04 Disember 2010

Perlembagaan Perak dpinda tanpa majoriti 2/3

27 Zulhijjah 1431H.

Satu usul yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bagi meminda perlembagaan negeri diluluskan oleh dewan undangan negeri itu tanpa mendapat sokongan majoriti dua pertiga.

Sebelum usul dibentangkan, Khalil Idham Lim Abdullah (PAS -Titi Serong) membantah perkara itu. Hujahnya, enakmen undang-undang negeri mesti dibentang sebelum pindaan perlembagaan.

Enakmen seumpama itu memerlukan beberapa kali bacaan sebelum dewan mengundi dan ia mesti mendapat kelulusan dua pertiga .

Selepas berperang mulut, Zambry merujuk kepada penasihat undang-undang negeri, Ahmad Kamal Md Shahid dan beliau kemudiannya merujuk perlembagaan negeri dan bersetuju dengan menteri besar bahawa sekadar membentangkan usul adalah memadai.

Berikutan itu, usul berkenaan diluluskan dengan majoriti mudah. Ia disokong oleh 29 ADUN BN dan tiga ADUN Bebas yang berpaling tadah.

Semua 27 ADUN Pakatan Rakyat memilih untuk berkecuali dan tidak mengundi.

Selepas usul diluluskan, speaker, Datuk R Ganesan menagguhkan sidang dewan negeri Perak.

Usul khas itu timbul berikutan mesyuarat kali ke-147, Istana Perak yang diketuai oleh Sultan Raja Azlan Shah pada 12 Ogos lalu. Banginda menitahkan Artikel 58 (1)(a) bahagian Kedua, Perlembagaan Negeri Perak dipinda.

Pindaan itu bagi membolehkan empat lagi Raja Bergelar dengan jawatan Raja Kecil Besar, Raja Kecil Sulong, Raja Kecil Tengah and Raja Kecil Bongsu dimasukkan dalam kerabat Istana.

Pada sidang akhbar selepas itu, Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan rasa tidak puas hatinya mengenai cara perlembagaan dipinda.

Rakannya, Ngeh Koo Ham, ADUN Sitiawan dari DAP berhujah Artikel III (3) Perlembagaan Negeri Perak secara jelas mentakrifkan bahawa perlembagaan hanya boleh dipinda melalui enakmen dewan undangan negeri.

Ngeh, yang juga seorang peguam berkata Article III (4) Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan pindaan hanya boleh dibuat jika ia disokong tidak kurang daripada dua pertiga anggota dewan.

Malaysiakini/-

5 ulasan:

Awanama berkata...

Zambry ni memang bodoh bertambah-tambah bodohnya bila perlembagaan pun dia tak faham. Bertambah lagi bodohnya si zambry ni melakukan tindakan bodohnya didalam negeri yang dinaungi sultan yang arif dengan undang-undang. Inilah keluhuran perlembagaan yang dibanggakan umno. Besar betul agenda umno di perak sampai terdesak menonjolkan kebodohan demi kebodohan....

hadi al huda berkata...

tuan penasihat! apa pandangan!....
25 persen....!

Awanama berkata...

dia nk kekal jadi mb la tu.... tu pasal apa saja kepentingan sultan dia ikut.. org yg bertuhankan manusia la katakan,.....

Awanama berkata...

itulah bangang kalau jadi mb ikut jalan belakang, semua benda main redah je..........harap-harap tak ada lagi mb sebodoh zambry

Awanama berkata...

tak pe bila tiba giliran pr memerintah, baru mereka sedar yg mereka buat seblm ni memakan diri sendiri. lihat saja apa yang terjadi bila kuasa penuh diberikan kepada Speaker Dewan. umno mula kelam kabut bila yb dia kena tindakan.