23 April 2011

Tentera Thai, Kemboja terus berbalas tembakan

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

BANGKOK: Tentera Thai dan Cambodian dilaporkan terus berbalas tembakan di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian kedua-dua negara berjiran selepas semalam enam askar dilaporkan terbunuh.

“Pertempuran terbaru ini bermula sejak 6 pagi tadi dengan kedua-dua pihak saling melepaskan tembakan rifal dan mortar," kata jurucakap tentera Thai di sempadan, Kolonel Prawit Hookaew.

“Kami kini sedang berunding untuk menghentikan ketegangan ini," katanya.
Pihak tentera Kemboja turut mengesahkan ketegangan terbaru ini yang meletus di tempat sama di kawasan kuil yang menjadi pertikaian sejak berabad lamanya. - AFP

Tiada ulasan: