05 Julai 2011

Undi Pos Hanya Relevan Ke Atas Petugas Di Luar Negara - MAFREL

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 5 JULAI : Undi pos masih relevan hanya ke atas anggota keselamatan yang bertugas di luar negara sahaja dan bukannya terpakai kepada semua anggota yang bertugas didalam negara.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas (MAFREL), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai pilihan melainkan mencari alternatif lain untuk memastikan anggota keselamatan dapat membuang undi tanpa menggunakan saluran undi pos.

"Mereka sepatutnya boleh mendaftar dan mengundi secara biasa, undi pos ini hanya untuk mereka yang memenuhi krateria untuk undi pos, masalahnya sekarang ini SPR pukul rata sama ada yang tidak berada di sempadan mahupun ahli keluarga mereka di kem pun dikategorikan sebagai undi pos," katanya.

Sistem undi pos ini akan digunapakai kepada anggota keselamatan seperti tentera, polis, pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA), kakitangan awam dan rakyat Malaysia yang belajar dan bertugas di luar negara memilih wakil rakyat mereka secara pos.

SPR dilaporkan sebagai berkata sekiranya mereka tidak diberikan peluang mengundi secara pos, hak mereka dinafikan untuk mengundi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan dangkal Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof itu mudah dipatahkan dengan kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini, memerincikan kenapa sistem pilihan raya di Turki, telus dan adil.

Antaranya adalah tiada istilah undi pos di negara itu.

Para anggota keselamatan dikehendaki mengundi ditempat mengundi dan rakyat yang berada diluar negara diberi tempoh sebulan untuk pulang mengundi.

Untuk tujuan itu, tempoh kempen pilihan raya akan diadakan selama dua bulan bagi memberi masa dan ruang kepada rakyatnya pulang melaksanakan tanggungjawab mereka.

Berbanding dinegara ini, kempen pilihan raya hanya diberikan sembilan hari walaupun untuk pilihan raya sebesar pilihan raya umum.

Di Turki juga, setiap rakyat akan diberikan slip mengundi setelah membuang undi yang mustahil dapat dilaksanakan SPR ekoran daftar pengundi dicemari dengan senarai pengundi hantu dalam jumlah yang melampau.

Dalam pada itu Syed Ibrahim mengesa institusi bebas di negara ini, termasuk SPR memainkan peranan yang dipertanggungjawabkan tanpa memihak kepada mana- mana parti politik.

Ia penting bagi mengelakkan imej SPR daripada terus tercalar dan tidak lagi dipercayai rakyat.

"Ianya ada kena- megena dengan tanggapan yang diberikan sendiri oleh institusi ini, pegawai-pegawainya itu perlu hadir dari kalangan yang dipercayai oleh masyarakat dan rakyat supaya mereka boleh menjalankan tugas dengan amanah dalam keadaan tidak ada kepentigan lain selain memnuhi objektif ia ditubuhkan.

"Tanggapan ini sentiasa akan ada, orang akan kata mereka berpihak kepda kerajaan, sekirannya mereka melawan kerajaan, orang akan kata mereka berpihak kepada pembangkang," katanya lagi.

tv selangor/-

1 ulasan:

otaklunyai berkata...

memang dah jelas mereka puak2 laknat ni menipu dlm sistem undi... tapi semua pihak yg mempunyai kuasa dan kedudukan buat tak tau saja dan buat macam tak da apa2 je, walhal jauh disudut hati mereka dan semua orang pun tahu memang puak2 laknat ni menipu... siaplah siapa-siapa yg berkuasa dan bertanggungjawab dlm hal ini tapi buat2 tak tau saja, setiap orang dari rakyat negara ini akan tuntut hak mereka di Hadapan Allah kelak... sendiri mau ingat. kat dunia ni ko dapatlah habuan dunia dgn bersekongkol dgn puak2 laknat nih, dapat duit, dapat tanah, dapat joli, dapat bawak bini gi shopping, dapat projek... Akhirat esok siap lah ko... takkan terlepas... ko akan jadi miskin dihadapan Allah kelak...