29 Julai 2010

4 lepas tuduhan menghasut

16 Syaaban 1431 H

Keempat-empat lelaki yang dituduh menghasut dalam 'perhimpunan kepala lembu' bagi membantah pemindahan kuil di Shah Alam Ogos tahun lalu terlepas daripada dikenakan sebarang hukuman.

Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Hasbi Hasan berkata, kesemua tertuduh bawah Akta Hasutan 1948 itu "dilepaskan tanpa dibebaskan" setelah pihak pendakwaan memutuskan tidak meneruskan proses itu.

Penglibatan Ibrahim Sabri, Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, Ahmad Suhairy Zakaria dan Mohd Hilmi Ali dalam perhimpunan kontroversi itu dituduh mempunyai "kecenderungan menimbulkan perasaan tidak puas hati antara kaum."

Pihak pendakwaan, diketuai Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof berkata mereka tidak meneruskan pendakwaan kepada pihak berkenaan kerana dua lagi yang dituduh telah mengaku salah.

Dengan keputusan mahkamah hari ini, kesemua mereka lepas daripada hukuman didenda tidak lebih RM5,000, dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, seorang dua lagi yang didakwa bawah akta yang sama dikenakan hukuman selepas menukar pengakuan kepada bersalah .

Eyzva Ezhar Ramli dijatukan hukuman denda RM3,000 dan seminggu penjara makala Mohd Azmir Mohd Zain pula hanya didenda dengan jumlah yang sama.

Pihak pembelaan sebelum itu meminta Eyzva Ezhar dan Mohd Azmir diringankan hukuman kerana mereka tiada kencenderungan menimbulkan perasaaan tidak senang pada hubungan kaum, telah menyesal, insaf dan berjanji tidak mengulanginya lagi.

Walaupun mempertimbangkan rayuan tersebut, hakim mengakui penghujahan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof bahawa dalam masyarakat berbilang kaum, sensitiviti perlu dijaga.

Hasbi juga menasihatkan tertuduh lebih prihatin dan berfikir sebelum melaksanakan sesuatu perkara.

"Semoga perkara ini menjadi pengajaran supaya pihak lain tidak melakukan perkara yang sama," katanya.

Malaysiakini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Set otak macam lembu