22 Jun 2011

Tukar slot Maharaja Lawak kepada kuliah Tok Guru

20 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU- Seorang penyokong kerajaan mengesyorkan agar slot Maharaja Lawak yang disiarkan di Astro kini ditukar dengan kuliah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Chetok) dalam sesi soal jawab berkata, rancangan Raja Lawak tidak mendatangkan manfaat dan perlu diisi kepada bentuk yang mengingatkan penonton kepada agama.

“Pertandingan realiti itu tidak memberikan sebarang faedah. Lebih baik diisi dengan rancangan agama seperti ceramah Tok Guru,” katanya yang terdahulu bertanyakan adakah Kerajaan Negeri bercadang mengadakan penyiaran sendiri seperti rancangan TV khas untuk negeri Kelantan.

Menjawab isu tersebut, Pengerusi Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Fazli Hasan berkata, pihaknya akan melancarkan web televisyen dan radio sendirinya pada bulan depan bagi membolehkan rakyat menonton dan mendengar berita-berita dari negeri ini.

Beliau berkata, kini kerajaan Pas Kelantan hanya menggunakan siaran Internet untuk penonton dan pendengar mengetahui berita-berita dari Kelantan kerana kebanyakan siaran di televisyen mengenai negeri ini hanyalah berunsur negatif.

1 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Gelak sia2 dah jadi budaya melayu. UMNO nak macam ni lah...biar rakyat dok nganga gelak...senang depa nak cipta rangkaian kebodohan pada rakyat jelata.

Yang Astro dok penaik harga rakyat masih dok bergelak ketawa.