08 Mei 2010

Malaysia hendak halalkan judi bola sepak?

22 Jamadil Awal 1431 H
http://iskandar56100.blogspot.com/

Datuk Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan, patut beristighfar dan mengucap syahadah kerana berhujah jika judi bagi sukan bolasepak dibenarkan kerajaan boleh memungut hasil.

Beliau hari ini memberitahu Dewan Negara bahawa kerajaan Pusat akan menimbang untuk membenarkan judi untuk sukan tersebut.

Sebagai seorang Islam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan ucapan sedemikian.

Sebagai ADUN, saya turut mendapat aduan dari masyarakat bukan Islam yang mahu industri judi dihadkan. Tetapi seorang Menteri Islam pula yang mahu ditambah peluang bagi rakyat untuk berjudi.

Inilah Umno yang tidak memperdulikan halal dan haram asalkan dapat mendatangkan keuntungan. Tidak langsung memikirkan keredhaan dan keberkatan Allah SWT.

Maka jelaslah Umno tidak layak bercakap tentang Islam dan ini sepatutnya membuka mata mereka yang mengharapkan Umno membela agama Islam.

Iskandar A. Samad,
ADUN Chempaka,
Timbalan Pesuruhjaya PAS II Negeri Selangor.

Harakahdaily/-

3 ulasan:

hakimi berkata...

dunia dah akhir zaman..
yang haram boleh dihalalkan oleh manusia yg tidak beriman kpd ALLAH dan Rasulullah S.A.W..
Hanya dengan sebab ekonomi,haram boleh jadi halal..
Ingatlah,janji-janji ALLAH pasti dan pasti benar..
Hidup ini bkn selama-lamanya menongkat langit,memijak bumi..
Jika benar,nak dhalalkan jg judi,tggulah..bala drpd ALLAH akn smpi di bumi kta Malaysia..

JJ Anak Desa berkata...

JJ Anak Desa (joharapat.blogspot.com)

Jika judi bolasepak ini jadi kenyataan, sahlah Malaysia darul judi. Mana mufti mufti, khususnya Mufti POerak, kenapa membisu? Takut hilang jawatan ke?

Tanpa Nama berkata...

Mula-mula judi bolasepak. Oh ya kelab-kelab spt kelab victoria, goldhill, oakleaf dll semuanya ada mesin judi yang diberi lesen. Macamana polis x tahu. Sekarang dah confirm malaysia negara judi dan terbesar digenting highland dengan bekas ketua polis terajunya. Tak lama lagi dadah pula dihalalkan kerana tak dapat bendung pengedaranya. Kemudian pelacuran dihalalkan kerana tak dapat bendung. kemudian rasuah dihalalkan kerana tak dapat bendung. Yang bestnya kroninya dapat saham terbesar! mufti-mufti dan alim ulama pro umno-Bn tak berani komen takut suru miss. Neraka jahanam tempatmu semua kerana menghancur islam dimalaysia. Kot Si Mashitah pulak keluar fatwa semuanya boleh dihalalkan kerana terpaksa...Gilakuasa nak pangkat! UMNO-BN galakkan penyakit sosial masyarakat dan galakkan orang-orang melayu islam murtad. Sokonglah UMNO_BN. Orang waras termasuk yang bukan islam pun tahu, penyakit gejala sosial harus dibendung macamana sekalipun dan bukan galakkanya. Macamanalah Najib boleh jadi PM? oh ya mufti perak tu tengah terberak dibuat oleh najib.