05 Februari 2011

Pas Miri : Ziarah muhibbah sempena Tahun Baru Cina

2 Rabiul Awal 1432H.

MIRI : PAS Kawasan Miri melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Miri dan Dewan Muslimat PAS telah menganjurkan ziarah muhibbah ke keluarga masyarakat Tionghua di sekitar DUN Senadin dan Krokop. Program ini bertepatan dengan slogan "PAS For ALL" yang telah diadaptasikan dalam perjuangan PAS selama ini.

Program bermula dari malam tahun baru Cina dengan sebaran sms "Gong Xi Fa Cai,Xin Nian Quai Le.Happy Chinese New Year from Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri.Yue Liang Dai Biao Wo De Xin(Moon Represents My Heart)" kepada seluruh penyokong Pakatan Rakyat Miri khasnya yang menyambut perayaan tersebut.

Program ziarah Tahun Baru Cina diketuai sendiri oleh YDP PAS Kawasan Miri,Tuan Haji Jofri Jaraiee, Setiausaha DHPP Miri,Mr Yeo dan pimpinan Muslimat dan Pemuda Kawasan. Rombongan yang mulakan ziarah sejak tengahari sehingga waktu Asar disambut meriah dan penuh ceria oleh masyarakat Tionghua sekitar DUN Senadin dan Krokop. Lebih manis
lagi;program kali ini turut mendapat tetamu istimewa iaitu Dr Halimah Ali,Exco Kerajaan PR Selangor dari PAS ,yang merupakan anak jati Sarawak ,juga berbangsa Tionghua yang turut hadir di Miri bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan keluarga asal beliau di sini.

Bagi Dr Halimah,program Ziarah sebegini menzahirkan konsep PAS for ALL yang lebih relevan dan mendahului konsep BN 1Malaysia. Politik yang PAS majukan adalah berteraskan Politik Li Ta'arafu - politik saling menghormati, khususnya bagi negeri Sarawak yang bersifat majmuk, dan dengan ini,ia bertambah penting bagi PAS menyerlahkan sifat keadilan Islam yang mampu meraikan pelbagaian,tambahnya lagi.Turut mendapat perhatian dalam Ziarah kali ini adalah keluarga miskin dan Ibu tunggal sekitar Kg Sealine yang turut menerima sedikit buah tangan dari rombongan Muslimat PAS kawasan Miri. Sebanyak 7 keluarga menerima bantuan
barangan keperluan.

Pada sebelah malamnya, PAS Kawasan Miri telah menganjurkan Sesi Taklimat "PAS Ganti UMNO/PBB" di Pejabat PAS Kawasan Miri. Dr Halimah ali dalam pengisian 1.5 jam menegaskan sekiranya di DUN Selat kelang ,yang selama 50 tahun BN tidak pernah tumbang,tapi akhirnya dirampas oleh PAS melalui kemenangannya pada PRU yang lalu,maka tidak mustahil situasi sama akan berlaku pada PR DUN Sarawak akan datang khasnya kerusi DUN Miri.

Malah sejarah turut membuktikan kerusi DUN khasnya di Miri pernah tewas ketangan pembangkang. Beliau mengingatkan jentera khasnya DHPP dan Dewan Muslimat agar meneruskan program turun padang mendahului BN bagi memastikan maklumat dan dasar PR disebarluaskan pada rakyat disamping menunjukkan fakta kegagalan BN Negeri khasnya dalam mengurus tadbir ekonomi Sarawak yang mengakibatkan negeri yangkaya ini,tapi rakyatnya antara yang termiskin di Malaysia.

Secara simboliknya,beliau menegaskan bahawa Dacing(BN) kini sudah tidak lagi digunakan,malah disimpan dalam Muzium,tetapi peniaga lebih gemar menggunakan timbang elektronik yang berbentuk empat segi,dengan bulatan (PAS) ditengah.Jelaslah masa untuk rakyat memilih PAS sebagaipilihan terbaik untuk kini dan masa hadapan. Secara sinis beliau menyatakan BN ..0,PAS/PR...1,disebabkan beliau lebih awal sampai di Miri sebelum PM Najib.

2 ulasan:

Topo Ledo berkata...

silaturahim memang harus tetap dijaga dan ditingkatkan.
salam kenal dari orang Indonesia.Pererat Ukhuwah Islamiyah lewat blog

Tanpa Nama berkata...

Hahaha...bagus2...ziarah tanda persaudaraan...
Tapi Kerajaan BN dah lama buat dah...tp korang bagi alasan BN konon barua MCA hahaha...2X5...
Tak hairan lah...skrg ni apa yg BN buat korang buat juga...dialu2kan welcome to the Hell hehehe