29 September 2011

Kuala Lumpur Menjadi Seperti Las Vegas... Tembak Menembak .. Senario Biasa.

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

12 das tembak tauke tarik kereta

KUALA LUMPUR: Angkara dendam, seorang pemilik syarikat tarik kereta cedera parah di perut dan tangan akibat ditembak secara rambang oleh dua lelaki yang menunggang motosikal dalam kejadian di Jalan Prima 2, Taman Metro Prima, di sini, semalam.

SIASAT ...pegawai forensik melihat kereta terkena peluru dalam kes suspek melepaskan 12 das tembakan ke atas pemilik syarikat penarik kereta

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa yang berusia 43 tahun sedang minum bersendirian di sebuah restoran berhampiran syarikat miliknya apabila secara tiba-tiba muncul dua lelaki menunggang motosikal dan berpakaian serba hitam melepaskan tembakan secara rambang ke arahnya yang turut menyebabkan dua orang lain cedera.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata kedua-dua suspek melepaskan 12 das tembakan ke arah mangsa yang tidak menyedari kehadiran mereka.

“Suspek menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ berwarna biru menggunakan pistol jenis automatik dan melepaskan tembakan dari jarak 20 meter ke arah mangsa sebelum memecut laju.

“Akibat kejadian itu, mangsa cedera parah di perut dan tangan manakala seorang lelaki berusia 40-an yang minum di restoran sama dan seorang pekerja wanita warga Indonesia cedera di kaki,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa bersama dua lagi orang awam berkenaan dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil. -HM

Parah dihujani peluru mafia

LOKASI Subramaniam terkena tembakan ala mafia di Jalan Metro Prima, Kepong, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang bersenjatakan sepucuk pistol bertindak ala mafia apabila melepaskan 12 das tembakan ke arah seorang penarik kereta menyebabkan mangsa dan dua orang awam cedera dalam kejadian di Jalan Metro Prima, Kepong di sini semalam.

Kejadian yang menggemparkan pada pukul 5.40 petang itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Subramaniam, 43, sedang minum di sebuah kedai di situ. Dia mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Tanpa diduga, salah seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dan memakai topi keledar berpenutup terus melepaskan 12 das tembakan tanpa henti ke arah mangsa pada jarak kira-kira 20 meter.

Dua tembakan itu mengenai perut dan tangan lelaki itu manakala bakinya tersasar lalu terkena pada dua orang awam. Dua mangsa itu terkena serpihan peluru pada kaki masing-masing.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian itu bermotifkan dendam berdasarkan cara suspek menyerang mangsa yang seolah-olah ingin membunuh lelaki itu. -kosmo

Tiada ulasan: