08 Februari 2011

Terung belanda

4 Rabiul Awal 1432H.
Bawang Goreng

Pernahkah anda meminum terung? Bagaimanakah rasanya jika terung yang berwarna ungu yang biasa kita kenali itu dijadikan jus? Eeee... Ngeri. Jika ada yang pernah mencubanya, jangan lupa kongsikan bersama saya.

Hari ini Laman-Seri kongsikan satu lagi jenis terung yang saya sendiri tidak pernah melihatnya. Kebetulan membaca tentang fauna ini dalam entry Misteri Etnik : Melayu Rao kaya petua tradisional - Part 4, lalu saya buat sedikit carian di MrGoogle.

Terung yang boleh dibuat jus yang mempunyai rasa yang enak ialah terung belanda. Bukan terung ungu yang biasa kita lihat itu, ya. Jangan tersilap terung. Terung belanda atau nama saintifiknya solanum betaceum juga dikenali sebagai tamarillo, tree tomato dan tergolong dalam keluarga solanaceae. Mengapa ia dipanggil terung belanda? Tidaklah diketahui mengapa, mungkin sama kisahnya dengan durian belanda. Belanda juga yang mendapat nama, hemmm....

Pokok terung belanda adalah tanaman asli di Andes Peru, Chile, Ecuador, Colombia dan Bolivia. Pokok ini juga banya ditanamkan di Argentina, Australia, Brazil, Indonesia, Kenya, Portugal, Amerika Syarikat dan Venezuela. Pokok terung belanda ini juga dijadikan sebagai tanaman komersil untuk eksport antarabangsa di New Zealand dan Portugal. Tanaman ini dipasarkan secara antarabangsa pada pertama kalinya di Australia iaitu sekitar tahun 1996.

Pokok terung belanda berupa perdu yang rapuh dan mempunyai ketinggiannya antara 2-3 meter. Pangkal batangnya pendek namun ia mempunyai cabang yang banyak. Daunnya tunggal, berselang-seling, bentuknya bundar telur sampai bentuk jantung, berukuran (10-35) cm x (4-20) cm, berpinggiran rata, berbulu halus, peruratannya menonjol, berujung lancip dan pendek. Kebiasaannya daun-daun itu berada hampir di hujung pucuk dan memiliki bau seperti lembu kutub(?). Daun pokok terung belanda mempunyai tangkai daun yaang agak panjang, iaitu sekitar 7-10 cm.

Bunga berada dalam rangkaian kecil di ketiak daun dan berdekatan hujung cabang. Bunganya berwarna merah jambu hingga biru muda dan berbau harum. Bunganya agak kecil, berdiameter kira-kira 1 cm sahaja. Kelopak bunga berbilangan lima, daun mahkota berbentuk genta, bercuping lima; benang sari 5 utas, berada di depan daun mahkota, kepala sari tersembunyi dalam runjung yang bertentangan dengan putik; bakal buah beruang dua, dengan banyak bakal biji, kepala putiknya kecil. [NB: Sorry, sesetengah ayat di sini tak dapat hendak diterjemah, sebab saya pun tidak berapa faham... hik hik... Walau bagaimana pun, saya akan cuba kemas kini bila cukup carian nanti, insya Allah.]

Buah terung belanda seakan buah buni bentuknya. Buahnya berbentuk bulat bujur telur dan berukuran (3-10) cm x (3-5) cm, meruncing ke dua hujungnya. Buahnya mempunyai tangkai yang panjang dan kelihatan bergantungan di pokoknya. Kulit buahnya nipis dan licin berkilat. Apabila buah terung belanda matang, ia berwarna lembayung kemerah-merahan, merah jingga sampai kekuning-kuningan.

Isi buahnya mengandung banyak sari buah. Rasanya agak masam-masam manis dan isinya berwarna kehitam-hitaman sampai kekuning-kuningan. Buah terung belanda mempunyai biji yang bulat pipih, tipis, dan keras. Isi buah terung belanda agak tajam dan manis, mungkin boleh dibandingkan dengan buah kiwi, tomato atau buah markisa. Kulit dan daging di dekat itu mempunyai rasa pahit yang tidak menyenangkan, dan biasanya tidak dimakan mentah.

Kandungan

Kulit buah terung belanda mengandung suatu zat yang rasanya pahit, tetapi zat ini dapat dibuang dengan cara mengupas kulitnya atau menyeduhnya dengan air panas selama 4 minit. Dengan menggantikan air setelah merebusnya 3-4 minit dan memanaskannya kembali dapat mengurangi rasa pahit dan kelat buah yang masih muda. Setiap 100 g bahagian buah yang dapat dimakan mengandung: air 85 g, protein 1,5 g, lemak 0,06-1,28 g, karbohidrat 10 g, serat 1,4-4,2 g, abu 0,7 g, vitamin A 150-500 SI, dan vitamin C 25 mg. Sebagian besar vitamin akan hilang jika buah direbus.

Manfaat

Buah terung belanda dimanfaatkan menurut berbagai cara, seperti masakan yang lazat dan makanan yang manis-manis. Buah mentah dapat digunakan untuk masakan ‘chutney’, kari dan sambal, sedangkan buah matang untuk sirap, sup dan rojak. Buahnya juga boleh dijadikan 'agen' pembersih daging ayam mentah (untuk nyah bau). Buah yang dibelah dapat digunakan sebagai bumbu perencah masakan. Buahnya juga boleh dibakar atau dipanggang untuk digunakan sebagai sayuran.

Buah ini boleh dimakan begitu sahaja dengan mencedok isinya dengan sudu, setelah buah dibelah dua, lebih kurang seperti kita memakan buah avokado. Jika buah ini disejukkan seketika dalam peti sejuk, rasanya manis dan menyegarkan.

Buah terung belanda akan memberikan rasa yang unik jika ditambah ke dalam masakan seperti kuah pasta, kari dan masakan lainnya. Buah ini juga sedap jika digunakan dalam salad.

Di Colombia, Ecuador dan sebahagian Indonesia seperti di Sumatera dan Sulawesi, buah terung belanda yang segar sering dicampur bersama-sama dengan air dan gula untuk membuat jus. Buah yang dibiarkan masak matang di atas pokok, boleh digunakan dalam penghasilan sirap (jus), jem, selai, pencuci mulut dan sebagai hiasan ais krim.

Rujukan asal di Ayo Bertani dan wikipedia - tamarillo

2 ulasan:

Awanama berkata...

Assalamualaikum wm.wbt.

Saya dah makan buah ni.ditempat kami di Johor kami panggil buah susu.Kami hirup saja isinya, memang manis-manis masam.Pokoknya tumbuh menjalar dan boleh memanjat pagar. Di Expo Pertanian MAHA tempohari ada dijual RM 40 sepokok.Tapi tak tau lah pulak kalau buah susu ni juga dipanggil markisa.

Awanama berkata...

Buah terung belanda ini banyak tumbuh meliar dan ditanam sebagai hiasan di Tanah Tinggi Cameron Highland. Kadang2 ada juga dijual di gerai buah-buahan disana..Pokoknya tidak menjalar, malahan pokoknya rendang seperti pokok terung. Buahnya masak berwarna merah dan isinya berwarna ungu, isinya boleh dimakan begitu saja dan rasanya masam2 manis.Disana kami pernah panggil buah ini dengan nama "Buah Telur Kambing". Kadang2 boleh kita lihat pokok2nya disepanjang tebing2 kebun2 bunga, sayur dan lereng2 bukit. jika ada yang hendak kesana carilah dimerata2 gerai2 buah2an dari Ringlet hingga ke Kg. Raja, Cameron Higland.