18 Syaaban 1432H. [MOD] -
Jika dakwaan bahawa polis terutama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak kasar semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu di ibu negara itu benar, sudah pasti ramai yang akan dirawat di hospital atau sebagai pesakit luar, kata seorang bekas komander FRU hari ini.
Supt (B) Sulaiman Menga Din berkata anggota FRU telah dilatih bertindak secara minimum bagi menyuraikan para penunjuk perasaan mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP).
Semua anggota dikehendaki mematuhi arahan secara terperinci termasuk dakwaan melepaskan gas pemedih mata secara sembarangan, katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.
"Setiap kali orang FRU diperlukan berada di lapangan, mereka diberi penerangan berdasarkan maklumat yang diterima mengenai jangkaan orang yang berhimpun, isu yang terlibat dan sama ada mereka bersenjata dan maklumat lain yang berkaitan," kata Sulaiman.
Beliau berkata semasa perhimpunan 9 Julai itu, para pegawai yang terbabit dalam operasi dimaklumkan bukan sahaja untuk menghalang orang ramai daripada berhimpun di pusat bandar tetapi juga mencegah kemungkinan pertembungan antara kumpulan penunjuk perasaan yang bersaing.
Insiden terpilih
"Anda perlu faham pada masa ini hampir setiap tindakan atau pergerakan direkodkan dan dalam tempoh sekejap sahaja ia telahpun dimuat naik dalam laman web dan penonton malah boleh mengikuti perkembangan hampir secara langsung."
"Di sini, timbul masalah kepada polis, penonton tidak berhati-hati atau dilatih untuk menapis maklumat yang diberikan kepada mereka atau apa insiden sebenarnya yang berlaku di tempat kejadian," kata Sulaiman.
Beliau berkata masalah berlaku apabila hanya insiden terpilih atau terpencil ditonjolkan dan polis tidak berpeluang untuk mempertahankan diri mereka.
Sulaiman yang merupakan komander FRU antara 1996-99 berkata polis gagal untuk memahami prosedur yang digunapakai oleh polis pencegah rusuhan dalam negara berbanding dengan negara-negara lain.
"Hampir setiap hari saluran berita menonjolkan bagaimana penunjuk perasaan diperlakukan dengan kasar dan polis pencegah rusuhan bertindak kasar malahan di negara-negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia," katanya.
Sulaiman berkata berdasarkan pengalamannya pada 1998, ia merupakan tugas yang sukar untuk menghimpunkan 1,600 penunjuk perasaan dan menjalankan saringan sebelum membebaskan mereka menjelang 9 malam.
Tak sampai 10 orang
Beliau berkata tidak sampai 10 orang yang datang ke balai polis keesokan paginya untuk membuat laporan jika mereka benar-benar dilayan secara buruk.
"Tapi orang ramai hanya bercakap mengenai kecederaan yang dialami di kalangan penunjuk perasaan. Bagaimana tentang orang kami yang cedera semasa demonstrasi pada 1998 di mana lastik dan batu digunakan terhadap mereka," katanya.
Malah, Sulaiman berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya mendakwa bahawa mereka terkena kanister gas pemedih mata, kedua-dua mereka dibenarkan mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta mengikut pilihan mereka dan polis tidak menghalang atau mengancam untuk menangkap mereka.
Beliau menegaskan bahawa setiap anggota polis telah dilatih untuk menghormati hak seseorang individu dan hanya campur tangan jika mereka menyalahi undang-undang.
"Apa yang kita tengok pada 9 Julai adalah para penunjuk perasaan telah melanggar dan tidak menghormati undang-undang dan orang kami yang beruniform hanya menjalankan tugas seperti yang dikehendaki.. mudah sahaja," tegas Sulaiman.
Mengenai pengambilan kakitangan FRU, Sulaiman berkata mereka yang mempunyai kualiti yang diperlukan terutama yang sentiasa tenang dan memahami undang-undang akan diberi keutamaan.
Sulaiman berkata post-mortem juga diadakan secara tetap untuk mengenal pasti kelemahan atau sebarang salah laku oelh pegawai dan anggota semasa operasi.
"Pada masa-masa lalu, tindakan diambil terhadap mereka termasuk menyingkirkan mereka daripada daripada unit itu," katanya.
- Bernama
7 ulasan:
Berbohonglah semasa didunia ini.. Kerana di akhirat nanti kamu tiada pilihan lagi.. Menegak benang yang basah..! Ibarat ingin menyatakan kerbau bertelur dan kucing bertanduk... Inilah sandiwara dunia...
Apa rasional memerintahkan pasukan FRU untuk berkawal. Apakah dengan menyediakan polis biasa tidak mencukupi. Kenyataan seperti ini menunjukkan kesombongan pihak berkuasa dan menjadi pak turut sesetengah pihak. Pendakwaan ke atas polis memerlukan identiti pelaku dan berkemungkinan pelaku (polis) mempunyai operasi khas menggunakan kod nama yang lain dan ia akan menyusahkan pendakwaan ke atas polis itu sendiri. Mungkin cara itu digunakan. So, apa guna membuat laporan sedangkan pihak polis melindungi anggota sendiri.
nma ny pun pencegah rusuhan,knp plk mreka sndri yg mrusuh?pra pserta prhimpunan tk mnyrang pun,knp polis yg mnyrang?jka FRU cuba mnghalang psrta himpunan dr mara ke dpan,mksud ny FRU mmbuat benteng.BENTENG ada lh taktik bertahan.ttapi klau FRU brtahan di dpn dan mngasak dr blakang,itu mngepung.MNGEPUNG ada lh taktik mnyrang.jd jgn lh cuba nk bodoh2kn org rmai.kita bkn ny buta.dn brp rmai FRU yg trcedera?dn mlanggar undang2 apa?tunjuk kn kpd rkyat undang2 apa.bkn kh undang2 di gubal di parlimen?tk kn kluar dr mlut seorg menteri dh jd undang2!jgn lh nk brlagk se olah2 cma polis je yg tau undang2.
Teringin saya nak cakap berdepan dengan sulaiman ni !
Maknanya video kekerasan pihak polis dan fru yang ada kat youtube tu
tipulah ya.atau diarong saja buat cerita,atau ngko yang menipu.Bro, ni tahun 2011 lah bukan 1911.Ni zaman langit terbuka,satu dunia boleh tengok apa yang terjadi kalau diupload gambar.Ko ceritalah SOP ke undang undang ke enakmen ke kod tu kod ni ke,Ni cita macam enakmen hiburan kat kedah tu ,dari tahun 1997 tuu dah ada tapi jalan ke.Boleh jalan adalah.Tak payah citalah tu semua .Masa nak ambik exam boleh cita benda ni semua.
Dah pencen duduk diam lebih baik dari merapu..
Kalau tak menipu bukan umno namanya, balaci umno nak cover boss pulak. Sekali menipu selamanya akan menipu. Dia ingat dalam Youtube itu semuanya diedit macam yg biasa diorang buat. Nanti akan keluar kat tv 3/4 dan akbar setan, pulis bagi bunga kat yg demo Bersih.
Dunia langit terbuka tanpa sempadan tetapi masih ada yg duduk dlm tempurung buruk............
Catat Ulasan