29 September 2011

Hari Bertemu Pelanggan sempena 60 Tahun PAS

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 28 Sept: Pejabat Agung PAS dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat PAS sekali lagi akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan sempena Sambutan 60 tahun PAS pada 30 September dan 1 Oktober ini di Dewan Millenium, Kepala batas, Pulau Pinang.
Menurut Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, ini adalah kali pertama diadakan di sebelah utara tanah air.
“Ia bertujuan untuk memudahkan ahli-ahli berurusan dengan Pejabat Agung di samping melakukan proses pemutihan keahlian sempena dengan sambutan 60 tahun PAS,” ujarnya. 
Katanya, kaunter itu akan menawarkan perkhidmatan pendaftaran keahlian PAS, semakan keahlian, mengemaskini maklumat keahlian,mencetak kad dan sijil keahlian serta menaiktaraf keahlian biasa kepada keahlian seumur hidup.
Beliau meminta ahli-ahli PAS yang datang bagi memeriah sambutan tersebut dapat mengunjungi kaunter yang disediakan bagi menyemak status keahlian dan mengemaskini maklumat ahli.
“Kepada ahli lama yang pernah membuat permohonan untuk pindah kawasan tetapi dia tidak tahu status juga boleh membuat semakan di kaunter ini. Kami menyediakan empat petugas pada satu-satu masa. Semua itu boleh diselesaikan,” jelas Takiyuddin.
Menurut beliau, sempena dengan sambutan ini juga ahli-ahli yang berminat untuk mendapat kad keahlian edisi terhad sempena 60 tahun PAS dengan bayaran RM5 sahaja  boleh berbuat demikian di kaunter berkenaan.   
H/daily

Tiada ulasan: