15 November 2010

Zaid akhirnya keluar PKR seperti dijangka

08 Zulhijjah 1431 H

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Datuk Zaid Ibrahim akhirnya keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) — sebagaimana telah dijangkakan ramai sebelum ini, seminggu selepas mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Isnin lalu, beliau mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden atas alasan diselubungi kepincangan dan kecacatan.Malah ketika itu beliau juga mengumumkan akan melepaskan kesemua jawatan dalam parti dan hari ini memutuskan untuk meninggalkan PKR.

“Saya tahu hari saya dalam parti (PKR) sudah dihitung kerana pemimpin — pemimpinnya secara terus-menerus menyerang saya,” kata Zaid yang menyertai PKR 18 bulan yang lalu.

Kata Zaid, beliau mengambil keputusan keluar PKR kerana mahu memutuskan hubungan dengan pembohong dan penipu.

Minggu lalu, Zaid turut meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Zaid, penyelaras Pakatan Rakyat, menyertai PKR pertengahan Jun 2009 selepas dipecat oleh Umno beberapa bulan sebelum itu, di mana beliau juga kritikal dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Kelmarin, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno tidak akan menerima beliau kembali.

Dalam temu bual dengan The Star edisi hari ini, Zaid berkata, “saya tidak jelek dengan parti tetapi jelek dengan pemimpin-pemimpin yang sakit dalam parti.”

Zaid mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang.

Malah kata Zaid, beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil.

Zaid, yang berada dalam Umno selama 23 tahun, sebelum ini merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan anggota Biro Politiknya.

Pada April lalu beliau bertanding di pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Malaysian Insider/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biar lah dia nak keluar... Pengasas PKR adalah DSAI so knp pula Zaid nak suruh tuan rumah keluar. Kalau tak suka dgn PKR, buatlah parti sendiri. We all know kes liwat DSAI adalah fitnah UMNO. Bila takde mengundi je, senyap Si Saiful tu. We all pun graduate & bermasalah dgn kewangan tp mati hidup semula pun nak jumpa PM jauh panggang dari api PM nak spend masa utk kami. We all also know, sistem kehakiman negara nazak sejak era Tun Mahathir lg. Takpelah biar Allah membalas pemimpin2 yg zalim & membuat fitnah. We all bkn fanatik pada DSAI tp we all protes sbb pemimpin UMNO tamak, menyusahkan & membebankan rakyat, menghabiskan harta negara dgn berpoya2 & bermewah2. Sana sini rasuah... sbb UMNO menghalalkan duit suapan.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang istimewanya orang seperti Zaid ini? Apakah perjuanganya selama berpolitik ini telus dan berwawasan? Barangkali wawasan untuk dirinya sendiri yang tidak kesampaian lantaran bertukar platform karrier politiknya tapi tidak sepanjang mana dalam kesempatan mengambling tenaga untuk memajukan harapan rakyat disebalik kepimpinanan pengaruhnya. Beliau tak ubah seperti ular bercabang lidah, laluan berbelit tdak sekuat belitan yang kita harap-harapkan.Nak merajuklah sangat tak sesuai lagi dengan prinsip murahan masakini.Sejauh manalah manusia seperti ini boleh membawa kemajuan kepada umat semua? Beliau tak ubah seperti singa patah taring yangmana kalau diasah bukanlah tajam tapi ngilu sengilu-ngilunya.Eloklah kalau diperingkat ini beliau telah menunjukkan jalan buntunya dalam era politik masakini, dan jika nak tubuhkan sesuatu institusi politik yang baru pastinya bukanlah masa yang sesuai lagi apalagi dengan usia gejolak yang tak mungkin terbawa olehnya dalam terowong politik nun jauh berjela-jela sayup kehadapan yang tidak mungkin kesampaian tapi teramat rugi dan mengaibkan sekali! masya allah!!