29 September 2011

Gaddafi dilindungi suku Tuareg

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -



GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah stesen televisyen Syria kelmarin menunjukkan anak Muammar Gaddafi, Seif Al-lslam memegang senjata raifal semasa dia berarak dengan penyokong-penyokongnya di sebuah lokasi di Libya.



LONDON - Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dipercayai sedang bersembunyi di bawah perlindungan suku kaum Tuareg berhampiran bandar Ghadamis berhampiran sempadan Algeria, kata seorang pegawai kanan tentera Libya.
"Suku Tuareq masih menyokongnya dan beliau dipercayai berada di kawasan Ghadamis di selatan Libya," kata pegawai kanan tentera dalam kepimpinan baharu Libya, Hisham Buhagiar kelmarin.
Buhagiar yang merupakan koordinator operasi memburu Gaddafi menyatakan, bekas pemimpin Libya berusia 69 tahun itu dipercayai bersembunyi di bandar Samnu, selatan Libya seminggu lalu sebelum bergerak ke bandar Ghadamis yang terletak 550 kilometer ke barat daya Tripoli.
Katanya, anak lelaki Gaddafi, Seif al-Islam berada di Bani Walid manakala seorang lagi anak lelakinya Mutassem kini berada di Sirte iaitu bandar kelahiran keluarga berkenaan.
"Kedua-dua mereka sedang menimbang untuk meninggalkan Libya dan mungkin menuju ke Niger," tambah Buhagiar.
Sirte yang merupakan antara kubu terakhir penyokong Gaddafi yang kini dikepung oleh tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) serta dibom jet-jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). - Reuters

Tiada ulasan: