24 Mei 2010

Umno BN guna wang lesen judi untuk operasi politik

9 Jamadil akhir 1431H

KOTA BHARU, 23 Mei: Umno akan menggunakan wang yang diperolehi daripada hasil cukai lesen perjudian bagi menjalankan operasi politiknya, justeru adalah menjadi perangai pemimpin Umno apabila mengenal pasti wang diperolehi menerusi perjudian, maka mereka akan meluluskan lesennya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, orang Kelantan yang menjadi Timbalan Menteri Kewangan, yang pertama di Dewan Negara, mengisytiharkan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN meluluskan lesen judi bola sepak.

Beliau berkata, semasa Datuk Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan apabila menjawab soalan Parlimen ketika itu bahawa judi baru sudah ditambah 12 lesen.

“Kini apabila menjelang perlawanan bola sepak Piala Dunia, tiba-tiba kerajaan mengumumkan memberi lesen perjudian kepada Berjaya Gorup,” katanya.

Beliau menambah bahawa pemilik syarikat judi yang sama pernah pada 2008 menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan sebaik saja selepas tiga bulan PAS memerintah, namun permohonannya untuk lesen Empat Nombor Ekor itu tidak dilayan dan tidak diluluskan.

“Nasib baik kita menang Pilihan Raya Umum 2008, tetapi kalau timbalan menteri itu yang pada suatu masa didakwa bakal menjadi Menteri Besar Kelantan dari Umno itu menang dan menjadi Menteri Besar Kelantan, tentu sah hidup semula judi tersebut,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri bercakap pada Majlis Cakno Rakyat anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri di Kampung Kedai Buloh dekat sini malam tadi.

Menurutnya, sekiranya Umno BN hendak menunjuk cerdik di hadapan Allah SWT, tetapi janganlah melanggar larangan Allah yang terang disebut larangan judi di dalam Al-Quran.

“Orang kampung mengerti hukum judi itu, tetapi kalau menteri tidak mengerti ayat Al-Quran (maka) ‘gong benarlah’, dan itulah menyebabkan berlaku kemurkaan dan bala banyak di negara ini oleh banyaknya maksiat dilakukan.

“Sedangkan Ketua Pemuda DAP dari Pakatan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook sendiri menyatakan tidak bersetuju lesen judi bola itu diluluskan, diikuti tidak bersetuju ialah anak Allahyarham Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin, bahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga menyatakan tidak bersetuju.

“Pak Lah berkata, persoalan lesen judi bola sepak itu mestilah kerajaan mendengar apa rakyat mahu,” katanya.

Husam berkata, pemimpin Umno mestilah menarik balik lesen judi bola itu dan kalau Umno tidak mahu mendengar kenyataan bekas presiden mereka, maka apatah lagi hendak mendengar ayat Al-Quran.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM,
INILAH MAKSUD DAN TAFSIRAN SEBENAR 1MALAYSIA PM NAJIB 'RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN'...

1.RAKYAT DI DAHULUKAN UNTUK =DI TIPU DGN JUDI
BERJUDI SUPAYA BERANGAN2 BOLEH KAYA DGN DUIT HARAM, YG SEBENARNYA DI TIPU OLEH PENGANJUR... YG KAYANYA PENGANJUR DAN KERAJAAN MALAYSIA YG MEMBERI LESEN DAN BERSUBAHAT MENIPU RAKYAT MALAYSIA.
2.RAKYAT DI DAHULUKAN UNTUK = BERHIBUR SETIAP HARI DAN MALAM
BUKA TV ADA RANCANGAN NYANYI, NYANYI & NYANYI...
NEGARA BOLEH MAJU KE DGN MENYAYI???
RAKYAT DI LALAIKAN DGN HIBURAN YG MELAMPAU SUPAYA TIDAK BERFIKIR TTG PENYELEWENGAN AHLI2 POLITIK BN DAN PENYELEWENGAN YG MEREKA LAKUKAN.
3.RAKYAT DI DAHULUKAN UNTUK = NAIKKAN CUKAI UNTUK MENAMPUNG KERUGIAN SALAH URUS WANG NEGARA.
SEMUA RUGI, DULU BANK NEGARA RUGI, YG TERBARU SIME DARBY RUGI...YG TAK RUGI SYARIKAT JUDI, ARAK SEBAB ITU RAMAI AHLI2 POLITIK UMNO MELABUR DLM SYARIKAT JUDI DAN ARAK.
RAKYAT KENA BAYAR CUKAI UTK TAMPUNG KERUGIAN SYARIKAT2 YG DI KENDALIKAN KERAJAAN.

1.PENCAPAIAN DI UTAMAKAN=PENCAPAIAN DUIT RM, RM, RM...TAK KIRA HALAL HARAM...JUDI BOLA UNTUNG BESAR UTK CUKAI KERAJAAN, MAKA MELELEH AIR LIUR PUAK2 YG TAK KENAL HALAL HARAM INI, LEPAS NI BOLEHLAH TAMPUNG KERUGIAN SIME DARBY DGN DUIT NI KOT???
2. PENCAPAIAN DI UTAMAKAN=HIBURAN DI TV, NYANYI, NYANYI, NYANYI...MUNGKIN NAK JADIKAN MALAYSIA NEGARA RAKYATNYA PALING RAMAI PENYANYI DI DUNIA. BOLEH EKSPORT KE LUAR NEGARA, PENDAPATAN KPD NEGARA! SEBENARNYA SEMUA PENYANYI ITU DI TIPU, YG UNTUNGNYA SYARIKAT HIBURAN SBB RANKING TINGGI BILA RAMAI TENGOK TV DIA...MELAYU PALING RAMAI TENGOK...MELAYU MUDAH DI TIPU.
3.PENCAPAIAN DI UTAMAKAN=AKAN ADA MCM2 AKAN DI BUAT KERAJAAN UTK DAPATKAN DUIT SELAIN CUKAI, YG TERBARU KESALAHAN SAMAN KENA PENALTI. KONONNYA JPJ YG NAK KERAJAAN NAIKKAN, PADAHAL KERAJAAN SENDIRI YG NAK RM RM RM.

DUIT JUDI NI AKAN DI GUNAKAN DLM PILIHANRAYA AKAN DATANG??? TAK MUSTAHIL...HABISLAH RAKYAT MALAYSIA GELAP PERUT BUTA HATI JIKA TERMAKAN DUIT JUDI NI...AKHIRNYA BALA ALLAH YG DATANG. HARAP2 BALA ALLAH HANYA TERKENA PD PUAK2 UMNO DAN YG TAK BANTAH SAHAJA, SEBAB ORG2 PAS DAH BUAT BANTAHAN TERHADAP JUDI BOLA.
YA ALLAH YA TUHANKU LINDUNGILAH ORG2 ISLAM (YG BUAT BANTAHAN) DARI TERKENA BALA MU YA ALLAH. AMEEN YA RABBAL ALAMEEN.

Abu Hasan Chan berkata...

Apabila pemimpin yang mungkar itu menganjurkan perkara durhaka kepada Allah , nanti bila Allah turunkan bala kerana itu ...buka pemimpin saja yang kena murka , bahkan rakyat jelata turut terkena :

" Dan jagalah diri kamu daripada dosa yang bukan saja akan menimba orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus ( tetapi akan menimpa kamu secara umum ) ...{ al-Anfal (8):25 }

Tanpa Nama berkata...

http://www.facebook.com/home.php?#!/group.php?gid=122849934408438

boikot

Tanpa Nama berkata...

Horreyyyy!!!!!!!
Nampak nya mesti dapat dua bulan BODI (bonus judi) lah tahun ni. Lepas tu apa susah kita pakat berjudilah pulah (kalau tak haram)