17 Mei 2011

Dipaksa cerai isteri

14 amadilakhir 1432H. [MOD] -



SEREMBAN: Gara-gara enggan menceraikan isteri yang dikahwini selama 15 tahun, seorang lelaki cedera parah dibelasah keluarga mentuanya dalam kejadian di Sungai Ujong, di sini, kelmarin.

Difahamkan, sebelum kejadian itu berlaku, mangsa berbincang sesuatu dengan isterinya bagi mengakhiri kemelut rumah tangga dihadapi mereka. 

Namun, belum sempat perbincangan itu selesai, mangsa mendakwa dibelasah dengan kerusi oleh sekumpulan lelaki dipercayai ahli keluarga isterinya. 

Akibatnya, mangsa, Mohd Zulkifli Mustafa, 41, kini terlantar di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, apabila disahkan mengalami retak tulang pipi, lebam di muka, siku dan terdapat darah beku di bahagian kepalanya.

“Saya tak sangka, hanya kerana enggan menceraikan isteri, saya dipukul mereka (keluarga mentua), apa salah saya hingga diperlakukan begini,” katanya ketika ditemui di HTJ, di sini, semalam.

Zulkifli mendedahkan, perkahwinannya itu sememangnya diatur keluarga mentuanya yang mahukan dia mengahwini anak mereka. 

Tiada ulasan: