20 Ogos 2010

8 maut dalam letupan di Xinjiang

9 Ramadhan 1431H.

URUMQI, China: Media kerajaan melaporkan letupan sebuah kenderaan membunuh tujuh orang dan mencederakan 12 yang lain di wilayah Xinjiang.

Agensi Berita Xinhua melaporkan sebuah kenderaan tiga roda meletup pagi ini di atas sebuah jambatan di bandar Aksu di barat daya Xinjiang. Laporan itu tidak menyatakan butiran lanjut. Xinjiang menjadi lokasi konflik etnik sejak beberapa tahun lalu, termasuk rusuhan tahun lalu yang membunuh hampir 200 orang. - AP

Tiada ulasan: