02 Mei 2010

Pengawal keselamatan Istana Kelantan cedera parah ditembak di dada

16 Jamadil Awal 1431H.

KOTA BHARU: Seorang pengawal keselamatan Istana Kelantan cedera parah ditembak di bahagian dada oleh seorang individu tidak dikenali dalam kejadian di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, di sini, awal pagi tadi.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, berkata ia berlaku kira-kira jam 12.25 awal pagi tadi ketika mangsa Ramli Mohd, 50, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kok Keli Tumpat.

Beliau berkata, mangsa ketika ini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Katanya, mangsa berada dalam keadaan serius berikutan ditembak di bahagian dada dan peluru masih belum dapat dikeluarkan.

4 ulasan:

Awanama berkata...

tersalah alamat kot..... nak ke jkr 10 tapi sesat tak nampak jalan!!!!

Awanama berkata...

ini semua kerja umno

Awanama berkata...

Inikah Malaysia? bunuh sana bunuh sini. Kita harap polis tapi polis dok jaga & tahan orang politik. 1 Malaysia tak selamat.

Awanama berkata...

beginilah org yg cetek ilmu pengetahuan..semuanya nk salahkn umno...