23 Oktober 2010

Ribuan himpun bantah festival busana Islam

15 Zulkaidah 1431H.

Sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS di adakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.


Demontrasi itu berlangsung Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan di Pahang dan Masjid Pengadang Baru di Kuala Terangganu. Manakala dua lagi bantahan berlangsung di Pulau Pinang iaitu di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh dan Masjid Hashim Yahya.

Semua bantahan itu diadakan selepas solat Jumaat yang disertai oleh ahli jamaah yang selesai menunaikan solat berkenaan.

Umumnya, ucapan yang disampaikan oleh pemimpin Pemuda PAS menegaskan tindakan penganjuran festival yang memaparkan model yang memperagakan pakaian dengan tulisan "Muhammad" secara terbalik dalam tulisan Arab adalah satu penghinaan kepada Islam.

Tak sempat berucap

Di Masjid Sultan Ahmad Shah, bantahan berkenaan diketuai oleh ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan, yang turut disertai antaranya ketua Pemuda PAS negeri Suhaimi Said.

Perhimpunan yang berlangsung selama setengah jam bermula 1.50 petang disertai kira-kira 1,000 jemaah termasuk penyokong parti sebelum kira-kira 15 anggota polis mengarahkan perhimpunan itu dihentikan.

"Saya tidak sempat hendak berucap. Polis mengarahkan kira berhenti. Kita mematuhi arahan polis dan tiada tangkapan dibuat," kata Nasrudin kepada Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru, bantahan aman diketuai oleh ketua Pemuda PAS negeri Mohd Nor Hamzah. Beliau juga adalah ADUN Bukit Payung.

Ahli jawatankuasa PAS Terengganu Azman Shapawi Abd Rani turut menyampaikan ucapan berhubung isu tersebut sewaktu dalam perhimpunan itu diadakan.

"Tidak sepatutnya festival ini dianjurkan oleh orang Islam. Ia nampak seolah-olah penghinaan kepada Islam.

Kita kata festival fesyen Islam, tapi model berpakaian menjolok mata. Ia satu penghinaan dan tidak sepatutnya berlaku di dunia," katanya.

Perhimpunan selama 30 minit itu, itu dihadiri kira-kira 1,500 yang selesai menunaikan solat Jumaat, berlangsung dengan aman tanpa kehadiran anggota polis.

Sementara itu, ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah mengetuai kira-kira 200 ahli jamaah dan penyokong parti itu dalam perhimpunan aman di Masjid Permatang Janggus.

Mufti, ulama muda Umno dicabar

Dalam ucapannya antara lain mencabar semua mufti dan ulama muda Umno untuk menjelaskan isu berkenaan yang didakwanya menghina Islam dan Rasulullah SAW.

Bantahan itu berlangsung selama 30 minit tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.

Sementara itu, beberapa buah negeri antaranya Perlis dan Kedah dikatakan masih merancang mengadakan demonstrasi kerana "rakyat perlu mengambil masa untuk memahami isu berkenaan".

Manakala Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membatalkan hasrat mereka mengadakan bantahan. Mereka, sebaliknya mengambil pendekatan untuk berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.



malaysiakini/-

6 ulasan:

Awanama berkata...

Mufti perak Datuk harunsani tak nak keluar kenyataan ke?

Awanama berkata...

saya nk ketawa. 9 ogos festival itu berlangsung... dan skrg baru nk main isu ini? knp? bukankah media baru (internet) mainan pembangkang skrg tapi media baru ni bagi info lambat ke? hahaha... *guling2 ketawa*
bagus bantah. lambat atau cepat tak jadi masalah tapi macam ada udang di sebalik batu. oh lupa sesuatu perlu di"GALAS". takde isu lain, IFF pun jadilah.

Awanama berkata...

Ya..Mana Haru sani...????

Awanama berkata...

Tanda-tanda akhir zaman, ada ulama kaki kipas dan kaki bodek. kini anak orang PAS pun dah jadi pencacai UMNO. Siapa ? Fikir-fikirlah sendiri.

Awanama berkata...

... isu remah la beb. banyak menda lagi yang kita orang islam kena fikir. orang lain sibuk nak membina kekayaan dan kekuatan politik. tapi orang melayu ... gua gelak pun sudah cukup laa. patutlah melayu semakin lama semakin hancuuus..

Awanama berkata...

cuba tengok gambar yang last tu. rumah2 yang ada dalam gambar tu (backgruond), sah rumah orang melayu punya. sekali tengok macam kandang xxxbxxx jer. makan pun tak berapa nak cukup, nak asyik buat demo lagi. piiraaah ... lu pi keja lagi baik.