08 Julai 2011

Tak kan ke pejabat sendiri pun tak boleh

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoal kenapa beliau dihalang untuk ke pejabatnya sendiri di bangunan PAS Jalan Raja Laut esok.

Katanya, adalah tidak kena perintah larangan daripada majistret yang diperolehi polis, turut menghalangnya ke tempat kerja.

"Saya tak kisah kalau tidak dibenar ke tempat lain, tapi tak kan pejabat sendiri pun tak boleh," katanya kepada Harakahdaily.

Polis Kuala Lumpur semalam mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin termasuk Mahfuz memasuki beberapa kawasan di Kuala Lumpur esok, 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada Perkasa, Bersih 2.0 dan Patriot supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan Bersih 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Kawasan larangan berkenaan termasuk sekitar kawasan The Mall, KLCC, Sogo, Maju Junction, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan juga Istana Negara.

Mengulas lanjut, Mahfuz memberitahu empat anggota polis datang ke rumahnya di Kedah malam tadi untuk menyerahkan notis perintah larangan itu.

Beliau bagaimanapun enggan menandatangan notis itu ekoran larangan terhadapnya untuk ke pejabatnya di Jalan Raja Laut.

"Saya tak tanda tangan sebab tak logik, malah saya enggan menerima notis itu.

"Mereka kemudiannya letak notis tu dalam peti surat rumah saya," katanya.

Nazri Abdullah
harakahdaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahahahaha...menag sorak kampung tergadai....pada yg x caya pada SPR, arap2 lepaskanlah jawatan YB tu..bg semula pada rakyat utk memilih jawatan YB tu..ada brani x...kalu x brani.mmg dah sah2 u all sayangkan jawatan itu...sbb byk dpt elaun kan....diulangi skali lagi ada brani xlepaskan title Yb, bg pada rakyat uk smula.....


pengundi atas pagar.