29 April 2011

VIDEO SEKS - KANTOI LAGI, KEJAP KATA TERJUMPA KAMERA, KINI MENGAKU ADA BERSAMA DALAM BILIK, MANA SATU ESKAY?

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Oleh: WFAUZDIN NS

BULETIN TV3 sebentar tadi, terang-terang Datuk Eskay bagitahu dia berani buat sumpah laknat esok kerana dia sendiri berada di dalam bilik sewaktu aksi seks DS Anwar berlaku. Bertambah pening orang yang sedia bodoh dengan pengakuan Eskay ini. Mengapa saya berkata demikian?

Bukankah Eskay awal dulu mendakwa bahawa dia terjumpa kamera tersembunyi tersebut di dalam bilik hotel sewaktu Anwar menyuruhnya mengambil jam yang tertinggal? Kununnya untuk memastikan bahawa itu adalah Anwar, beliau mengajak beberapa orang termasuk Rahim, Shuib juga YB Johari Abdul termasuk Chegu Bard menontonnya.

Sekejap beliau kata terjumpa kamera tersebut, sekarang ini mengaku beliau ada di dalam bilik berkenaan. Adakah kerana video itu sudah terkantoi kerana kelihatan kelibat lelaki lain selain lelaki yang kununnya Anwar di dalam video tersebut, maka dia terpaksa mengubah cerita?

Jika beliau memang benar berada di situ, apakah tujuannya? Jika untuk memerangkap Anwar, tidakkah lebih baik dan berkesan dengan menghubungi pihak berkuasa Agama untuk menangkapnya? Tentu lebih berkesan dan Anwar tidak boleh mendakwa itu satu konspirasi lagi.

Lojikkah Anwar mahu buat projek dengan Eskay berada di dalam bilik? Eskay kununnya memanggil beberapa orang untuk mengesahkan itu adalah Anwar. Mahu sahkan apa lagi jika beliau sendiri kata beliau berada di dalam bilik bersama Anwar? Jika beliau berkata beliau ada bersama Anwar, mengapa beliau sebelum ini memberitahu kejadian berlaku di sebuah hotel tetapi Polis menyebut di sebuah apartment? Siapa yang berbohong?

Tunggu kawan-kawan lain tolong sambung..../wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

elynn aiza ♥ berkata...

biasa lah tuh.. dh kantoi nk cover plak.. udah2 la 2 memfitnah eskay oii..

yes berkata...

Cerita dongeng terbaik bagi masa kini.

Tanpa Nama berkata...

Natijah kejahilan terhadap apa itu Islam. Adat org sedang lemas di lautan , klu puntung rokok hanyut pun akan dicapai sebagai pelampung, demi sebuah nyawa. Dua akta sedang menunggu Syeksen 292 Akta Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan...Tunggu dan lihat adakah Kedaulatan Undang2 dlm Rukun Negara akan diaplikasikan..atau sekadar hiasan dinding dan nyanyian anak2 tadi...

Tanpa Nama berkata...

seorang muslim menjatuh seorang muslim yang lain...dunia...dunia~

Tanpa Nama berkata...

cari indentiti siapa lelaki berkenaan, memamglah lelaki berkenaan bukan 100% dsai.

Tanpa Nama berkata...

saya percayakan sumpah eskay yang dia memang ada di dalam video tuh....sebenarnya dia lah pelakon sex tuh....peratikan betul2 muka eskay tu.....memang sah dialah yang main dengan pelacur tuh...tuan2 denagr baik2 sumpah laknaknya tuh....

Tanpa Nama berkata...

sebenarnay eskay tuh mengaku dia lah yang pelakon sex tuh...denagr betul2 sumpah laknatnya..muka eskay ni pun ada juga mirip anwar ibrahim klu duduk dalam gelap..

Unknown berkata...

1. Sebutan 2 kalimah shahadah pun tak betul...
2. Apa hukum dlm islam org bersubahat dgn penzina?
3. Dia bersumpah dia dlm video tapi Anwar tak! Jabatan agama islam senyap aje ke?