08 November 2010

Pemuda PAS Perak teruskan bantah terhadap Rosmah dan Zambry di Taiping

1 Zulhijjah 1431H.
SAFARIZAL SALEH

TAIPING, 5 November: - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Taiping meneruskan bantahan terhadap Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia dan juga Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak berikutan melakukan perbuatan bercanggah dengan Islam.

Hampir 200 orang jamaah selepas Solat Jumaat di Masjid Daerah Taiping berhimpun membantah kedua-dua orang tokoh penting di dalam negara dan negeri tersebut. Himpunan di hadiri oleh Zawawi Hassan yang juga Ketua Pemuda PAS Perak.

Di dalam ucapannya, beliau meminta kedua-dua tokoh tersebut menyedari akan perbuatan mereka itu telah menyentuh umat Islam dan meminta agar mereka berdua mengakui serta bertaubat di dalam menjalankan perbuatan yang telah mencemar Islam itu.

"Kami mendesak agar mereka mengakui perbuatan tersebut telah mencemar nama baik Islam dan sudah tentu mereka yang beragama Islam mesti bertaubat dan mengaku akan kesalahan tersebut supaya tidak menjadi ikutan serta contoh tauladan kepada umat Islam" tegas Zawawi.

Tiada ulasan: