29 April 2011

Gempa bumi sederhana di pantai barat Sumatera Utara

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 29 April — Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku di pantai barat Sumatera Utara pada 4.56 petang hari ini.

Pusat gegaran ialah 40 kilometer tenggara Meulaboh, Indonesia, 522 kilometer barat daya Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Menurut Jabatan Metereologi Malaysia, gegaran tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Itu peringatan Allah kpd Rakyat Malaysia..
Jgn seronok sgt dgn kerja2 Fasiq menyebarkan ghibah dan Fitnah..
Ya'Allah..
Kami berlindung hanya padamu dan berlepas diri dari Fitnah2 manusia..
La ila hailla Anta,Subhanaka inni Kuntu minazzolimin..