18 Februari 2011

Kompaun lalu lintas bakal tumbangkan BN


15 Rabiulawal 1432H [MOD] -
KUALA LUMPUR, 18 Feb: Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat kadar kompaun yang bakal dikuatkuasakan akan menjadi salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Pengerusi PRM Wilayah Persekutuan, Zulkarnain Abdullah berkata, BN akan tumbang jika kompaun itu tidak dikaji semula demi rakyat yang kini menghadapi masalah ekonomi yang sangat teruk.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku kononnya beliau prihatin terhadap rakyat, tetapi menaikkan kadar kompaun di waktu ekonomi negara sangat teruk.

PRM, katanya berpendapat bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu lebih mengutamakan langkah-langkah keselamatan untuk menurunkan kadar jenayah yang kini sangat membimbangkan di negara ini berbanding dengan kompaun lalu lintas yang hendak diselaraskan pada 1 Mac 2011 nanti.

“Tidakkah ini bertentangan dengan apa yang digembar-gemburkan?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

1 ulasan:

akulajuki berkata...

Kompaun ini akan jadi seperti isu-isu lain yang pernah berbangkit sebelum ini. Antaranya ialah cadangan melupuskan kenderaan yang berumur 15 tahun keatas, setelah diputuskan untuk dilaksana tetapi mendapat bantahan awam maka ianya dibatalkan. Memberi gambaran seolah-olah kerajaan (BN-Umno) prihatin dengan keluh-kesah rakyat.

Isu kompaun ini pun berkemungkinan akan berakhir macam tu jugaklah. Selepas menadapat reaksi negatif orang ramai sekali lagi kerajaan (BN-Umno) akan membatalkan perlaksaannya menjelang pilihanraya. Mereka saja nak test reaksi awam, ini taktik baru. Lepas meraka batalkan bolehlah jaja sebagai modal politik murahan dengan mendakwa bahawa kerajaan (BN-Umno) prihatin terhadap rakyat. Ini belajar dengan YAHUDI-APCO.