02 Mei 2010

Pengundi tak puas hati buat laporan polis

17 Jamadil Awal 1431H.


Beberapa pengundi Hulu Selangor yang tidak puas hati hari ini membuat laporan polis berhubung pengagihan wang tunai yang didakwa tidak setara dalam pilihan raya kecil parlimen itu Ahad lalu.

Ditemui di ibu pejabat polis di Kuala Kubu Bharu, wakil pengundi itu, Othman Moin berkata seramai 10 Orang Asli dari pelbagai kawasan di parlimen tersebut telah membuat laporan polis tersebut.

"Hari ini mereka berada di sini kerana tidak berpuashati dengan cara pengagihan wang tunai diuruskan... aduan mereka menyentuh pelbagai perkara," kata Othman (kanan, berjaket).

Beliau menambah, ada dari kalangan mereka kecewa apabila wang tunai untuk mengundi pihak tertentu seperti yang diarahkan tidak ditunaikan dan ada juga datang ke situ kerana mereka diugut.

Othman memberitahu terdapat 10 laporan polis dibuat. Bagaimanapun hanya seorang sahaja yang kelihatan memegang salinan laporan polis itu.

Menurut Chambah Mohamad, 53, dari Kampung Orang Asli di Serendah pula, pihak pengurusan pengundian di kampungnya menjanjikan wang tunai sejumlah RM100 setiap orang selepas mengundi.Malaysiakini/-

8 ulasan:

keyman berkata...

itu orang asli........melayu tak kisah

Awanama berkata...

hanya dengan umpan seratus dua mata dah jadi buta....

Awanama berkata...

Kisahlah sebab tu dia buat laporan polis. Yang lain camana, sonyap je? Dapat banyak kot?

Awanama berkata...

masih tak mengaku umno/bn main duit rakyat? rasuahlah tuuu.... menang dgn rasuah nak dipanggil apa ya? kena tanya fatwa ke?

Kuda Perang berkata...

Bagus orang asli lebih celik lagi drp sebahagian Melayu dHulu Selangor...

Awanama berkata...

Janji Melayu kata Najib.
Bagaimana dengan janji BN?
Bagaimana dengan janji UOMO?

Awanama berkata...

orang asli dah buka mata orang melayu..bila lagi

Awanama berkata...

ini maknanya org asli lebih cerdik dr sesetengah org felda