13 Februari 2011

Orang Asli parah diserang harimau

10 Rabiul Awal 1432H.

IPOH 13 Feb. - Seorang penduduk Orang Asli cedera parah selepas diserang seekor harimau ketika dia sedang menyumpit di kawasan hutan berhampiran rumahnya di Perkampung Orang Asli Sungai Tiang, Hutan Belum, Gerik, 200 kilometer dari sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Supritendan Wan Jamil Wan Chik berkata, Tambun Gering, berusia 50-an, mengalami kecederaan parah di kepala, badan dan kaki kiri dalam kejadian pukul 9 pagi semalam.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan dan dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut, katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Jamil berkata semasa kejadian, Tambun dikatakan pergi menyumpit tupai kira-kira 10 meter dari rumahnya.

"Tanpa disedari harimau berkenaan tiba-tiba menyerang mangsa dari arah belakang menyebabkan kedua-duanya bergelut,” katanya.

Isteri Tambun yang mendengar jeritan suaminya itu kemudian datang membantu dengan mengetuk kepala harimau itu beberapa kali dengan kayu sebelum haiwan liar itu meninggalkan mereka. - Bernama

1 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Isteri Tambun wanita hebat setanding Wan Azizah. Mampukah isteri PM bertindak gagah seperti kedua wanita ini.

Rasa2nya menjahanamkan masa depan suami sudahlah pasti dengan dendangan lagunya yang syok sendiri.

' Pandanglah! lihatlah! tiru macam saya '

Iktibar pada ibu2 supaya menasihatkan anak2 agar jaga penampilan biar sopan...jangan tembun2 sangat...jangan plastikkan muka...jangan cucuk2 muka , jangan cucuk2 hidung suami...berdosa!!

Jadi isteri kena jadi seperti isteri Tambun takpun macam Wan Azizah.

Anak2 tentu bangga dengan kehebatan mak yang mampu memikul beban ketika bapa dalam bahaya.