26 Jun 2011

Pakatan sasar tawan 11 negeri dalam p'raya umum

24 Rejab 1432H. [MOD] -

Selain mengekalkan empat negeri yang dikuasainya sekarang dan memenangi semula Perak, Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Pakatan telah menetapkan tiga sasarannya dalam pilihan raya umum akan datang, iaitu:

1. Mengekalkan penguasaannya di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan;

2. Memenangi semula negeri Perak yang didakwanya dirampas dari tangan Pakatan secara haram; dan

3. Menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri - Negri Sembilan, Johor, Malacca, Pahang, Terengganu dan Perlis.

NONELim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur menegaskan demikian ketika berucap di majlis makan malam DAP Teluk Intan semalam.

Beliau menyifatkan pilihan raya umum ke-13 amat penting kerana ia bukan sahaja bakal menyaksikan perebutan hebat di semua 11 negeri di Semenanjung Malaysia, tetapi juga penguasaan Putrajaya.

Lim mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari perkara itu, menyebabkan beliau teragak-agak untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang akan datang.

Sehubungan itu, Lim meramalkan pilihan raya umum mungkin diadakan sama ada hujung tahun ini atau tahun depan.

Beliau juga berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan yang pertama dalam sejarah yang bakal menyaksikan persaingan 'hidup mati' BN dan Umno.

Selama ini, kata Lim, Umno dan kerajaan BN mengekal kuasanya dengan mudah sehinggalah tercetusnya tsunama politik pada pilihan raya umum 2008 di mana ia mengalami kekalahan teruk dan hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Umno dan BN akan berdepan dengan persaingan 'hidup matinya' dalam pilihan raya umum ke-13 - bukan setakat sama ada ia boleh memperolehi semula majoriti dua pertiga, tetapi juga sama ada ia dapat mengekalkan kuasa atau bakal menjadi pembangkang," kata Lim.

Malaysiakini/-

Ulasan :

Harapan besar ini merupakan harapan besar seluruh rakyat malaysia yang cintakan malaysia baru yang lebih baik dari pemerintahan BN selama lebih 50 tahun. Kerana itu semua pihak perlulah mengambil langkah aktif untuk merealisasikan hasrat itu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah TERENGGANU jatuh ke tgn PAS...sesungguhnya jiwa saya mahukan terengganu jatuh ke tgn PAS...

JURAGAN berkata...

YANG PALING AKU IDAMKAN NEGERI JOHOR KALAU X MENANG PUN DAPAT HAMPIR SEPARUH KERUSI DUN DAN PLMINEN...INSAYALLAH
AKU JUGA BERDOAKAN SUPAYA KERUSI PARLIMEN FUAD AKASHI TU...TUMBANG PADA PR...SPESIS NI SUKA SANGAT TABUR FITNAH...