02 April 2011

Kampung Usaha Jaya Tukau, Mana janji YB untuk memberi peruntukan?

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
PAS Miri

Janji Pilihanraya

Menjelang pilihanraya ini maka sibuklah pemimpin-peminpin dari parti yang memerintah datang ke kampong-kampong menagih undi dari penduduk kampong dan mula dengan janji-janji baru untuk memberi kemudahan kepada penduduk kampong. Walaupun mereka tahu janji mereka dulu belum ditunaikan dan ada yang sudah berpuluh-puluh tahun menetap di Perkampungan ‘ Kampong Usaha Jaya’ masih belum mendapat grant tanah atau ‘Land title’, bagi mereka semua ini boleh diselesaikan dengan mengundi mereka dalam pilihanraya nanti. Kesusahan penduduk kamponguntuk mendapatkan hak untuk tempat tinggal sukar sekali sedangkan projek2 pihak swasta seperti perumahan yang berhampiran dan diluar kawasan kampong tersebut dengan mudah mendapat tanah untuk membina tapak perumahan.

Kampong Masih Mudur

Keadaan kampong tersebut masih mundur dan jauh ketinggalan dari segi‘infrastructure’ seperti 30 puluh tahun yang lalu, tiada kemudahan asas yang sepatutnya dinikmati oleh penduduk kampong. Dimanakah perginya janji-janji pemimpin BN yang sering berjanji untuk memberi bantuan kepada penduduk kampong tersebut? Dimana keperluan asas seperti api elektrik, bekalan air bersih dan jalanraya yang bertar untuk kemudahan penduduk kampong tersebut.Apa kah penduduk Kampong Usaha Jaya sengaja di pinggir kan?Mereka juga berhak menikmati pembangunan dari segi infrastruktur seperti,jalan raya,bekalan letrik dan bekalan air bersih.

Mereka terpaksa berulang alik dalam keadaan jalanraya yang teruk untuk membawa keluar hasil pertanian mereka untuk di jual di tamu-tamu di tepi jalan Miri/Bakam.Kemudahan asas seperti api elektrik, air bersih adalah keperluan basic mereka untuk kegunaan harian.Mereka terpaksa menggunakan keadah lama mengunakan telaga,lampu minyak tanah dsb.demi untuk menyara hidup sekeluarga.Apabila musim kemarau panjang telaga mereka menjadi kering dan air simpanan dalam tangki mula susut. Sekarang penduduk kampong menuntut janji sekiranya pihak berwajib tidak dapat menunaikan janji mereka jangan harap mereka akan dipilih semula jadi wakil rakyat di kawasan tersebut. Mereka menagih janji di bawah NKRA, bagi projek jalan ke Kampung Usaha Jaya Tukau sejumlah RM 350,000 yang telah di luluskan oleh Kementerian untuk membina jalan batu sepanjang 7 km belum menjadi kenyataan.Yang ada sekarang adalah
tiang tiang elektrik yang didirikan disepanjang jalan masuk ke kampong yang dah berbulan bulan tapi belum pun siap siap,dan tak nampak pun satu wayar yang bergantung untuk disambung ke rumah orang kampong bagi menerangi kegelapan rumah mereka .Kesabaran menunggu

Sokong Perubahan

PAS dan Pakatan Rakyat bersedia turun padang dan mendengar sendiri masalah penduduk kampong tersebut dan akan berusaha untuk membantu sekadar yang mampu, sekiranya BN gagal menunaikan janji lebih baik lepaskan kuasa tersebut ke pada Pakatan Rakyat untuk memerintah secara adil. Sekarang kuasa di tangan rakyat maka jangan sia-siakan kuasa anda dengan memilih pemimpin yang tidak jujur, tidak amanah dan menyalahgunakan kuasa sebagai wakil kamu dalam pemerintahan nanti. Undilah PAS dan Pakatan Rakyat demi kesejahteraan semua.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ahli dan Perwakilan Pas harus membuat pernilaian semulapada pucuk pimpinan yang di lantik

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Tuan Drs.

Saya Zainulfaqar Yaacob (http://notamerah.wordpress.com). Semalam, Drs ada meminjam extention saya ketika bengkel. Saya amanahkan Drs beri extention saya kepada Datuk Tarmizi Mat Jam selepas selesai bengkel kerana 6 pagi ini, saya sudah ke Sarawak. "al-Muslimun 'ala syuruthihim". Terima kasih.

Zainulfaqar Yaacob
0194241583