31 Januari 2011

Cikgu Mala : Terima kekalahan dan redha.

Normala Sudirman menyampaikan ucapan selepas diumumkan tidak menang dalam cubaan pertamanya sebagai calon PAS PRK Tenang.


26 Safar 1432H.

LABIS : Calon PAS, Normala Sudirman dengan tenang berkata, meskipun kalah pada PRK Dun Tenang, beliau tetap menyifatkan ia satu kemenangan di sisi Allah SWT kerana seluruh jentera parti berani untuk menentang Umno B. Ucapan tersebut dilakukan dihadapan penyokong Pakatan Rakyat di Dataran Cikgu Mala malam tadi selepas SPR mengumumkan kekalahannya ditangan calon BN, Mohd Azahar yang mendapat 6699 undi berbanding Cikgu Mala, 2992 undi.

Beliau juga redha dengan keputusan tersebut kerana beliau telah berazam untuk menjadikan perjuangannya dalam PAS untuk mendapatkan redha Allah.

Hadir sama dalam majlis ceramah tersebut ialah 2 orang Naib Presiden PAS, YB. Salahuddin Ayub dan YB.Dato' Hj Mahfuz Omar serta Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Bin Mohamad.

Pimpinan PAS yang hadir.


Cikgu Mala juga pada kesempatan itu mengucapkan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera parti yang sanggup berkempen bersamanya sejak dia diputuskan menjadi calon.

"Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera parti yang sanggup bersama-sama saya sejak awal saya diumumkan sebagai calon," katanya

"PAS kalah di kawasan kubu kuat Umno adalah perkara biasa," kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar yang berucap dalam majlis yang sama.

Namun kata Mahfuz PRK Dun Tenang menyaksikan Umno BN terpaksa berhempas pulas dan menurunkan bala tentera untuk mengekalkan kemenangan mereka di kawasan ini .

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya amat berbanga atas perjuangan keberanian cikgu Mala Kita terima kekalahan dengan redha.

dlines berkata...

sabar dengan ujian ini.perjuangan islam bukan setakat tetapi perjuangan yang berterusan hingga akhir hayat.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Mala. Anda sebenarnya telah menang kerana memberikan ruang dan kesempatan untuk orang di Tenang yang mahukan Islam ditegakkan dibumi ini menunaikan tanggungjawab mereka. Malah orang bukan Islam yang mahukan integriti dan keadilan ditegakkan di bumi ini.
Tahniah.....tahniah.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah cikgu..

Janganlah kita berduka cita dengan kekalahan..... perjuangan kita masih jauh.... guru-guru semalaysia bersama dibelakangmu..

Tanpa Nama berkata...

Semoga cikgu Mala sentiasa dalam kesejahteraan, bimbingan serta lindungan Yang Maha Esa....amin

Tanpa Nama berkata...

Jangan putus asa sebagaimana kita katakan kepada anak didik kita. Kita juga harus didik diri kita supaya tidak mudah berputus asa. InsyaAllah kebatilan akan lenyap, dan kebenaran akan timbul jua akhirnya. Yg penting kita teruskan perjuangan! Smoga perjuangan kita lambat laun akan diberkati dan diredhai Allah jua, insyaAllah

Tanpa Nama berkata...

kami guru malaysia sentiasa dibelakang anda.....takbir ...bila ramai orang jahil atas dunia ini maka ramailah pengampu pemimpin fasik dan zolim...

AhmadZakaria berkata...

Assalaamualaikum.. Inilah Sunnah perjuangan. Tahniah dan Syabas kepada Cikgu Mala walaupun belum dikurniakan kemenangan. Sudah PASTI ada hikmah disebaliknya. Harap Pimpinan PAS dapat terus menjaga/memantau kebajikan Cikgu Mala sekeluarga (terutamanya suami) yang mungkin berhadapan dengan gangguan kerjayanya oleh UmNo/Bn.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah cikgu..........perjuangan kita hari ini akan dibalas dihari akhirat..islam pasti menang akhirnya.

Ahmad Pas berkata...

Tahniah..cikgu Mala saya bangga dgn keberanian saudari berjuang kerana Allah...Semoga Allah memberkati hidup anda...Walaupun pada perkiraan dunia kita tewas...namun Allah tetap menilai usaha kita untuk menegakkan Islam...Apalah hebatnya dunia yang sementara ini jika dibandingkan dengan syurga Allah yang kekal selamanya...Kita akan terus berjuang sama ada kita menang atau kita mati syahid kerananya.

Tanpa Nama berkata...

dakwah larangan bersentuhan kulit bukan mahram jelas berjaya disebarkan. walaupun belum menang PRK kemenangan dakwah sudah tercapai

Tanpa Nama berkata...

Tahniah cikgu Mala, walaupun anda cikgu, tapi lebih mulia dari ustaz umno. Kita berdoa dan berjuang terus demi Islam.

Pas Bakri berkata...

Tahniah buat cikgu Normala teruskan perjuangan.