24 Februari 2011

Teguran Nik Aziz persoal Islam saya tuduhan serius, kata Mahathir

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] - TERKINI
Tun Dr Mahathir Mohamad bertanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berapa banyak bukti yang Murysidul Am PAS itu perlukan untuk mendakwa beliau dan Umno adalah “kafir.”

Malah pada masa yang sama Dr Mahathir berkata tindakan Nik Aziz menidakkan keislamannya juga “satu tuduhan amat serius.”

“Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan Umno kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS,” kata bekas perdana menteri dalam tulisan terbaru blognya hari ini.

Tulisan Dr Mahathir (gambar) itu menjawab kenyataan Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir Umno baru-baru ini.

“Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, “tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini. Jadi nasionalis Umno didakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan, dia bertanya, ‘apa nama kerja ini’.”

“Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh Umno kafir,” katanya lagi.

Kata Dr Mahathir, Nik Aziz menuduh beliau “fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya.”

“Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan,” kata beliau lagi.

“Tetapi sebelumnya dia mendakwa ‘sokong PAS ertinya sokong Islam’. Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah – ‘Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah’,” kata beliau yang juga bekas presiden Umno.

Beliau seterusnya bertanya apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap “sokong PAS” baru jadi Islam dan sebelum itu kafir.

“Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan Umno tolak Islam selain daripada mendakwa Umno adalah kafir,” kata Dr Mahathir yang terlibat dalam ‘perang’ kenyataan menerusi blog dan facebook masing-masing sejak bulan ini.

Malah Dr Mahathir berkata, Nik Aziz juga membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi.

“Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik,” katanya sambil menambah, teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

Malah kata Dr Mahathir, teguran Nik Aziz menidakkan keislamannya adalah satu teguran dan “lebih tepat lagi satu tuduhan yang amat serius.”

“Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting,” katanya.

Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, kata Dr Mahathir, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

“Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja.

“Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu.Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan Kemelayuan mereka. Dan, sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi,” katanya lagi.

Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan selepas negeri itu jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya umum 1990 iaitu pilihan raya umum ketiga bagi Dr Mahathir selepas menjadi perdana menteri keempat.

Kini PAS bergandingan dengan DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat.(MInsider)

5 ulasan:

Awanama berkata...

Masalahnya Mahathir tolak hukum hudud iaitu hukum dari Allah, dia tuduh hukum hudud sebagai hudud PAS, jadi kalimah syahadat pertama 'Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,' dia tolak, malah dia bimbang dalam isu kalimah Allah, jika orang kafir menulis 'God is dead' kepada 'Allah is dead' maka akidah orang Islam terjejas (rujuk dari http://mahathir-mohamad.blogspot.com/2010/01/kontroversi-kegunaaan-kalimah-allah.html bertarikh 3 Januari 2010), sedangkan orang Islam yang beriman sebenar-benar iman tahu bahawa Allah adalah kekal, adakah bagi Mahathir, 'Allah bersifat baharu iaitu boleh mati?'

Malah dia jugalah yang menghina janggut Rasullah S.A.W. malah menyatakan bahawa jika tiada Nabi Muhammad S.A.W. akan ada nabi lain yang akan diutuskan, ini penghinaan yang jelas kepada Rasullah S.A.W. malah secara tidak langsung menjejaskan kalimah syahadah 'dan Muhammad itu Pesuruh Allah'.

Jadi nak panggil apa semua ini? Tun Dr. M. INSAN KAMIL?

Awanama berkata...

Dey,mamak kutty. Kalau dah pencen tu buat kerja pencen. Jangan dok melalak menyalak macam anjing. Hang terlupa ke penderitaan yang menimpa orang Melayu adalah berpunca daripada hang PM dulu. Awat gian sangat nak jadi PM semula? Tak cukup ke berbilionbilion RM yang hang dan keluarga hang sapu? Hang ingat hang boleh tongkat langit selama-lamanya? Ingat!! mamak!!! anak cucu kami akan kencing atas kubur kamu nanti.

Awanama berkata...

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Yours 20 Years of Serving Malaysia/People/Islam/Ekonomi and olmost everything that make who we all are now(Regonise By Other Country) will never be forgot in history of Malaysia

For me history u make of malaysia very decent lvl up in 20 years is more big then history of Hang Tuah

You are The Best Prime Minister In Malaysia in History

We will never forget your Service/Hard Work For Malaysia and the People

Awanama berkata...

Sendiri mahu ingatlah saudara..... kalau you fikir tuduhan itu "serious"... so what...dont you think that you should sit down.... fikir...betul2..cermin diri...just because you bena twin tower and misjid putrajaya......you are better Muslim than the rest of people in Malaysia?????....what about penglibatan keluarga kamu dengan Carlsberg????.... the issue on this Kafir mengkafir hanya your own tafsiran berhubung cara orang menegur you lah beb... dah tak ada isu untuk mempopularkan diri ke?????

Awanama berkata...

kalau merempit,membunuh,menipu,zina,dadah,arak,rasuah,dan bersikap perkauman dan assabiyah dan menolak hukum hudud(shariah)....

apakah perbuatan ini dipanggil?

menyokong pemerintahan demokrasi buatan manusia, tapi menolak pemerintahan islam...