03 November 2010

Orang Asli 'ranjau' BN di Galas

25 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Zakaria Hazlan & K Salhan Ahmad

Untuk sekian lama, masyarakat Orang Asli dianggap sebagai 'simpanan tetap' dan kubu kuat BN, tetapi tetapi jika rungutan di peringkat akar rumput itu benar, maka mereka mungkin menjadi 'ranjau' yang mungkin menghalang, jika tidak pun, menjejaskan kemenangan BN di Galas.

Walaupun ramai menganggap mereka sebagai masyarakat sederhana dan tidak komplikated, mudah dipengaruhi oleh bantuan pihak pusat, tetapi Orang Asli, terutamanya di kalangan generasi baru, kini mempunyai aspirasi melepasi setakat menerima bantuan pihak persekutuan.

Seorang penduduk perkampungan Orang Asli Balar, Mustapa Alwie berkata hati masyarakat itu 'terluka' setiapkali mereka dianggap sebagai golongan miskin tegar.

"Setiap kali memberikan bantuan mereka selalu kata yang kami miskin tegar.

"Kami tidak miskin, jika kami miskin, kami tidak akan dapat datang ke sini," keluh Mustapa , 41, (kiri) seorang bekas tentera, yang juga setiausaha Umno cawangan di situ.

Beliau juga kesal kerana janji-janji yang ditunaikan oleh kerajaan persekutuan juga tidak seberapa dan bukan sesuatu yang konkrit.

Seorang penduduk Balar Seman aweng, 50, memberi contoh sebuah jambatan berhampiran perkampungan itu yang mereka pohon.

"Mereka bina sebuah jambatan kecil, yang tidak cukup besar pun untuk dilalui motosikal dengan selamat," katanya.

Seman (kanan) menceritakan bahawa hubungan mereka dengan bantuan kerajaan persekutuan adalah seperti rumah singgah yang dibina di permulaan laluan menuju ke perkampungan Orang Asli di kawasan pedalaman.

"Mereka memanggilnya rumah 46 atau Rumah Sandang. Seorang lelaki bernama Sandang tinggal di sana dan menjaganya. Dia adalah orang kepercayaan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah. Itulah tempat kami tinggal ketika kami datang ke bandar. Sekarang dia telah meninggal dunia dan tidak ada orang lain yang benar-benar menjaganya."

Walaupun seorang dari pejabat tanah ditugaskan untuk menjaga rumah tersebut, tetapi keadaannya tidak seelok dahulu dan kini dalam keadaan menyedihkan, dengan atapnya bocor dan lantai pula reput.

Menurut Mustapa, mereka telah mengundi dalam lima pilihan raya umum, tetapi hampir tiada apa yang boleh ditunjukkan hasil mereka menyokong BN.

'Tanah rayau' semakin susut

Jamali Along, 24, dari perkampungan Pasik, pula berkata walaupun
tanah diambil dari mereka dan penebangan yang berterusan sejak tahun 60-an dan 70-an, tetapi tidak memberi manfaat kepada Orang Asli.

"Jika kita bertanya mengapa tidak ada projek di tanah kami untuk kami, mereka kata ianya terlalu jauh dan membabitkan kos yang terlalu mahal. Tapi bila tanah kami diambil, mereka akan membangunkannya dan memberinya kepada orang lain, kami tidak dapat apa-apa.

"Hanya yang dapat kami lihat adalah jejak tayar dan debu kenderaan balak," kata Jamali (kiri).

Perhatian utama mereka pada masa ini, kata Mustapa, adalah tanah adat mereka atau tanah rayau Orang Asli bergantung untuk hidup, yang terus susut kerana penebangan balak dan pembangunan.

"Kami ingin bebas, yang penting adalah tanah rayau kami. Ini cara hidup kita. Kami ingin berjalan selama berhari-hari mencari sumber di hutan. Jika enam hektar, kita boleh berjalan hanya satu petang," keluhnya.

Malaysiakini/-

Tiada ulasan: