehilangan Pulau Batu Putih kepada kerajaan Singapura.

DPKKG juga menyatakan bahawa Negara bukan sahaja kerugian ratusan billion ringgit melalui tindakan tersebut namun lebih utama telah kehilangan kawasan seluas lebih kurang 1.9 Juta ekar (net acre) kepada kerajaan Brunei. Ini berdasarkan kepada laporan Form-10K dalam Laporan Tahunan 2009 Murphy Oil Corporation yang sehingga kini masih merahsiakan hasil penggalian di Blok L pada tahun 2003. Namun menurut laporan kawasan Blok-blok L dan M mempunyai kandungan minyak dan gas asli benilai lebih RM230 billion.

DPPKG juga turut mengecam kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia tidak mengalami sebarang kerugian dari tindakan tersebut kerana persetujuan kerajaan Brunei untuk bekerjasama dengan Malaysia membangunkan kawasan berkenaan. DPPKG berpendirian kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan seolah-olah meletakkan soal keuntungan lebih utama berbanding dengan kedaulatan Negara.

DPPKG juga turut mempersoalkan rasional tindakan tersebut yang disifatkan sebagai situasi ‘menang-menang’ oleh Perdana Menteri. Apakah erti kemenangan jika kedaulatan Negara tergadai hanya kerana Petronas diberikan hak bekerjasama dengan kerajaan Brunei membangunkan kawasan tersebut selama 40 tahun tetapi kehilangan hak kepada kawasan tersebut buat selama-lamanya? Hakikat ini lebih kepada situasi “menang sorak kampung tergadai”!

DPPKG juga mahukan kerajaan persekutuan memberikan jawapan kepada rakyat berkenaan laporan bahawa persetujuan untuk menyerahkan Blok-blok L dan M sebagai timbal balas terhadap persetujuan kerajaan Brunei untuk menggugurkan tuntutan ke atas daerah Limbang. Sedangkan sehingga ke hari ini, kerajaan Brunei masih lagi mengekalkan status quo terhadap tuntutan mereka dan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Luar dan Perdagangan Brunei melalui Brunei Times bahawa rundingan pemetaan sempadan antara Brunei dan Malaysia belum lagi bermula.

DPPKG berpendirian tindakan kerajaan pusat menyerahkan Blok-blok L dan M yang terletak di wilayah Sabah dan Sarawak sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak. Jumlah royalti yang bernilai puluhan billion yang sepatutnya diterima oleh rakyat Sabah dan Sarawak melalui Petronas punah dengan sendirinya dengan pembatalan kontrak perkongsian tersebut. DPPKG dengan ini menuntut agar kerajaan persekutuan membayar balik kerugian yang ditanggung oleh rakyat Sabah dan Sarawak hasil tindakan kerajaan menyerahkan kawasan berkenaan kepada Negara Brunei.

DPPKG menggesa agar rakyat Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak bangkit menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan pusat dan berharap pengundi di Parlimen Sibu memberikan isyarat jelas kepada kerajaan BN pada pilihanraya kecil yang akan datang.

DPPKG juga menyeru agar semua pihak, tanpa mengira latar politik, badan-badan bukan kerajaan, dan individu-individu menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan BN yang menggadaikan kedaulatan Negara hanya atas dasar kepentingan ekonomi. Marilah sama-sama kita berdoa, agar kecurangan dan pengkhianatan kerajaan BN kepada Negara yang tercinta ini akan segera berakhir.

HARIS BIN ALIMUDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS
Kawasan Gopeng.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM,
KENAPA PEMIMPIN2/PIHAK BERKUASA MELAYU SEJAK ZAMAN DAHULU LAGI MUDAH SGT MENYERAHKAN HAK RAKYAT(TANAH, PASIR, PULAU2, KEDAULATAN NEGARA,KUASA2 DAN LAIN2) KPD NEGARA/SYARIKAT/ORG2 ASING...SAMPAI SKRG?
SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN PERISTIWA INI TELAH BERULANG-ULANGKALI BERLAKU.CONTOH, PULAU SINGAPURA, BATU PUTIH, KAWASAN2 MINYAK, BALAK... DAN BANYAK LAGI SEKIRANYA DI SIASAT OLEH RAKYAT... SAMA ADA MENGIKUT UNDANG2 ATAU TELAH DISERAHKAN BARU RAKYAT TAHU...

HATI2 WAHAI WARGA FELDA...TANAH FELDA SELURUH NEGARA YG SANGAT BERNILAI, TERLETAK DIKAWASAN STRATEGIK, SEBAGAI PETEMPATAN MELAYU...SEMOGA SEMUA PIHAK PRIHATIN, SAYA AMAT MENYOKONG PERLANTIKAN DATO' ZAID IBRAHIM MEMANTAU ISU2 TANAH YG MELIBATKAN FELDA SELURUH NEGARA SUPAYA PENEROKA FELDA TIDAK LAGI TERTIPU DGN JANJI2 MANIS PIHAK YG RAKUS...(AMBIL IKTIBAR FELDA SUNGAI BUAYA, HULU SELANGOR)

SEBAB ITULAH DLM UNDANG2 TUBUH KERAJAAN NEGERI MELAYU ZAMAN DAHULU ADA DI NYATAKAN BAHAWA, MENTERI DAN JEMAAH MENTERI MESTILAH TAAT SETIA KPD RAJA2 DAN NEGERI DAN TIDAK BOLEH SESEKALI MENYERAHKAN NEGERI (TERMASUK TANAH, KUASA DAN LAIN-LAIN) KEPADA KERAJAAN ATAU KUASA ASING...INI MENUNJUKKAN BAHAWA PIHAK ISTANA TELAH SANGAT TAHU BAHAWASANYA JIKA TIDAK DI NYATAKAN DLM UNDANG2 TUBUH MAKA PERISTIWA PENYERAHAN KEDAULATAN NEGARA PASTI AKAN BERLAKU OLEH MEREKA YG DIBERI AMANAH MENTADBIR NEGERI, UNTUK MENDAPAT KEUNTUNGAN KPD DIRI SENDIRI DAN KRONI2 MEREKA BIARPUN HAK RAKYAT TERGADAI.

AKHIRNYA RAKYATLAH PULAK YG TERPAKSA BERKORBAN HARTA DAN NYAWA UTK MENDAPATKAN/MENEBUS BALIK HAK MEREKA DARI KUASA ASING...DAN PERISTIWA INI SENTIASA BERULANG-ULANG...MELAYU MUDAH LUPA... KATA DR M...
TETAPI ORG2 ISLAM/PAS TAK AKAN LUPA.
KAMI AKAN SENTIASA INGAT APA SAJA KEZALIMAN YG PERNAH DI LAKUKAN UMNO/BN KPD KAMI.

Tanpa Nama berkata...

jangan lupa bahawa orang pas juga ingin menggadai putrajaya sekira berjaya menjadi pemerintah malaysia... pas juga bersekongkol dalam menggadai pulau pinang kepada DAP atau Lim Guan Eng

Tanpa Nama berkata...

saya orang melayu yang islam, rakyat malaysia, tak pernah rasa teraniaya oleh kerajaan BN / UMNO, malah bersyukur kerana BN / UMNO telah berjaya memajukan negara... sekiranya ada dikalangan rakyat malaysia terasa dianiaya maka saya rasa, mereka-mereka itu adalah dari golongan orang-orang yang menzalimi diri sendiri bukannya dizalimi oleh kerajaan yang memerintah..