26 Mac 2011

Tahniah Dewan Muslimat Pas Kawasan Parit.

21 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
SU DPP Parit

Titi Gantung , 26 Mac 2011 – Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit merakamkan ucapan tahniah kepada Dewan Muslimat Pas Kawasan Parit yang baru sahaja melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunannya bertempat di Markaz Pas Titi Gantung hari ini.

Mesyuarat Agung tersebut yang bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang telah mengekalkan kepimpinan Dr Najihah Solehah Ahmad selaku ketuanya dan beberapa rombakan kecil dalam tanzim yang juga disebut sebagai kabinet pilihanraya.

Pengekalan Dr Najihah selaku Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Parit dilihat sebagai suatu kekuatan kerana ketokohan beliau dalam memimpin organisasi dewan tersebut sejak beberapa penggal yang lalu selain turut merupakan bekas calon di Parlimen Parit pada pilihanraya yang lalu.

Memetik ucapan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit, Ustaz Mohd Al-Hakimi As-Syah Alami, “Pemuda Pas Kawasan Parit merakamkan ucapan tahniah kepada Dewan Muslimat Pas Kawasan Parit kerana berjaya menjalankan mesyuarat agungnya dengan baik. Kami berharap usahasama antara Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda akan terus erat dan utuh apatah lagi menjelang pilhanraya yang semakin hampir.”

Untuk rekod, Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit telah selesai bermesyuarat agung 2 minggu yang lalu dan menyaksikan pertukaran kepimpinan dimana Ustaz Mohd Al-Hakimi As-Syah Alami telah diangkat menjadi ketua dewan tersebut yang baru.

1 ulasan:

wan berkata...

tahniah