25 September 2010

Bekas Calon PKR DUN Kuala Kurau 1999 meninggal dunia.

16 Syawal 1431H.

Telah meninggal dunia, Hj Zainuddin bin Abdul Rashid calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam PRU ke 10 tahun 1999 bagi DUN Kuala Kurau jam 5.40 ptg tadi, bagi yang mengenali dan ingin ziarah, jenazah di Taman Seri Tenggara Parit Buntar berhadapan Surau Ubudiah .

Almarhum semasa hayatnya pernah menjadi Pengurus Bank Islam Parit Buntar sebelum meletakkan jawatan untuk aktif sepenuh masa dalam politik pada tahun 1999.

Disamping itu beliau juga merupakan seorang yang aktif dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan pernah menjawat Pengerusi PKR Cabang Parit Buntar.

Pada piliharaya tahun 1999 itu calon dari BN, Ahmad Shariffudin A.Aziz telah mendapat 6,941 , mengalahkan Zainuddin Bin Abdul Rashid (KEADILAN) yang mendapat 6,427, dan calon PAS, Asman Bin Ismail mendapat 846 undi.

Al Fatihah...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah mencucuri rahmat.Drpd Sahri Awang ,kawan seangkatan di BIMB Parit Buntar al fatihah

Geng Muda berkata...

Assalamalaikum. Saya mewakili seluruh ahli keluarga arwah mengucapkan terima kasih kepada YB dan seluruh penyokong Pakatan Rakyat kerana sudi hadir menziarahi janazah. Mohon keampunan dan kemaafan sekiranya ada kesilapan yang dilakukan oleh beliau. Semoga ABAH tenang berada 'di sana'.
Amin Ya Rabbal A'lamin...

Muhammad Zhofran Bin Zainuddin.