23 April 2011

Gempa 5.7 skala Richter di Tonga, tiada tsunami

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

WELLINGTON 23 April - Satu gempa bumi berukuran 5.7 skala Richter berlaku satu kilometer di bawah dasar laut negara Pasifik, Tonga hari ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Tiada sebarang laporan kerosakan atau kematian akibat daripada gempa bumi yang melanda 184 kilometer dari tenggara Nuku’Alofa pada pukul 5.14 pagi (1.14 pagi waktu Malaysia) setakat ini.

Tonga yang terletak hampir 2,000 kilometer dari timur laut New Zealand merupakan negara yang terletak dalam Lingkaran Berapi Pasifik yang sering mengalami pergerakan landasan lalu menyebabkan letusan gunung berapi. - AFP

Tiada ulasan: