07 April 2011

Allahyarham Ahmad Sarbani dikebumi hari ini

03 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Kira-kira 200 orang termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan rakan-rakan pegawai kastam, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed berada di perkarangan kediaman rumahnya di Kelana Jaya.

NONETurut hadir ahli keluarga, sanak saudara dan jiran-jiran Allahyarham.

Mereka menunggu ketibaan jenazah Ahmad Sarbani yang ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi semalam.

Beliau adalah pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Ketika ini, jenazah berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Malaysiakini difahamkan jenazahnya akan dibenarkan dibawa pulang sebentar lagi.

Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Ar-Rahman, yang terletak kira-kira 50 meter dari kediaman beliau.

Malaysiakini difahamkan beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kota Damansara.

Ketika ini, pihak pengurusan surau berkenaan menganjurkan majlis bacaan surah Yassin dan tahlil.

Sementara itu, ketika menjawab SMS dari Malaysiakini, pada kira-kira jam 12.20 tengahari tadi, timbalan pengarah penguatkuasa Kastam Wilayah Persekutuan, Jaafar Jawi memberitahu, jenazah Ahmad Sarbani masih berada di HUKM.

Malaysiakini/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alfatihah....takziah kepada keluarga beliau...

Tanpa Nama berkata...

Al-fatihah..semoga tuan akan tenang di sana...kami agen penghantaran amat kagum dgn sifat berani tuan utk ke sana bersendirian...Allahuakbar....kami pasti tuan x bersalah...kami akn sentiasa doakan tuan di sana...amin...

Tanpa Nama berkata...

takziah kepada keluarga allahyarham ....Hilang tempat bergantung dan mata pencarian..KDRM, Kerajaan Malaysia,PDRM harus menyiasat perkara ini..Kerajaan jangan melindungi orang yang terlibat jika ada unsur-unsur jenayah dalam Kes Kematian Allahyarham Ahmad Sarbani..Jika diLindungi pasti suatu hari nanti akan di ketahui oleh rakyat juga..Adakah kematian ini untuk melindungi sesaorang daripada dikenakan tindakan?Kerajaan harus sedar ...Kuasa rakyat mengatasi segalanya..Rakyat sedang memerhatikan gerak kerja seluruh agensi kerajaan..Jika Kerajaan Memerintah,PDRM,SPRM,Peguam Negara dan lain-lain agensi kerajaan tidak diyakini oleh rakyat pasti akan berlaku Pemerintahan Kerajaan baru di PUTRAJAYA semasa PRU 13 ini..

Tanpa Nama berkata...

SPRM tak etika kerja yang betul, dah 2 orang mati cara yang sama. Dah tu tak belajar dari pengalaman kematian Teoh Beng Hock. Cina mungkin ada dalam fikiran untuk bunuh diri.. ni Melayu,Islam dan Imam solat pulak di tempat nya.Fikirlah tak kan dia nak bunuh diri, melainkan di bunuh oleh syaitan di tempat tersebut....